Subscribe:

28 December 2011

Saya suka makan kismis.

Kenapa menyepi??

Sudah agak lama saya tak update blog kesayangan. Sebabnya keadaan diri yang kejap-kejap demam,kejap-kejap busy maka tak sempat nak update. Arini baru sihat sikit kalau tak dah kena gi cek darah takut jadi pape. Saya ni jarang sangat sakit bila dah sakit lama cengging risau gak. Ni pun ada sakit tekak, batuk dan selsema. Harapnya malam ni tak demam lagi. Saya ni jenis demam malam. Nasib baik tak berjangkit kat kasih. Saya lebih rela sakit daripada tengok kasih yang sakit. Semoga cepat sembuh sepenuhnya. Cerita tentang anak dara sunti saya tu, sekarang ni dia makin cheeky, dah pandai merajuk siap buat muka, suka makan, suka menari,suka main lego dan suka usik orang. Macam ada lagi yang tertinggal je. Yang penting kasih sangat suka cat okeh.dapat cat je beria peluk. Nasib baik takde asma. Macam-macam perangai budak-budak ea. Dan sebagai seorang mama, saya kena alert dgn perkembangan kasih nanti takdela org ckp saya ni mak tak prihatin pulak kan. Setiap ibu bapa mahukan yg terbaik untuk anak-anak mereka betul tak? Tepuk dada tanya diri sendiri.

21 December 2011

Tabiat baru

Masukkan diri dalam laci dengan harapan dapat jumpa doraemon dan kawan-kawan.

14 December 2011

Safari kid's pasta-certified organic

Arini saya masakkan macaroni utk kasih.wat sup saje..sup tu letak bawang putih + bawang besar + kentang + ayam..tak sangka lak habis licin dia makan.macaroni sangat cute sbb ada macam2 bentuk safari animal.sambil bg kasih makan sambil beria buat bunyi2 animal tu.lagila dia suka.dia akan lg byk makan kalau dia suap sendiri..tapi saya kena pegang sekali sudu tu.kalau tak kemana lak macaroni tu nanti..boleh dapatkan macaroni kat cosway.harga murah je..yg penting macaroni organik,nanti nak try wat macaroni cheese plak.memandangkan she love cheese so much.kena google resepi ni.atau korang ada yg dah buat blh bg link masing2.tak sbr ni..

13 December 2011

Bila bosan melanda diri

Memandangkan tv dan lappy tak boleh berfungsi maka perhatian sepenuhnya diberikan kepada anak dara saya la.lebih-lebih lagi sedang bercuti panjang.jadi surirumah sepenuh masala sekarang.bahagiala kasih bila ada kawan nak bermain sama.habis dikeluarkan sume bola pastu lari-lari atas bola.bila jatuh gelak2 pulak..bila semua dah berkuncah saya apalagi suruh dia kemas balik, dengan syarat mama kena tunjuk cara kalau tak mama yg kemas semua semula..arini kasih sebut 1 perkataan baru lagi..puas gak saya ajar..perkataannya yg kasih dapat sebut - buka..dengan mulut2 terjuih nak bagi dia ikot supaya tak pelat.memula dia pandang je mulut saya pastu tengah main2 dia sebut balik..terkejut gak saya.alhamdulilah dia sebut sama mcm saya ajar.nak ajar budak yg tak tau apa2 ni mmg perlu kesabaran.biarla mulut terjuih ke asalkan dia dpt ikot..pas penat main masa untuk menyusu pulak..sekarang kasih sangat suka menconteng,main lego dan bercakap bhs jerman dalam nada berbisik dan menari.pantang dgr lagu terus bejoget..

12 December 2011

Bila barang yang penting rosak..

