Subscribe:

31 December 2012

Gudbye 2012 & Welcome 2013

Alhadulillah, aku masih bernafas hingga hari ini..lagi setengah jam akan masuk tahun baru..tahun 2013...semoga tahun 2013 lebih cemerlang dari tahun 2012..alhamdulilla, impian aku tercapai pada tahun ni seperti dirancang..dan hadiah terindah ialah kelahiran Ammar Harith sehari selepas anniversary kami...kita hanya merancang tapi ALLAH yang menentukan segalanya...thank you 2012 because being nice to me...

29 December 2012

Breastfeeding Journey

Alhamdulillah aku dapat fully bf Kasih sampai 2 tahun. Itu pun terlajak sampai 2 tahun 5 bulan. Dan alhamdulillah sekarang dah wean off secara rasmi. Aku tak sempat lagi nak update entry tips wean off Kasih. Nanti ye pada yang request. InsyaAllah aku harap dapat fully bf Ammar sampai 2 tahun. Kalau tak dapat sampai 6 bulan dah ok. Bukan apa, Ammar demand tinggi wo. Ni pun dah 3 atau 4oz dia minum sekali. Belum 2 bulan lagi. Doakan impian aku tercapai ye kawan-kawan

26 December 2012

Tudung Chiffon 3 Layer Size L Esklusif dengan Brooch ~ Murah


Salam semua..dah lama tak update, arini terus update tentang Tudung Chiffon 3 Layer Size L Esklusif dengan Brooch. Sebab apa esklusif? Kerana size L..Ramai yang request tudung chiffon 3 layer size L..kali ni aku up sekali dengan brooch..dan harga sangat reasonable..dan yang lagi best SEKALI KERONGSANG DENGAN AWNING FULL CAP CHIFFON. MATERIAL KAIN CHIFFON CREPE SILK. Sesiapa yang berminat boleh terus sms nombor di bawah ye. Untuk nak pastikan masih available ke tak boleh lawati FB Page kat bawah  Semua warna di bawah adalah available. Harga adalah sangat berpatutan dengan material yang baik. Sekali lagi dinyatakan bahawa size adalah L ye...cepat sementara stok masih ada..





more info :
tel : 012-348 5657 (NANI)
facebook : De' Hijab

22 December 2012

Jalan-jalan makan kenduri

Arini genap 49 hari umur Ammar Harith dan harini hari pertama secara officialnya aku declare g jalan-jalan sambil makan kenduri. Time majlis adik ipar aku aritu tak habis pantang lagi,maka tak dapat nak makan betul-betul. Tapi baru habis pantang ni mana boleh bedal je makan apa. Aku kan bf Ammar tapi Mak mertua aku cakap tak payah jaga sangat supaya Ammar tahan lasak. So far aku makan yang pedas memula Ammar berak-berak gak. Pastu da imun kot. Tapi yang berangin aku tak berani makan takut perut dia kembong. Perkembangan Ammar setakat ni semua normal. Dia dah start nl berborak. Kemain lagi suara dia nak bercakap sambil tangan macam nak karate. Berat tak tau berapa. Last timbang time sebulan 4.4kg. Aku rasa da 5kg lebih kot. Ni baju-baju dia semua dah sendat je. Kenala mama shopping. Takkan nak pakai baju kakak yang ropol-ropol tu.

20 December 2012

Bercerai susu secara rasmi

Alhamdulillah, dah 3 hari Kasih secara rasminya dah tanak bf. Aku pun tak sangka berhasil cara yang aku buat. Selama saaangaatla susah tanak bagi Kasih bf lagi. Sepanjang aku pregnant pun dia tanak lepaskan cik B kesayangan dia. Lepas je tak dapat ngempeng terus dia nak fm. Asyik nak susu je sekarang. Lagila rasa ajaib. Kuasa Allah tak siapa yang tahu. Yang penting untuk tanak bf anak dua-dua kena ready. Kita sebagai mak pun kena betul-betul ready tanak bf anak. Nanti aku buat entry bagaimana cara aku buat supaya Kasih da tanak bf ye.

