Subscribe:

26 December 2014

Petua Dan Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Mudah

Assalamualaikum wbt..

Harini saya nak berkongsi petua dan tips bagaimana nak hilangkan jerawat secara semulajadi...jom amalkan untuk kecantikan semulajadi...

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato.
Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis.
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya.
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling pentig, usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi.
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru dibilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur.
Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu.
Ambil segenggam pucuk jambu dan keronyokkan/lumatkan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam.

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras.
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

8. Hilangkan Jerawat Dengan Asam Jawa Dan Kunyit Hidup.
Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

9. Hilangkan Jerawat Dengan Limau Nipis Dan Minyak Masak.
Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa.

10. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Bedak Sejuk, Garam Dan Air Asam Jawa.
Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Sapukan di muka dan di tempat yang ditumbuhi jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

11. Hilangkan Jerawat Dengan Daun Teh.
Didihkan daun teh tersebut. Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang ditumbuhi jerawat.

12. Hilangkan Jerawat Dengan Air Kelapa.
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

13. Hilangkan Jerawat Dengan Kanji Nasi.
Sejukkan sedikit nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

14. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Putih Telur, Tepung Jagung Dan Minyak Zaitun.
Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

15. Hilangkan Jerawat Dengan Larutan Tepung Kanji.
Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

20 December 2014

8 Petua Atasi Batuk Berkahak Secara Semulajadi

Assalamualaikum wbt...

Harini saya nak kongsi tentang cara dan petua nak hilangkan batuk berkahak secara semulajadi..

Tak suka kan kalau kena batuk berkahak ni? nak berdepan dengan org pun malu...asik nak buang kahak jer. ..uhhh..sungguh tak best ok! terkokol-kokol depan kawan-kawan sepejabat..

Ni adalah antara petua nak hilangkan batuk berkahak secara alami dan semulajadi yang saya jumpa dan petua dari orang-orang tua yang murah dan mudah..

1) campurkan sesudu kicap + perahan limau kasturi.. minum setiap pagi dan malam

2) minum madu yang dicampur dengan perahan limau nipis/ limau kasturi..minum setiap pagi dan malam

3) Hirisan buah lemon, hirisan halia dicampur dengan madu asli di dalam balang atau bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar. Tahan sehingga 2-3 bulan. Cara penyediaan, masukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam. Minum setiap pagi dan malam

4) untuk anak-anak, anda boleh berikan setengah sudu kecil madu asli dibancuh bersama air suam dan minum

5) ada juga petua suruh makan 2 ulas bawang putih bakar setiap malam.. ohhh..yang ni saya tak sanggup..huhuu...

6) Sapukan minyak panas dibelakang dada bayi anda untuk melegakan batuk dan mencairkan kahak ketika tidur malam..

7) Wapkan bayi yang batuk berkahak.. biar dia menangis / sampai termuntah dan tepuk-tepuk rusuk kiri kanan bayi, depan dan belakang dada, tepuk perlahan bentukkan tangan berbentuk cuping telinga.. kahak akan cair dan keluar melalui najis.. yang cara ni hati ibu kena kuat dan cekal.. kalau tak, ibu pun nangis sama..huhu..lebih baik guna cara ni dari beri ubat batuk tau..anak pun tidur lena, Saya pun penah buat pada Ammar sebab masa tu dia baby lagi dan saya tak sanggup nak beri ubat batuk awal-awal usia dia. Ni saya jumpa di blog rakan blogger lain.. dan lebih baik bayi diberi gas di klinik tuk cairkan kahak dari diberi ubat batuk ok! Sebab ape? sebab nanti kahak anak tu akan terberhenti dan masih ada didalam tubuhnya. Dan batuknya baik sekejap je, nanti akan berulang lagi..

8)  Legakan dengan pengambilan supplemen. Tahu tak Minyak Ikan boleh legakan batuk dan kahak? Omega Guard semestinya dari Shaklee..