Alhamdulillah saya dah selamat sampai ke rumah manis rumah..setelah nak dekat 3 minggu kat kg bila blk rumah amek kau,berabuk sangat2.en suami saya tak sempat nak vakum la tu.xpela,da la dia dok sorang2 kat rumah..sampai rumah je terus bersilat kemas rumah..memula vakum, pastu basuh baju plak.br lega sikit tgk rumah..yg tak bestnya bila brg2 yang penting rosak maka saya jd buntu..yang rosak memula lappy.ni sampai2 rumah je tv plak.maka online melalui fon je la.huhu.kasih dok main dgn mainan dia yg dah lama tak jumpa.sampai2 je terus main.ni dia tengah ralit mewarna buku sambil menyanyi..esokla gi survey tv and lappy..uish, byk gak nak kna spend ni.maka mood sekarang adalah tensi..

08 December 2011

Kenapa saya sangat puas hati ??

Mood saya sekarang adalah sangat puas hati. Kenapa?? Sebabnya br blk dari bawa kasih pergi cek up 18 bulan kat Klinik Desa Benus dan layanan yg diberikan sangat terbaik. Kenapa sangat terbaik sbbnya kerana misi tersebut menjalankan tugas sbg misi dgn sangat baik dan berbudi bahasa. Bercakap menggunakan akal fikiran yg waras. Bkn mcm sesetengah misi tu, da la muka ketat pastu nak bg nasihat ikot sedap mulut tanpa fikirkan perasaan org yg kena lecture dek dia. Berbalik kepada misi tadi yg bernama Pn Jameah. Saya sangat senang dgn layanan pn. dan nasihat yg diberikan. Da tu tak payah nak menunggu lama. Alhamdulilah cek up kasih 18 bulan ni berat dia naik dan tak kat line kuning lg. Semoga terus naik dan yg penting anak mama sihat selalu. Yg paling best bila saya inform yg saya still BF kasih lagi sampai sekarang misi tu sangat happy dan siap cakap tahniah sbb still BF lg. Part tu yg buat sy salute kat dia. Yela, sebelum ni kalau pergi cek up, bila sy cakap sy still BF kasih kemain panjang lebar misi tu marah saya cakap yg susu ibu ni tak cukup zat nak tampung pemakanan kasih. Hello, dengan umur kasih sekarang 3 kali sehari je minum susu da cukup. Bukannya dia bergantung kat susu je. Alhamdulilah kasih nak makan makanan lain dan supplemen jugak. Nak di lecture semula kat dia saya ni bukan misi, tapi bukannya kita tak tau kan. Bahan bacaan berkaitan parenting da banyak. Nak senang google je. Hah, panjang lebar saya bercerita buat luahan perasaan. Maaf andai ada perkataan yang tak sedap di dengar dan menyentuh hati mana2 pihak. Ini hanyalah sekadar meluahkan apa yang dirasa.

07 December 2011

FW: Sayang baby

Baby adalah kawan baru kasih.beria kasih suapkan botol susu atau puting kat baby.ni semua pengaruh aunty2 yang lebih kurang sebaya kasih..saya pun suka tengok kasih main dengan baby.macam loving sangat..so, saya decide belikan untuk kasih gak..tengokla aksi kasih main dengan baby..

Sayang baby

Baby adalah kawan baru kasih.beria kasih suapkan botol susu atau puting kat baby.ni semua pengaruh aunty2 yang lebih kurang sebaya kasih..saya pun suka tengok kasih main dengan baby.macam loving sangat..so, saya decide belikan untuk kasih gak..tengokla aksi kasih main dengan baby..

04 December 2011

Tip Cinta

Hasil dari pembacaan saya dari majalah Maskulin saya dapat tip ni.saya saje nak share dengan korang semua.Sharing is caring rite. Antara tipsnya adalah :

1. Kaum perempuan akan merasakan dirinya disayangi dan diutamakan apabila luahan perasaannya didengari oleh pasangan.

2. Jadilah pendengar yg baik, kerana itu salah satu resepi untuk membina sebuah percintaan yg bahagia dan kekal selamanya.

3. Jangan sesekali buat lawak atau mengeluarkan kata-kata yg tidak sewajarnya ketika si dia meluahkan sesuatu.Nampak seperti kita tidak matang dalam perhubungan malah sebagai teman hidup..

p/s: moga apa yg saya kongsikan dapat menyemarakkan lagi rasa cinta hubungan pasangan kekasih dan suami isteri di luar sana..

