Subscribe:

21 May 2009

Perfume oh perfume.


Perfume adalah salah satu interest aku.Taktaula nape aku suka sangat dengan perfume..maybe abah aku suka pakai perfume..aku pun berjangkit kot...kecik2 dah didedahkan dengan wangi2 ni..sebab tu aku suke bagi orang present perfume..bila pakai je rasa confidence lebih tinggi..Nabi Muhammad pun menggalakkan kita berwangi-wangian..tapi bagi perempuan yang dah kawen, bukan tak boleh pakai perfume time g jalan2 tapi cukuplah dengan ala kadar sahaja..nanti lelaki2 di luar sana menganggap anda masih belum berpunya...hehe..nak dijadikan citer..aku telah mengorder perfume RALPH LAURENCE ALWAYS YOURS dari Cik Fashya...wangi..sekarang ni Fashya dah jadi agen jual perfume..original tau...rugi tak beli.."Fashya, akak dah tolong promote dalam blog...ada komisen tak? hehe..."..so, skang ni kalau perfume dah abes je boleh order dari Fashya je...tak payah pening2...kat bawah ni aku nak share sikit jenis2 perfume..semoga korang dapat serba-sedikit knowledge tentang perfume..tak bolehla salesgirl kat Parkson nak kelentong korang lagi...

Mungkin kita keliru dengan istilah-istilah yang digunakan di dalam industri perfume ini. Jika dilihat di dalam pasaran terdapat pelbagai jenama dan jenis yang dikeluarkan. Contoh jenis-jenis perfume yang biasa kita dengar ialah seperti Eau De Perfume. Eau De Toilette (bukan toilet ya) perfume, parfum, cologne dan pelbagai istilah lagi. Untuk memudahkan anda memilih jenis perfume yang sesuai, hari ini saya ingin jelaskan jenis-jenis perfume yang ada supaya anda tidak keliru lagi.

Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap (kategori) perfume iaitu:


1.Perfume (parfum)

2. EDP - Eau de Perfume (Eau de Parfum)

3. EDT - Eau de Toilette (disebut ‘o-do-twa-lay’)

4. Cologne


1. PERFUME (PARFUM)Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya boleh tahan mahal.Tapi memang puas hati.

2. EAU DE PARFUM (EDP)Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.

3. EAU DE TOILETTE (EDT)Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Ramai orang menganggap Eau de Toilette sama seperti perfume atau eau de parfum. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda.Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Sedang-sedang orang kata.

4. COLOGNECologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

Diharap dengan penjelasan ini, anda sudah boleh memahami jenis-jenis pewangi. Tunggu tips yang seterusnya..

4 comments:

ღnFashyaღ said...

hihi...time2 tertentu je jadik agen kak nani....agen beso kite makteh..hihi....

perfume rlauren always yours ni perfume baru tau....baru keluar from rlauren...

iklan sikit..sape2 nak beli EDP paul smith floral dgn harga RM150. sila contact saya...sape cepat die dapat

Hanani said...

Fashya,perfume yang akak order tu dah banyak guna utk tester ke?huhu

Dayu said...

thanks for the info
i pun tak tahu sgt perbezaam EDP/EDT sebelum ni

Hanani said...

Dayu-->u're welcome dayu...tu pun dapat info dari internet...

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...