Oh ya..macam mana Omega Guard membantu dalam mengatasi masalah batuk kahak berpanjangan ni? Bila batuk, tekak pun rasa perit dan kemerah-merahan sebab dah terkena jangkitan kuman. Omega juga dapat melegakan pesakit asma

Sebenarnya asid lemak Omega-3, DHA dan EPA yang ada dalam Omega Guard itu bertindak sebagai anti-keradangan. Omega juga bantu legakan batuk, kahak tu kan macam lemak sikit, berlendir, so omega ni dapat cairkan kahak juga( fungsi omega itu sendiri membakar lemak)

Sekian, sedikit perkongsian ilmu yang saya tahu.. Petua-petua ni kena amalkan dan kena sabar ok. sesungguhnya kita berikhtiar, dan selebihnya bertawakallah..

Jika inginkan Omega Guard, boleh hubungi saya...harga special untuk anda semua..konsultasi diberikan dari A hingga Z..

Hanani
SMS/WHATSAPP - 012 3485657
Email- hanani217@gmail.com

17 December 2014

Kenali 16 Kehebatan Sustained Release Vita C Pujaan Ramai

Selain untuk cantik dan antioksida terbaik, jom lihat apa 16  kelebihan Sustained Relesed Vita C Shaklee :

1.Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
2.Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
3.Menguatkan struktur gigi dan gusi
4.Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
5.Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
6.Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
7.Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
8.Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C.
9.Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
10.Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
11.Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
12.Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
13.Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
14.Membantu dalam proses pemulihan kudis
15.Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
16.Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.

Nampakkan? Bukan 2 atau 5 kelebihan Vita C Shaklee malah lebih daripada itu...sebotol boleh tahan 6 bulan pula tu 😉...memang sangat berbaloi..sekarang masih lagi berlangsung promosi hebat untuk Sustained Release Vita C Shaklee...Dapatkan pada harga yang tak mampu ditolak..

Hubungi saya,
Hanani Hamid
SMS/WHATSAPP - 012 3485657
Email - hanani217@gmail.com
Pengedar sah Shaklee anda 👸

16 December 2014

5 Panduan Kekalkan Kulit Segar dan Cantik

Kebanyakan orang memberikan penjagaan yang berat sebelah kepada kulit iaitu organ perlindungan terbesar bagi kita. Kecantikan seseorang tidak tertumpu kepada kulit wajah yang mulus saja, tetapi kesihatan kulit badan secara keseluruhan termasuklah di kaki.

Ramai sanggup berhabis membeli set penjagaan kulit muka. Tetapi tahukah anda sebenarnya kulit kita secara umumnya memerlukan lima perkara untuk kekal sihat dan cantik seperti yang digariskan oleh Pakar Dermatologi di Louisiana, Dr Patricia Farris iaitu:

1. Antioksidan

Kegunaan antioksidan dalam mengekalkan kesihatan kardiovaskular (jantung) dan pencegahan kanser sudah lama diketahui. Ia ditemui dalam banyak makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut dan minyak. Antioksidan melawan kesan radikal bebas yang memusnahkan molekul dan akhirnya merosakkan sel yang sihat. Antioksidan bukan saja bagus untuk kulit bahkan ia memberi manfaat kepada setiap sel di dalam badan.

Ada banyak jenis antioksidan yang berguna kepada kulit, tetapi dua yang mendapat perhatian meluas ialah vitamin C dan E. Vitamin C membantu membina kolagen supaya kulit jadi tegang. Ia banyak di dalam bijirin penuh, epal dan buah-buahan sitrus. Manakala vitamin E pula melindungi membran sel dan merangsang nutrien asas pada kulit untuk melawan kerosakan disebabkan sinaran ultra lembayung.

2. Perlindungan daripada cahaya matahari

Apabila menggunakan krim tabir suria, kita bukan saja melindungi diri daripada penyakit seperti kanser kulit malah mencegah daripada tanda penuaan sebelum waktunya akibat pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.

Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari akan menjadi gelap, cepat berkedut dan kurang elastik berbanding bahagian kulit yang terlindung daripada selaran sinar ultra lembayung.

Kita boleh melindungi kulit dengan menyapukan krim pelindung suria (yang mempunyai SPF melebihi 15 dan perlu disapu 20 minit sebelum keluar rumah) atau memakai baju lengan panjang, topi atau payung.

3. Asid lemak asas (EFA)

Asid lemak asas adalah komponen penting dalam diet sihat. Ia membantu membina membran sel untuk mengekalkan kandungan air dan nutrien dalam badan. Asid lemak ini juga membentuk lapisan minyak yang melindungi kulit daripada kerosakan akibat kesan sinar ultra lembayung dan pencemaran.

Tanpa asid lemak asas ini, membran sel pada kulit tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai pelindung dengan baik. Akibatnya kulit akan mengalami kekurangan air dan mudah menghasilkan sebum yang tidak dikehendaki, akhirnya menyebabkan kulit kering, mudah alami keradangan dan noda.

Sumber asid lemak asas ialah ikan air sejuk seperti salmon dan sardin, minyak kesumba (safflower) dan falxseed, kacang buncis, walnut dan bayam. Anda boleh mengambil makanan tambahan omega-3 untuk memperbaiki kesihatan kulit.

4. Air

Dianggarkan 55 hingga 75 peratus daripada badan manusia terdiri daripada air. Air menyingkirkan toksin daripada badan, membolehkan sel menyerap nutrien dan melancarkan sistem pencernaan. Mungkin ramai tidak sedar badan kita kehilangan air setiap masa melalui pernafasan dan perpeluhan. Jadi untuk memastikan sistem badan berjalan lancar, kita perlu minum banyak air setiap hari.

Kulit juga memerlukan air untuk membuang semua bahan yang boleh mencemarkan kesihatannya dan boleh menyebabkan masalah seperti jerawat. Kulit yang cukup air kelihatan segar, licin dan sihat.

5. Pembersihan
Inilah adalah perkara asas dalam rutin penjagaan kulit. Ia bukan saja menghilangkan kekotoran, pencemaran dan minyak yang membuatkan pori tersumbat, tetapi turut menyediakan kulit menyerap dengan baik bahan aktif daripada produk penjagaan yang kita gunakan.

Bukan semua pencuci adalah sama, sebaiknya carilah pencuci yang bebas sabun. Sabun yang anda gunakan untuk kulit badan tidak sesuai untuk membersihkan kulit muka kerana ia terlalu `kuat'. Pilih pencuci yang sesuai dengan keadaan kulit anda. Apapun jenis pembersih yang anda gunakan, urutkan ia pada muka selama 20 saat supaya ia berpeluang melakukan tugasnya membersihkan wajah anda.

Jom amalkan untuk kulit kekal segar dan cantik sentiasa..

13 December 2014

Apa Isi Kandungan Hebat Shaklee Collagen Powder yang Perlu Anda Ketahui

Setiap produk mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Begitu juga dengan Collagen Powder Shaklee yang mempunyai formulasi ramuan unik yang menjadikannya sangat istimewa berbanding produk-produk kolagen lain dipasaran.

Ramuan istimewa Collagen Powder Shaklee setiap satunya mempunyai fungsinya tersendiri.

1. Kolagen Dari Sisik Ikan Merah

Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.

2. Ekstrak Biji Camellia japonica

Biji Camellia japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3. Ekstrak Pfaffia

Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camillia japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4. Elastin dari kolagen ikan

Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

5. Vitamin C Dan Vitamin B

Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen dalam sel.

6. Ekstrak Kekerang

Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7. Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Dengan kombinasi ramuan utama yang istimewa dalam Collagen Powder Shaklee, membolehkan pengamalnya akan tampak lebih muda dan rasa lebih muda! Yang penting kesemua ramuannya adalah SEMULAJADI...

Hubungi saya pengedar sah Shaklee anda untuk dapatkan harga tak mampu ditolak...