02 December 2011

Saya sudah 18 bulan..

Happy 18 month years old my darling Kasih Nazreen...Semoga sentiasa menjadi anak yang menggembirakan hati mama dan ayah...









01 December 2011

Dari selatan ke utara...

hanya dapat upload pic saje now sebab masa sangat jeolous dengan saya..ni adalah kali ke berapa ntah dapat nengok sawah padi secara life..jakun tak saya? yela, kat jb tu mana nk dapat sawah padi...memandangkan adik saya bertunang dgn org kedah gunakanla kesempatan yg ada dgn sepenuhnya...ala2 citer tentang Dhia...


kami bertiga yg jakun jumpa bendang...



ye, ini adalah kereta saya...


nila pasangan yg bertunana tu..adik saya lelaki..


kasih tanak dok diam




dgn adik saya lg...

aik, nape pic ni takleh besar nih...



mak & abah...



rakan sekerja yang nikah pada ari yg sama dgn adik saya bertunang..sib baik dekat so, dapat gi jenguk jap..


mama & kasih ..

29 November 2011

Hobi baru

Macam budak-budak lain yg sebaya dengan kasih memang sangat suka main air kan.lebih-lebih lagi bila mandi kolam.tak kirala kolam besar atau pun kolam tiup tu.kasih tak ketinggalan juga.saya beli kolam ni da lama.pas gi bday party mica anak dara cira tros gi tesco cari.murah jek.nak beli yg besar tak cukup space kt umah tu.asalkan anak suka mama dgn ayah pun suka jugak..pantang ada masa terluang mesti kasih minta nak main dalam kolam tu.sangat fleksibel kolam ni sebab senang nak bw ke mana-mana.nak masukkan angin kena guna pam yg sama utk pam bola..bila da ready je kolamnya apalagi terjunla di dalamnya.sib baik xbesar sangat kalau tak,sure mama join sekali.best woo..kesimpulannya kasih sangat suka bermain dgn air,so senangla mama nak ajar kasih swimming.nanti kita blh swiming sama-sama..;}

21 November 2011

Cuti panjang,masa untuk merehatkan minda

Alhamdulilah arini saya sudah mula bercuti panjang hingga 3 januari 2012. motif bagitau kat sini.bukan nak show off tp sekadar luahan. dah kata blogger haruslah nak bagitau tak gitu. Ok,saya runsing juga sebenarnya sebab risau tak nak fm langsung after dah naik keje.saya bercadang nak hantar kasih kat tadika atau nursery next year. risau dia nak ebm saje dan stok tak byk. harap dapat buat stok sepanjang cuti ni. Dahla nak gi bercuti bagai. Ish, moga dipermudahkan sume. Ari rabu ni akan bertolak ke kampung @ bentong dan akan bertolak ke kedah pada ari jumaat. Pastu saya akan stay di bentong sampai tak tau bila. Ingat nak berjumpa kawan2 kat kl. So, geng2 UB jom jmpa nak? Pape saya roger.

16 November 2011

14 November 2011

Guru oh guru

Pertamanya saya ingin bersyukur ke hadrat Illahi dengan apa yang diberi..mungkin ada hikmahnya kenapa saya resign kerja lama dan bertekad untuk menjadi seorang pendidik..pada mulanya saya memang agak keliru samada tindakan saya tepat meninggalkan kerja di bidang IT dan menjadi seorang pendidik...sampai ada yang cakap gila ke apa ko resign keje semata-mata nak jadi cikgu..sedangkan gaji yang ko dapat lagi banyak wei...saya memula pun ragu-ragu dengan keputusan saya tapi alhamdulillah dengan petunjuk yang DIA berikan saya nekad jadi seorang guru..maka isu gaji cikgu banyak tu bukan sebab utama saya resign ye....antara faktor utama kenapa saya nak jadi cikgu adalah :

1) Masa dengan keluarga lagi banyak...
tak saya nafikan selepas saya dapat jadi cikgu je saya mempunyai quality time yang betul2 berkualiti..