17 December 2012

44 hari berpantang


Alhamdulillah, arini genap 44 hari aku berpantang..dan esok dah habis pantang..horeyyyyyyyyy..amboi, happy kemain ko ye nani. Tapi dengan mak aku, selagi menyusu baby jangan harap boleh makan sebarang. siapla dia bebel kat aku. tapi untuk kebaikan diri kita juga. so, jangan salahkan mak pula ye. Kali ni aku memang pantang betul-betul. Part makan dengan bengkung tu yang paling dijaga. Kalini 44 hari berbengkung ye. sebabnya nak kurus punya pasal. Dan alhamdulillah memang nampak hasilnya. walaupun perut aku tak flat tapi memang nampak lain dan rasa lain. Mak, Wan, Mak Mertua aku memang soh benkung 44 hari. Risau kot perut jadi tak cantik. Aku ni bahagian atas memang cepat turun tapi part punggung dan ke bawah kemain susah nak turun dan kat situla lemak berkumpul. Aku dah nekad yang pasni pun still nak pakai bengkug yang stripe tu kat punggung. kasi cantik lagi..huahuahuahua..


Kepada yang sedang dan akan bersalin semoga selamat semuanya ye. Jangan mengelat time pantang. sesungguhnya apa yang mak suruh buat tu untuk kebaikan kita bersama.

12 December 2012

Tungku Herba Baby


Salam semua. Harini aku nak share kepentingan tuam pada baby boy. ecewah, anak lelaki baru sorang kemain lagi bercerita. Aku just nak share pengalaman je. Aku akui aku tak pernah tuam perut pada Kasih dulu. Alhamdulillah dia takde kembung perut pun. Nak dijadikan cerita, bila dah dapat baby boy ni kenalah belajar cara-cara nak uruskan semuanya tentang baby boy ni. Orang kata rumit sikit sebab nak kena tuam bird dengen telur dia kan..aku ni kemainla membeli tungku herba baby ni. Tapi sepanjang sebulan tak pernah tuam. Just mak aku tuam gunakan tuala yang dipanaskan dengan iron. Aku selalu pas mandi jst sapu dengan minyak baby je kat Ammar. Bila dah sebulan aku pun pelik napela anak aku ni asek kentut dengan berak memanjang. memangla bagus tapi kesian kat dia samapi melecet kat tempat nak membuang tu. Aku decide bawak gi klinik then doc cakap yang badan Ammar banyak angin. Patutla membuang je. tapi sehari tu entah berapa kali. Kasih dulu dah sebulan buang air besar dia normal tak macam Ammar ni.

Mak mertua aku cadangkan aku bawa Ammar gi berurut. Time makcik tu urut Ammar banyak sungguh angin keluar. Makcik tu asyikla sendawa je. Dia suruh aku tuam tiap kali pas mandi kalau tak takut kena angin pasang. Lepas dari hari tu pas mandi je aku tuam Ammar. Guna tuala dipanaskan dengan iron je. Bila teringat ada beli tungku herba tu terus aku guna tu je san memang lagi berkesan. Aku cek perut Ammar takdela kembung cam biasa. Dan dia takdela nak terjaga malam-malam macam aku sibuk bagitau kat twitter pada geng-geng twitter aku. Rupanya angin penuh dalam badan. Aku ni tak syak angin, ingat tak selesa pampers basah atau lapar..huhu..apa punya makla..takpe, pengalaman mendewasakan kita ye dak?

Senang je nak guna dia...Aku suggestkan kepada mak-mak kat luar sana beli je tungku herba baby ni. senang nak guna..buat sendiri pun boleh..tapi aku nak senang, beli..bari RM10 satu kan..Aku dah, korang bila lagi???

Ni la rupa bentuk tungku herba tu..sanagat recommended pada bakal ibu yang nak dapat baby boy.




KEGUNAAN KHAS TUNGKU BABY UNTUK BAYI

-Mengelakkan bayi daripada kembung perut
-Mengelakkan bengkak selepas suntikan imunisasi
-Mengelakkan bengkak jika baby / anak terhantuk

CARA GUNA TUNGKU BABY :-
-Amalan tuam pada perut bayi dilakukan selepas mandi untuk mengelakkan bayi daripada kembung perut.
-Tekapkan tungku pada seterika yang panas. Pastikan tidak terlalu panas.
-Kemudian, tuam di bahagian perut, belakang badan, tapak kaki bayi.
-Boleh juga digunakan untuk tuam di bahagian yang telah dicucuk imunisasi untuk mengelakkan bengkak.