Hanani
SMS / WHATSAPP - 012 3485657
Email - hanani217@gmail.com

12 December 2014

Dobi Layan Diri ~ Kemudahan Yang Memudahkan Diri

Alhamdulillah pindah rumah dah selesai..sekarang menunggu mesin basuh baru sampai di rumah....sementara takde mesin dan ampaian ni saya membawa diri menggunakan kemudahan dobi self service yang dekat sangat dengan rumah....senang terus dryer...dan dan tu juga terus lipat kain...

Apa salahnya mencuba kemudahan yang ada...suamila yang mencadangkan saya mendobi layan diri ni....best juga...lagi pula ada wifi percuma disediakan....rata-rata yang menggunakan khidmat dobi layan diri ni orang bujang lelaki dan juga suami yang PJJ dengan isteri (yang ni agak-agak je..😉😉😉)...




Dalam kepala dah terbayang nak membeli dryer je ni...senang...akan diusul kepada encik suamiku...

Apa-apa pun memang mudah dengan kemudahan yang ada ni..at least feeling macam dalam tv yang dok selalu tengik mat salleh je yang buat..hahaha...takdela tak tau guna ye dak...kemain alasan ko ye nani...

11 December 2014

Atasi Masalah Strechmarks Sepanjang Kehamilan dan Selepas Bersalin

Stretch Marks tu bahasa melayunya bermaksud kesan regangan kulit. Biasanya benda ni selalu ibu mengandung yang ‘dapat’. Perut yang makin membesar, so kulit pun makin meregang. Dianalogikan seperti sebiji belon yang pada asalnya elok bergetah. Apabila ditiup sehingga besar, apabila dilepaskan anginnya, lalu berkedut-kedutlah kulitnya dek regangan tadi.

Bagi saya stretch marks tu tanda kenangan yang paling indah. Tapi, kalau teruk sangat sampai si suami pun tegur..hurmmmm harus lah do something kan. Rasanya ramai yang dah tau cara nak atasi stretch marks iaitu dengan menggunakan lotion/cream ataupun minyak. Actually, untuk atasi stretch marks baik dimulakan sejak preggy lagi.

Biasanya bila perut kita  makin membesar, kulit perut akan makin menegang. Akibatnya kita akan rasa itchy/gatal kat bahagian perut. Kalau boleh nak garu je. Tapi daripada digaru, lebih baik sapukan cream atau minyak supaya rasa gatal tu hilang sikit. Beside hilangkan rasa gatal, cream atau minyak tadi akan halang stertch marks daripada terjadi.

Alhamdulillah sepanjang kehamilan Kasih dan Ammar tiada masalah strechmark melanda...cuma kali ini ada muncul sedikit....awal-awal lagi sebelum perut semakin membesar mrmang saya sapu dengan lotion dan juga herbal blend...test pada diri sendiri dulu...selain daripada itu saya amalkan ESP sepanjang kehamilan...makanya strechmark tu tak jadi nak keluar sangat....orang kata mencegah lebih baik dari mengubati...untuk kulit juga Vitamin C dan B complex banyak membantu...makanya strechmark tu tak jadi nak keluar lagi banyak agaknya...

Pada yang dah bersalin dan ada masalah strechmark cubalah amalkan ESP, Vitamin C dan juga B complex...Add on Vita E untuk hiangkan parut yang lain juga...saya dah, anda patut cuba...mencuba tak salah...lagipun supplement tu semua juga dapat menyihatkan badan malah sebagai milk booster juga...lagilah bulan ni Vita C dan Vita E ada promosi..jimat berganda...

Mrncegah lebih baik dari mengubati...nak dapatkan supplement Shaklee pada harga terbaik beserta dengan consultation dari A hingga Z hubungi saya ye...nak dapatkan lebih info boleh like fan page saya di Sihat Hebat..

Hanani
SMS/WHATSAPP : 012 3485657
Email: hanani217@gmail.com

10 December 2014

Puding Raja Paling Sedap Untuk Orang Ada-ada..