2)Kurang stress
Ni adalah sebab utama saya nak jadi cikgu..tapi sekarang kerjaya sebagai guru bukan senang wei..kalau dulu2 ye..tugas guru hanya mengajar je tp sekarang macam2 nak kena wat..tapi alhamdulillah, saya mendapat kawan2 guru yang sama2 menolong saya dari saya tak tau apa2 sampai sekarang..keje ;ama sangat stress okeh..even gaji lagi banyak tapi asek stress tak boleh jadi gak..

lagi apa ye? yang lain2 tu saya rasa tak perlu saya nyatakan kat sini...sesiapa yang dalam gomen faham maksud saya...sesungguhnya janganla cakap keje cikgu ni mudah ye..sebabnya tugas nak mendidik anak bangsa bukan senang wo..bayangkan kalau dapat budak yang tak kenal huruf dan cikgula yang kena ajar sampai pandai..kalau tak jenuhla nak menjawab bagai dengan pentadbir sekolah, pejabat pelajaran, jabatan pelajaran dan semestinya kementerian..sesungguhnya saya bersyukur menjadi pendidik....

saya sertakan sekali berita mengenai kenaikan gaji guru yang membuatkan ada yang bengang dan macam2 lagila..jangan hanya pandai mengomen dan marah2 tapi tengok dulu sebabnya...guru2 dapat naik gaji rasanya sebab ada UNION yang mempertahankan hak sebagai pendidik dan bekerjasama dan sepakat dengan apa yang dibincangkan..so, kepada guru2 sekalian jom join NUTP untuk kebaikan bersama...kepada kakitangan kerajaan yang lain sila join union yang melibatkan hak2 memperjuangkan kebaikan2 yang akan menguntungkan semua pihak..


sorry ye sebab entry ni agak emosi kerana saya agak bengang dengan tuduhan kenapa gaji guru lagi tinggi daripada gaji doktor atau jurutera kat malaysia ni..itulah gunanya kesatuan yang ada..sila jangan ambil hati atau seumpama dengannya...

kat bawah ni adalah berita yang dah lama tapi saja untuk berkongsi dengan rakan-rakan pendidik sekalian..

KUCHING 16 Mei – Warga pendidik kini boleh menikmati lonjakan gred dalam perkhidmatan melalui kaedah kenaikan pangkat yang diberi nafas baru melibatkan pengenalan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru bermula 1 Januari 2012. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi kaedah itu guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Menurutnya, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru, laluan kerjaya guru yang terlibat dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PDP) akan diperluaskan sehingga ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

“Kewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi rakaman video yang ditayangkan pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 yang dilancarkan oleh Timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. Sambutan bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta 4,000 warga pendidik dan tetamu jemputan.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa mana-mana guru yang menunjukkan kecemerlangan seperti ditetapkan oleh lembaga tersebut boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Katanya, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

“Untuk itu, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus menjadi 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya.

Beliau turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Katanya, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 pula dinaikkan ke Gred DG48, melibatkan 6,585 jawatan.

“Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan,” katanya.

11 November 2011

Batman car

Saya update dari fon.so,gambar ada tidak center.kat blog xdpt nk upload gambar lak.geram je rasa.tp tetap nak upload gak.so,fon la yg jd mangsa.memandangkan kasih sgt teruja nak driving so saya belikan batman car ni.eh,silap lak.bkn beli tp bg kasih naik jap je.nak beli kete ni nak letak celah mana plak kt umah ni.gaya xboleh bla je kan anak dara saya ni.nanti mama belikan car menan ye.

11.11.11

Satu lagi tarikh cantik di hari yang sangat cantik iaiatu jumaat penghulu segala hari..ramai pilih tarikh nak kawen dan deliver baby...apa ye nak bebel kat sini..just nak inform yang sangat bizi hingga takde masa untuk update..huhu..sedih sebenarnya..banyak nak di share tapi tak sempat..ada je halangan..sorry sangat2..laptop sekarang ni pulak buat hal..lagila sedih..hopefully next week ok..so, selamat bercuti semua

04 November 2011

Contest Anakku Berfotogenik

Saya telah di tag oleh ibu husna @ fashya untuk join contest ni..jom kita join beramai-ramai ye kawan-kawan...dah lama tak join contest dan yang penting tak pernah menang kalau join..bilala nak jadi pemenang ni...huhu...tapi takpela, saje nak memeriahkan majlis...klik gambar di bawah untuk syarat2 penyertaan...




gambar yang saya pertaruhkan adalah di bawah ini..fotogenik la sangat...





