Subscribe:

07 January 2014

ATASI MASALAH KEPUTIHAN SECARA SELAMAT DAN BERKESAN


WANITA DAN KEPUTIHAN

Mengikut kajian pakar kesihatan kelamin, 99.9 peratus wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida yang terdapat pada dubur dan juga faraj wanita. Jangkitan boleh disebabkan oleh sikap tidak perihatin atau cermat wanita di dalam soal kebersihan anggota sulit mereka.




Memakan antibiotik untuk jangka masa lama juga boleh membunuh bakteria semula jadi dalam faraj dan mendedahkan faraj kepada jangkitan dari luar. Wanita hamil dan mengidap penyakit kencing manis mudah dijangkiti kulat candida.

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin adalah proses biasa bagi seorang wanita. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk melindungi sel-sel dan saluran dinding faraj. Tanpa lendir ini, sel-sel ini akan menjadi kering dan rosak.

Kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Lendir yang berwarna putih dan pekat, kelihatan seperti nanah,  berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. menandakan yang faraj dan sistem peranakan anda telah dijangkiti oleh bakteria.




Beberapa contoh penyebab keputihan wanita yang tidak normal ialah:-
1. Infeksi yang disebabkan oleh kulat. Keluar lendir berwarna putih ataupun kekuningan. Ia berlaku secara berterusan dan biasanya disertai dengan rasa gatal. Infeksi jenis ini kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia.
2. Infeksi oleh kuman trichomonas. Keputihan wanita jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal.
3. Infeksi oleh bakteria vaginosis. Tanda-tanda bagi situasi ini ialah keluar cecair yang berwarna kelabu serta berbau.
4. Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang ditunjukkan dengan keluarnya cairan bersifat 'cheesy', berbau dan bercampur darah.
5. Kanser pangkal rahim. Tandanya ialah keluar cecair yang biasanya tidak disertai gatal, disertai bau busuk

Beberapa contoh penyebab keputihan wanita yang lain:-
1. Vaginitis atropik yang timbul pada usia lanjut (menopause), kebiasanya disertai dengan rasa nyilu akibat kekurangan hormon estrogen.
2. Ubat seperti antibiotik, ubat mengandungi estrogen.
3. Pemakanan juga merupakn faktor yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda.
4. Pengambilan makanan mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti donut, kuih-muih dan gula-gula getah juga boleh menyebabkan keputihan. Pengambilan beberapa jenis buah-buahan seprti nenas, sengkuang dan timun juga boleh menyebabkan keputihan. Kurangkan pengambilan buah-buahan ini jika anda mempunyai masalah keputihan.
5. Pemakaian tuala wanita yang kurang sesuai dan seluar dalam yang kurang pengudaraan juga boleh memburukkan lagi permasalahan ini.

APAKAH KEBURUKAN KEPUTIHAN

Ramai wanita beranggapan keputihan ini adalah sesuatu yang normal bagi wanita. Tetapi secara kita tidak sedar, penyakit ini telah membelenggu ramai wanita. Di antara keburukan keputihan ini ialah:

1. Mengganggu keharmonian rumahtangga.
2. Masalah keputihan tidak menjejaskan kesuburan seseorang wanita tetapi jika keputihan itu menjadi serius, hubungan seksual antara suami isteri akan terjejas.
3. Lelehan keputihan yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan akan mengendurkan nafsu suami untuk bersama.
4. Radang pada faraj juga menyebabkan isteri merasa sakit dan tidak selesa bila bersama suami.
5. Jangkitan kepada bayi di dalam kandungan.
6. Wanita mengandung adalah di antara mereka yang senang diserang oleh masalah keputihan. Ketika hamil, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen.
Ini meyebabkan kulat lebih mudah membiak kerana dinding faraj lebih lembab.
7. Secara purata, kira-kira 80% wanita hamil mengalami masalah ini.

Ada di kalangan wanita yang mengalami masalah keputihan yang serius. Namun, berasa malu untuk berjumpa doktor. Lagi-lagi kalau doktor lelaki. Betul tak? Saya sendiri pernah alami masalah keputihan yang agak serius waktu mengandung.

Ada antara kita yang memakai pantyliner untuk mengatasi masalah keputihan. Tapi bagi saya, pemakaian pantyliner bukanlah penyelesai masalah. Ia cuma 'menutup' masalah buat sementara.

Tak kurang juga yang mengamalkan petua orang lama-lama, contohnya..

Ambil seikat dauh sirih dan bersihkan terlebih dahulu.  Tumbuk sirih tersebut separuh hancur atau jika anda ingin cara yang mudah, memadailah dengan meramasnya secara kasar.  Kemudian campurkan sirih yang telah ditumbuk atau diramas tadi dengan air suam di dalam bekas sederhana besar.
Setiap kali anda mencuci bahagian sulit anda, gunakan air rendaman tadi pada bilasan terakhir.  Amalkan sehingga anda tidak lagi merasa gatal di bahagian tersebut.  Selain mampu menghilangkan keputihan, anda juga pasti merasa selesa.

Tips daripada Shaklee pula...

Amalkan Alfalfa!!




Ya, alfalfa mampu mengatasi masalah keputihan. Saya sendiri antara ramai yang telah alaminya!  Bagaimana nak atasi keputihan?

Dengan mengamalkan ALFALFA COMPLEX Shaklee, insyaAllah masalah keputihan yang membelengu kaum wanita boleh diatasi. Jangan biarkan sehingga keputihan menjadi abnormal.




Jom baca testimoni rakan saya yang telah bebas daripada belenggu keputihan!





19 Khasiat Daun ALFALFA :

1. Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid.
6. Merawat athritis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat asma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita
13. Membesar dan menegangkan payudara
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
15. Memulihkan urat selepas bersalin
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit
19. Milk Booster bagi ibu menyusu




AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE!

Pada yang berminat dengan Alfalfa hubungi saya untuk lebih lanjut. Harga kasih sayang ekslusif untuk pembaca blog saya...

Hanani
012 3485657
Pencinta Si Raja Segala Tumbuhan

2 comments:

nana nana said...

makan alfalfa ni pakej sangat. bukan keputihan je kan kak nani..

Hanani said...

Betul nana..tengok jelah khasiat dia

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...