Memula dulu saya memang tak tau kewujudan puding raja ni...untuk pengetahuan semua puding raja ni makanan diraja untuk kerabat raja pahang...tu yang payah nak dapat..tapi sekarang ni orang ada-ada macam saya pun boleh makan...nak buat dia part jala emas tu yang susah...yang lain mudah lagi nak dibuatnya...ececeh...macam pernah buat je gayanya..

Selepas mencuba terus jatuh cinta tahap gaban...tapi memang agak manis...pregnant kalini memang boleh telan manis-manis tapi itupun selepas mencecah 5 bulan...kalau tak memang tak lalu..balik bentong haritu mak tunaikan hajat saya nak makan puding raja ni...alhamdulillah, sedap sangat rasanya...lepas mengidam...pasni tak ngences la baby....hehehe...

09 December 2014

Lemak HILANG 21KG dengan Supplement Shaklee

Salam semua...

Saya nak berkongsi testimoni hebat apabila seorang lelaki berjaya turunkan berat badan dengan mengamalkan supplement Shaklee sepenuhnya..

Ha, inilah testimoni hebat dari cucu Shaklee saya....turun 21kg dengan supplement Shaklee sepenuhnya...ni baru ambil 2 produk dah kena sedut lemak cam gini...kalau ambil full set lagilah power....

Yang penting kulit tak menggeleber...reshape cantik dan yang bestnya tak lapar....pada yang nak tau lebih details boleh hubungi saya atau tuan badan sendiri...Kepada Krul Firdaus bersedia dengan pertanyaan yang akan datang bertubi-tubi ye..1 je saya suka sebab katanya makan banyak buat lagi cepat turun...ha!!! camne tu???

Jangan biarkan lelemak di badan anda semakin menebal...cegah sebelum lagi banyak di badan...saya sedia membantu..

Hanani
SMS/WHATSAPP : 012 3485657
Email : hanani217@gmail.com

08 December 2014

JERAGAT ~ Ketahui Punca dan Cara Atasinya

Ramai yang menghadapi masalah jeragat dimuka sering mencari kaedah, teknik, rahsia, panduan, cara bagaimana atau petua menghilangkan jeragat ini. Mereka ingin mencari petua menghilangkan jeragat di muka dengan kaedah dan teknik yang paling baik dan berkesan untuk diamalkan. Mereka mahu menghilangkan jeragat dimuka dengan cepat, berkesan dan tanpa sebarang masalah sampingan kemudian hari.

Apa itu jeragat?
Jeragat adalah masalah kulit yang dihadapi. Jeragat boleh dijelaskan seperti yang berikut.
Jeragat merupakan sejenis penyakit kulit.
Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag.

✔Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
✔Melasme – tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
✔Skin Tag – Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan leher.

Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.

Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.
Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.

Petua menghilangkan jeragat dimuka yang boleh anda cuba amalkan adalah seperti yang berikut. Anda berhak memilih kaedah atau cara yang sesuai dan mudah untuk anda amalkan bagi mengatasi masalah jeragat ini.

Pilihan Petua Untuk Menghilangkan Jeragat Di Muka

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Pilihan 6: Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih telur sahaja) dan 1 biji limau purut atau limau nipis. Tumbuk kunyit hidup lumat-lumat dan campurkan dengan tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pada kulit muka yang berjeragat selama 25 minit sebelum mandi.

Demikianlah dikongsikan mengenai petua menghilangkan jeragat di muka yang boleh anda amalkan dengan mudah.

Terdapat juga produk Shaklee yang boleh menghilangkan jeragat di muka yang boleh anda gunakan.

Ada beberapa produk hilangkan jeragat di muka. Ia mampu menjadikan kulit muka anda licin dan bebas dari parut jeragat.

Anda boleh mencuba amalkan selama 30 hari atau lebih dengan mengambil SET KECANTIKAN SHAKLEE.