Nama Anak: Nur Kasih Nazreen bt Muhammad Azreen
Nama Ibu: Nur Hanani Abdul Hamid
Nama Ayah: Muhammad Azreen bin Azman
Umur: 1 Tahun 5 bulan

Nama di bawah adalah orang bertuah untuk membuat tugasan ini ye:

1) Ummi mya - Yantie

2) Mama amira - Sue

selamat membuat tugasan ye...

03 November 2011

♥♥ Happy 4th Anniversary ♥♥

Alhamdulillah arini genap usia perkahwinan kami 4 tahun..hah! dah 4 tahun ko kawen nani??? cam tak caya je tapi itulah realitinya...sesungguhnya pelbagai rintangan dan dugaan yang kami harungi bersama...berkat kesabaran dan kepercayaan antara satu sama lain segala dugaan dapat kami tepis walaupun ada hati yang terasa tapi itu semua adat resam dalam perkahwinan..saya masih ingat lagi..seawal perkahwinan kami berumur 2 bulan tak silap, saya ada membaca sebuah buku bertajuk RAHSIA RUMAHTANGGA BAHAGIA (penulis tak silapnya dr hamka)...alhamdulillah, dengan buku itulah saya berpegang dengan ayat apa guna berkahwin kalau untuk bercerai...pelbagai tips dan panduan yang ada dalam buku tu..selain daripada buku tu, saya selalu merujuk pada sifu tak lain tak bukan adalah mak saya..mak saya adalah my best dr love..kalau sedih sikit bagitau kat mak..bukan apa, saya dah tak tau nak luah kat sape..tapi setiap kali luah kat mak mesti cakap jangan bagitau sape2...rahsia besar..mak akan bagi semangat dengan kata2 yang betul2 wat saya berfikir berkali-kali kalau nak buat keputusan..biasala kalau baru2 kawen macam2 nak kena hadap..betul tak?? saya memang salute pada pasangan yang takde masalah langsung masa awal kahwin..tapi rasanya mustahil takdekan..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri...

Saya akui masa awal perkahwinan saya banyak mengalah dan banyak toleransi dengan suami..yang penting komunikasi berkesan antara suami isteri..saya bukan nak cakap saya ni jarang bertikam lidah dengan suami tapi alhamdulillah, lepas berbincang elok2 dan dapat kata sepakat terus wat keputusan dan tak tukar-tukar dah...yang penting jangan pendam..kalau tak lagi kita stress...