CIRI – CIRI TUNGKU BABY
-Mudah digunakan dan mudah dibawa kerana bersaiz kecil

KANDUNGAN
- Habatussauda
- Lada Hitam
- Herba yg sesuai utk bayi.

05 December 2012

32 day confinement

Alhamdulilah harini dah 32 hari berpantang. Entry ini diupdate sedang aku on the way balik JB kejap untuk attend kenduri kahwin adik ipar aku. Semoga dipermudahkan perjalanan kami. Ammar tido je la ni. Kasih lak dok depan diam-diam. Mak aku bila aku cakap nak balik JB da risau. Dia punya pesanan panjang berjela. Risau aku makan tak pantang. Dont worry mak, Nani akan pantang sampai 44 hari. Nanti pas majlis aku blk Bentong semula. Ni aku letak gambar aku. Muka tak runcing lak dalam gambar ni :). Yela,asek gambar anak-anak je.

04 December 2012

Ammar Harith is 1 month

Alhamdulillah harini genap umur Ammar sebulan. Dan dah sebulan juga aku berpantang. Lagi 14 hari baru habis pantang. Dah genap sebulan maka,kenala pergi cek ibu dan anak di KK. Berat aku dah turun sama seperti sebelum pregnant. Tak ideal lagi sebab sebelum pregnant dah gemuk. Maka pasni lg kena kerja kuat. Check up Ammar adalah berjalan dengan baik sekali. Berat Ammar adalah 4.3kg. Alhamdulillah berkat minum susu mama. Sape kata minum susu ibu berat naik sikit. Nurse pun terkejut berat dia naik banyak sebab 24/11/2012 aritu berat Ammar 3.8kg je. Mana taknya Ammar adalah berjaga malam makanya dia sangat kuat menyusu dan malam production susu adalah lagi banyak. Tak heranla kenapa berat naik banyak sekejap. Panjang dia dah 54cm. Time lahir 51cm. Meninggi jugak ye. Overall semua ok. Dan kali ni aku inform kat nurse planning nak makan pil dan dia bagi aku pil Noriday. Aku biasa dengar dari kawan-kawan je tapi tak pernah guna sebabnya selama ni aku plan sendiri secara natural. Siapa yg consume pil Noriday meh share dengan aku meh. Saya budak baru belajar.

01 December 2012

Petua ubati selsema

Harini sampai 2 entry aku buat. Nampak sangat takde keje. Almaklumla tengah pantang :). Aku nak share petua ubati selsema tanpa makan ubat. Acane tu? Aku memang amalkan petua ni kat Kasih sejak dari baby lagi kalau dia kena selsemala. Caranya senang saje. Ambil kunyit, then ketuk sikit kat hujung guna lesung sampai ada keluar air sikit. Pastu kunyit tu letak kapur sikit. Pastu letak kat batang hidung anak. Kalau baby letak kat batang hidung dgn dua-dua tapak kaki dia. Insyalah, hingus akan cair dan cepat sembuh. Aku amalkan kat Kasih alhamduilillah sehari je selsema dia. Amalkan sehingga sihat ye. Kat gambar tu mak aku yg letak kunyit kat hidung Kasih. Da macam lukisan apa je. Hehe. Ok, selamat mencuba ye :)

Addicted dengan durian

Anak dara aku seminggu ni sangat addicted dengan buah durian. Sebelum ni dia tanak sebab lembik-lembikkan. Tapi kat rumah tok wan bagi makan apa pun dia bedal tapi badan maintain slim. Time makan durian tu siap cakap 'sedapnya' sambil buat thumbs up lagi. Sejak dah jadi kakak ni macam-macam pe'el dia sampai aku tak larat nak layan. Nasib baik ada tok,wan,mak ngah, akim nak melayan. Ada sekali tu dia siap angkat Ammar lagi. Time aku nampak je berderau darah tengok. Nasib baik aku cepat bertindak. Kalau tak, tak taula. Seriau wei. Maybe dia geram kot. Takpun nak tarik perhatian aku. Pape pun mama sayang Kasih sebab Kasih permata hati,pengarang jantung mama sampai bebila. Mama nak Kasih tau, walaupun Ammar hadir tapi Kasih tetap cinta hati mama juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...