INGINKAN KULIT CERAH, CANTIK MENAWAN?
Jika anda inginkan kulit cerah, cantik menawan, kami ada solusinya. Dapatkan SET KECANTIKAN SHAKLEE. Yang pasti ianya SEMULAJADI..Apa yang terdapat di dalam SET KECANTIKAN SHAKLEE dan cara penggunaannya?

Ia akan menjadikan kulit anda cantik, cerah berseri secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Ia juga membantu menghilangkan jerawat dan parut dari dalam secara alami. Membantu kesihatan dan awet muda.

Hubungi saya pengedar Shaklee bertauliah anda untuk cara atasinya...

Hanani
SMS/WHATSAPP : 012 3485657
Email : hanani217@gmail.com

07 December 2014

Vitamin C Untuk Kulit Sentiasa Cantik Walaupun Tanpa Make Up

Sempena BULAN CANTIK ni saya nak berkongsi vitamin khas untuk KULIT CANTIK...

Seperti semua sedia maklum, VITAMIN C mrmang makanan untuk kulit..ada yang sanggup cucuk sana sini untuk nampak cantik...apa yang dicucuknya??? Vitamin C ye...vitmin C ni bukan boleh simpan lama-lama dalam badan...dikenali juga sebagai vitamin larut air..maka, jika ambil banyak pun tak jadi masalah...itu kalau dengan SUSTAINED RELEASE VITA C la...vitamin lain saya tak pasti....

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.dP

Di bawah ini saya senaraikan sebab-sebab untuk kita jadikan vitamin C ini sebagai rutin harian:

Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
Tubuh kita akan kehilangan vitamin C  semasa melakukan aktiviti harian.
Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.
Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu meberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan. Ini kerana ianya:

Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
Mencerahkan kulit.
Melambatkan proses penuaan.
Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.
Selain dari sudut kecantikan. vitamin C Shaklee juga bagus untuk:

Meningkatkan sistem imunisasi badan.
Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
Mengatasi masalah gusi berdarah.
Menarik kan vitamin C Shaklee ini? Hah apalagi, marilah dapatkan sebotol. Sebotol ada 180biji, dan tahan untuk kegunaan enam bulan.

Nak dapatkan pada harga hebat bulan ini boleh dapatkan dari saya PENGEDAR SHAKLEE anda yang peramah 😉...

Hanani
SMS/WHATSAPP : 012 3485657
Email :hanani217@gmail.com

03 December 2014

Ingat Shaklee Ingat Saya

Pada semua warga JB, SKUDAI, NUSAJAYA boleh COD terus....servis dijamin tip top...

Ingat Shaklee ingat SAYA 😉😉

01 December 2014

Rahsia Awet Muda Putih Gebu Sentiasa

[ Nak KULIT GEBU CERAH SEKATA???  ]

Takkan nak biarkan je kulit KUSAM dan tak bermaya???
Muka cerah tapi tona kulit tak sekata, berpasir dan black head merata-rata,
Ditambah dengan jeragat mula keluar sikit demi sikit..Mau tak risau...
Umur muda lagi tapi nampak tua dari usia
Yang lagi sedih SUAMI atau BOYFRIEND tegur kulit muka makin kertu..SENTAP rasanya!!!
Tu yang beria toleh kalau tengok kulit perempuan lain FLAWLESS, GEBU GEBAS lalu depan mata...

Jangan biarkan semua tu terjadi pada diri sendiri...
Ada cara boleh ATASI hanya dengan semulajadi...tak payah nak cucuk sana cucuk sini...buat sakit muka je...

Hubungi saya pengamal cara semulajadi untuk dapatkan kulit CANTIK, FLAWLESS, CERAH SEKATA..

Bukan hanya cantik LUARAN malah cantik DALAMAN juga...full pakej gitu!!! Nak tau apa dia?? Dan bagaimana caranya???

Hubungi saya untuk penyelesaiannya..

Hanani
SMS/WHATSAPP : 012 3485657
Email : hanani217@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...