4 tahun bersama membuatkan saya dan suami seperti pasangan yang tak dapat dipisahkan..ingat lagi time awal2 peknen, time cuti sekolah saya balik kampung dan suami tinggal kat JB rasa macam rindu gila la...patutla orang cakap, kadangkala harus ada ruang untuk kita bersendirian biar ada rasa rindu membara pada pasangan..selepas pada tu je, setiap kali cuti sekolah panjang je mesti saya akan balik kampung..lebih2 lagi dah ada anak ni..pergi holiday juga adalah antara pengikat kasih sayang suami isteri..lepas bersalin je suami saya nekad untuk bekerja sendiri dan jaga anak time saya pergi sekolah.jadi mr mama okeh.bukan senang tau kalau suami kita offer diri nak jaga anak sendirian time gi keje..alhamdulillah sume dipermudahkan oleh ALLAH..macam pelik je kan bila cakap suami yang jaga anak time saya gi keje..tapi semuanya ok..bidang tugas suami saya flesksibelselepas kelahiran anak kami perniagaan suami saya dimurahkan oleh ALLAH..ada je job masuk...yela, bila bekerja sendiri lagi ada masa..so, kasih hanya kami berdua yang jaga...nasib baik saya abes mengajar seawal jam 1.30..kalau tak jenuh gak...memula cam tak konfiden je nak bagi suami jaga anak kecik2 ni..dengan fully BF lagi..tapi dia yakinkan saya yang dia boleh buat...alhamdulilah, dah 17 bulan suami jaga kasih..dan genap 2 tahun nanti baru nak hantar kasih ke nursery kot..even kasih kami berdua yang jaga tapi social skill dia sangat ok sebabnya dia tak takut dengan orang dan suka berkawan..pantang nampak budak baya2 dia terus nak berkawan...ish, kalau nak citer sume kisah suka duka sepanjang 4 tahun bersama memang panjang berjela la karangan tapi sesungguhnya saya bertuah kerana berkahwin dengan Muhammad Azreen Azman..dia memahami saya dan sentiasa ada di waktu sedih dan gembira..kawan baik dan juga pendengar yang setia..dia seorang ayah yang sangat penyayang..semoga perkahwinan kita diberkati hingga hujung nyawa...i love u so much....doakan kebahagiaan kami ye kawan-kawan...sayang korang sume...



ticker ni wajib letak ye..



kami berdua..


family kecil saya


cinta hati kami...



*kitorang tak decide lagi nak celebrate katne lagi..aci tak??

02 November 2011

17 bulan @ 1 tahun 5 bulan


Arini genap sudah 17 bulan umur kasih nazreen..cam kejap je dah setahun 5 bulan...ramai yang dah cakap suruh bagi kasih adik..insyallah kalau ada rezeki adala nanti..sabar ye..camnela kasih kalau dah ada adik..sekarang kasih semakin manja dan saya rasa dah tiba masa untuk dia ada kawan dengan kata nama lain ada adik..biar lagi independence..takla dia jadi manja sangat2 nanti...baru sekejap dapat berita yang best buddy aka adik sayadah pregnant 8 weeks..alhamdulillah..pasni en mokhtar sila segera pindah ye..sian fashya sorang2 nanti..semoga dipermudahkan semuanya..berbalik kepada cerita kasih, sesungguhnya mama sangat bertuah kerana kasih mendengar kata dan sentiasa menenagkan hati mama dan ayah..happy 17 month years old sayang...

31 October 2011

Masih mood bercuti

Hari ini mood adalah merudum untuk update blog sebabnya mood masih dalam mood bercuti..huhu...saya update esok ye..macam2 nak upload ni sebabnya bercuti ke banyak tempat..kemain lagi kau ye nani macam nak citer g obersea je..

25 October 2011

Tips Menangani Anak

Harini saya nak share dengan korang tips nak menangani anak..bukan nak tunjuk otai tapi saya pun belajar lagi...saje nak share bersama...so, renung-renungkan ye..



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah..

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi....

24 October 2011

Happy holiday


Arini sudah start bercuti selama seminggu..so, entry ini adalah scheduled entry ye...sekarang saya dalam perjalanan ke Residence Desa Lagoon, Port Dickson...selepas ke PD saya akan terus balik bentong dan insyallah akan ke Cameron Highlands...doakan semuanya seperti dirancang..vill update after back from holiday...tata...

21 October 2011

Masa untuk bercuti...


Insyallah pada 24-25 oktober nanti kami sefamily akan pergi bercuti ke Residence Desa Lagoon Resort Port Dickson...ini adalah 1st time kami nak bawa kasih gi jalan2 dan mandi swimming pool..mama sangat teruja mencari swimming suit untuk kasih...semoga semuanya berjalan dengan lancar..

19 October 2011

Bunga-bunga cinta

Bulan depan adalah anniversary kami yang ke 4...wah, sudah 4 tahun usia perkahwinan kita ye sayang..sangat tidak sangka dan selama 4 tahun ni pelbagai dugaan dan cabaran yang kami hadapi...time bertunang adalah saat yang saya akan ingat sampai bila-bila.sebabnya biarlah saya saja yang tahu..akan tersemat sampai bila-bila...moga hari mendatang kita akan hadapi dengan tenang...tahun ni nak bagi suprise kat en suami saya la..baru saya perasan yang saya tak pernah mention nama suami saya kan? tengok orang lain sebut-sebut nama suami tapi tidak saa bukan apa dia dah cakap dia tanak interframe..maklumla suami saya ni pemalu...tapi sempena bulan cinta kami next month maka dengan rasa bangganya nak menyatakan nama suami saya adalah muhammad azreen a.k.a bai..panjangkan nama dia sebab tu saya dok mention en suami je sebagai ganti nama dalam blog ini...kepada en azreen, saya sayang awak sangat-sangat..walaupun awak tak pandai nak tunjuk romantik depan-depan tapi saya tau yang dia sayang saya juga...ni entry pra anniversary...so, 3 november nanti bagi betul2 punya ye...till then i love u so much..ops, entry ni tak show off kan?





ni pic time bertunang...




ni pic baru2 kawen..auw...

17 October 2011

PETUA MENURUNKAN BERAT BADAN....

Ecece, tajuk mmg tak boleh bla sebab saya pun sedang berusaha nak berdiet ni...petua ni boleh diamalkan tapi janganla terlalu obss dengan yg ni je, yang penting kena disiplin


1. MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya :

-sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.

-Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.

-Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.

- Amalkan meminumnya selama sebulan, be
rat badan anda akan beransur turun.
goodluck ye...

14 October 2011

Buggy untk anak dara saya..


Wishlist terkini nak beikan buggy untuk anak dara saya sorang tu..cam best je...senang jek nak angkut dalam kete..takla bagak2 stroller tu nak letak kat dalam kan..so, alhamdulillah tak lama lagi akan dapat ye sayang...senang nak g travel nanti....nak cari kaler pink la ke biru ni pun dah cun yek....


13 October 2011

Supplement yang saya ambil...

Alhamdulillah, arini saya just nak share pengalaman saya dengan supplement yang saya ambil since 14 tahun till now...lupa plak nak share, time kecik-kecik dulu saya sangat takut nak telan ubat2 ni..cam ada benda tersangkut kat tekak...asek minum yang liquid jek..tapi lepas dengar syarahan dari mak abah dan doc sendiri baru berani nak telan..kalau tak, ubat sebijik minum air 1 botol besar..punyala macam apa..ok, back to tajuk, saya memang stick dengan multivitamin from AMWAY.namanya NUTRILITE..ye, sejak remaja hingga kini dan alhamdulillah sangat serasi dengan badan saya...masa 14 tahun tu saya amik yang basic - bio-c plus, calcium magnesium dan lecithin-e...kalau malas nak telan banyak2 saya just amik supplement nama DAILY jek.sbbnya telan sebiji je sehari...brand yang sama gak...semenjak dah ada DOUBLE X ...memang tu je yang saya amik dan alhamdulliah dengan DOUBLE X juga production susu sangat puas hati...DOUBLE X ni ada 3 jenis...sesiapa yang berminat silalah try..disebabkan saya pengguna tegar barangan AMWAY dan NUTRILITE so, saya sign up jadi ahli..murah sikit...lagi satu deodoran dia mmg dulu kini dan selamanya saya suka...apalagi kalau bukan DETER...



so, kat sini saya sertakan sekali benefit yang tersedia ada dalam DOUBLE X ni : (dalam english ye...)

Features:

DOUBLE X Multivitamin supplies 12 essential vitamins
DOUBLE X Multimineral supplies 9 essential minerals
DOUBLE X Concentrate supplies 12 different types of plant concentrates
DOUBLE X Multivitamin/Multimineral/Concentrate contains Phytonutrient Plant Compounds from 17 plant sources in total i.e. acerola cherry, alfalfa, citrus bioflavonoids, oregano, broccoli, apple, asparagus, cranberry, grape, kale, marigold, tomato, pomegranate, prune, rosemary, wild blueberry and sage NUTRILOCK coating
No artificial preservatives, flavours or colours added
62 multivitamin tablets, 62 multimineral tablets, and 62 concentrate tablets per pack
Designed to be consumed two times per day with meals
Vacuum sealed packaging

Benefits:

Provide optimal amounts of vitamins, minerals and beneficial phytonutrients for nutritional insurance
Provide natural plant materials and valuable phytonutrients (plant compounds)
Coating does not contain waxes or fillers, thus enabling the supplement to quickly dissolve so that the nutrients are readily available. Tablets are also easier to swallow
Especially suitable for those who want to avoid synthetic additives
Convenient one-month supply; you can take it with you anywhere
Provides a solid foundation for any supplement programme
Two times per day provide two opportunities for your body to absorb the nutrients
Ensures product quality and integrity


dengan apa yang saya nyatakan, dapatlah saya berkongsi serba sedikit dengan kawan2 semua...kepada yang dah mencubaboleh share dengan kengkawan..sharing is caring kan...

11 October 2011

11.10.11

Salam sume..saya nak juga update even takde citer sebab tarikh arini sangat unik....huhu..ada gak org cenggini...ni kalau tarikh wedding mest bestkan...

09 October 2011

Cloth diapers

Salam hari ahad sume.saya update entry melalui fon sbbnya internet sgt slow.just nak share experience saya pakaikan kasih dgn cd brand autumnz.seperti sedia maklum if pakai cd mama kena rajin mencuci.mcm pakai lampin.yg bezanya cd blh tahan lama.3 jam yg disarankan.alhamdulilah kasih pakai xbocor.1st time pkai je dia da berry.huhu.so far ok tp tula,kena rajin sket ye.kata nak berjimatkan..kepada yg belum mencube sila cube ye.mana tau tros berkenan.

06 October 2011

Happy 16 month years old sayang


2 oktober yang lepas kasih dah 16 bulan...semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa menenangkan hati mama dan ayah...semoga kasih membesar dengan gembira sentiasa...mama sayang awak sangat2....

04 October 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, seminggu lepas production susu untuk kasih sangat2 membanggakan..dan saya dah disiplinkan diri saya untukpam setiap 4 jam atau 3 jam sekali.memula sekali pam dapatla 4 oz pastu hari kedua dapat 6 oz and i speechless..malam2 pun yime kasih menyusu dapat rasa cik B sebelah lagi menitik2 susu..terus macam terharu..rasa macam dulu2 je...lepas kasih bf pun still masih ada lagi susu..owh, mama sangat suka..dan sudah nekad akan beli modu breastpump tak lama lagi.seperti sedia maklum saya masih gunakan avent manual ye....alangkah bagus kalau bf earning nuffnang dapat beli modu...i wish tapi ntah ye tak tau ada bape dalam tu..so, wishlist sekarang adalah modu ye..doakan dapat cepat...banyaknya wishlist..





6 oz sekali pam....semoga dapat lagi lebih dari ni..amin

demimu anak, mama sanggup korbankan segalanya...kasih saya sudah 16 bulan semalam...happy 16 month old NUR KASIH NAZREEN...mama saya awak sangat2...

03 October 2011

MODU breastpump...

Memandangkan kasih masih sayangkan susu mama so sekarang saya dah nekad nak beli MODU breastpump ni.hopefully lepas pakai ni akan produce lg banyak stok untuk kasih....aritu time kat mami& baby expo dah nengok and macam berkenan je...memula nak bali spectra 3 tapi bila dah kuar yang ni cam best je...sesiapa yang dah pakai boleh bagi review.jasa korang sangat dikenang.....nanti dah ada 2nd baby nak wat bebetul utk simpanan stok la...ye, untuk pengetahuan sume sehingga kini saya masih bf kasih lagi..hope sampai dia 2 tahun...amin





dah start mengumpul untuk dapatkan ini...

30 September 2011

Sangat suka mengutip


Camnela nak wat eh...kasih sangat suka mengutip...sekarang ni kurang sikitla...tapi kalau dia dah mengutip then masuk mulut...bila mama dah jerit2 dia berlari2 menyorok..hish..geram jek...any suggestion?????




sume nak masuk mulut....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...