Subscribe:

27 August 2010

Baby Carrier vs Baby Sling

Saya skang ni tengah confuse samada nak beli baby carrier atau baby sling/pouch yang pakai kain tu...nengok yang sling cam best tapi ntah ek..skang ni dah macam trend lak guna baby sling ni..baby carrier yang biasa tu pun ok gak..sesapa yang dah pernah guna sila bagi pendapat korang sebab saya masih tercari-cari mana yang lagi best untuk Kasih, saya dan en hubby..huhu...
Gambar kat bawah ni antara hadiah2 yang Kasih dapat dari uncle2, auntie2 yang datang lawat Kasih..terima kasih sangat2 kepada yang datang melawat Kasih dan mama time pantang aritu dan yang bagi hadiah kat Kasih..hanya ALLAH yang dapat membalas...tq so much ye..


sampai skang sume hadiah tu ada yang tak pakai lagi..


bakul tu guna time g picnic ok gak kan..

24 August 2010

Yang terbaik untukmu...

Merujuk pada tajuk tu mestila nak wat yang terbaik untuk anak kita kan..samala cam saya, nak yang terbaik untuk kasih..lagi-lagi nak raya ni kan..baju-baju dan aksesori cute-cute dah banyak dah saya beli sedangkan kami suami isteri tak shopping apa lagi nih..excited la katakan..skang ni dah menstopkan diri dari bershopping baik kat alam maya mahupun pergi shopping...alhamdulillah murah rezeki kasih..bawa kasih g shopping pun senang nak handle dia..sangat behave..

Sekarang ni kasih dah suke sangat hisap jari sampai lenjun sarung tangan dia..last2 saya bukakkan je..abes basah pipi dek air liur...pastu suka angkat kaki tinggi..dan yang terbaru pagi tadi dia dah makin lasak tido...bangun sahur pagi tadi tengok dia dah berpusing 45 darjah dari kedudukan dia tido...pastu suke cakap sesorang..kalau tengok tv tu siap boleh respon ingat orang kat tv tu cakap dengan dia...last cek up berat kasih dah 5.5 kg..skang ni makin semangat rasanya..alhamdulillah berkat susu mama..saya kena limit kasih tengok tv sebab kalau tak lama dok tenung tv tu..saya ada baca dalam sebuah buku paling lama bagi baby tengok tv 2 jam je..tak elok untuk kesihatan...selalu bagi dia tengok kartun jek...yang paling best skang ni dia suke sangat sentuh2, usap muka saya time berborak dengan dia..baby yang berumur 0-3 bulan memang kita kena dekatkan muka time berborak dengan kita..sebabnya muka mama dia adalah yang paling dia suke tengok...dia akan perinci muka kita bebetul..sentuhan dari mama dengan papa adalah terapi yang paling mujarab untuk baby umur 0-3 bulan..

Pape pun sebagai ibu bapa mesti kita nak yang terbaik untuk anak kita kan...tapi ibarat kata pepatah sayang anak tangan-tangankan....huhu..mama dan papa love kasih soooooooo much sayang...


Mama vif kasih..nape kasih tak tengok camera..time ni 1 bulan 21 hari..

Papa vif Kasih..

Muah dari tok mak Kasih..


Kasih dengan tok dan wan time majlis aqiqah aritu..

20 August 2010

Stok susu untuk Kasih

Assalamualaikum w.b.t...alhamdulillah arini masih segar dan bertenaga untuk berpuasa even fully bf my lil princess Kasih...dan saya sangat2 teruja untuk terus bf kasih..lebih-lebih lagi setelah mendapat support dan panduan daripada otai bf macam Momma Mia...semakin ramai kawan-kawan saya yang fully bf anak mereka sekarang...sama-samala kita support 101% breastfeeding yer kawan-kawan...berdasarkan tajuk entry kali ni adalah perihal stok susu kasih...setakat ni alhamdulillah still mencukupi..memandangkan tugasan saya sebagai guru sampai tengahari je,so dapatlah kasih direct feeding kol 2 ptg...tapi saya still pump gak untuk stok kasih time saya kat sekolah..memandangkan peti ais saya hanya 1 pintu,maka stok tak boleh nak dibuat banyak2..paling lama tahan 2 minggu je..bak kata ibu eisya (Pn Dayu) yang penting kualiti..saya sangat setuju..rutin saya hari2 pam susu kasih pas balik sekolah dalam kol 2-3 ptg, kol 6-7 ptg..malam plak saya direct feeding sahaja..hasil pam yang saya dapat selalunya dalam 11 oz..setakat ni saya hanya menggunakan pam Avent Isis manual dan susu sentiasa ada untuk kasih minum..tapi kalau dapat upgrade pam spectra 3 pun dah ok..huhu..takpela, yang penting kasih kenyang dengan hasil perahan mama dia..time kat sekolah saya tak sempat nak pam..sebelum ke sekolah dalam kol 6pg sampai 6.30 pg tu saya direct feeding kasih..kasih just minum susu dengan botol time saya kat sekolah je..saya balik seawal 1.30 petang..tapi kalau ada meeting paling lambat sampai umah dalam kol 4 ptg la setakat ni...nak tanyala kawan2 kat sini,sapa yg bertugas sebagai cikgu jugak..korang ada pam susu kat sekolah tak? boleh share2 dengan saya tak? sharing is caring rite? Kepada ibu2 yang dah lama ebf silalah share-share ye..kerjasama anda amatlah dihargai..



pipi saya makin labuhla mama...


dagu saya dah ada leyered baru hasil minum susu mama saya...

19 August 2010

Susu ibu vs susu formula...

Dari tajuk yang saya tulis kat atas tu pun mesti korang tau kan..lebih2 lagi yang ebf baby masing2..saya bukan nak condemn orang yang bagi anak guna susu formula tapi saya geram sangat pada orang yang selalu berfikiran negatif bila kita nak ebf anak kita..baru2 ni saya sendiri yang alami..ada sorang hamba Allah ni boleh cakap yang ebf ni leceh la itula inila...yang tak bestnya dia cakap kat saya yang baby awal2 ni bolehla saya ebf tapi dah makin besar nanti mesti guna susu formula jugak sebab susu badan bukan boleh kuar banyak...lagipun dia cakap saya kan keje,leceh je nak pam2 ni..yg pam susu tu saya bukannya dia tapi dia lak sibuk2...geram saya nih..huhu..ada plak cakap camtu..patutnya bagila sokongan moral sikit..kalau dia tanak ebf dah la..emosi saya dengar kalau orang berfikiran negatif dengan susu ibu nih..nak je saya bagi statement susu ibu vs susu formula..orang yang cakap kat saya camtu dah ada anak 2 dan dia memang bagi anak dia minum susu formula jek..kalaula sume ibu2 berfikiran camtu siannya anak2 kita kan...alhamdulillah saya mempunyai family yang support saya nak ebf Kasih sampai 2 tahun..memula tu diorang risau takut susu tak banyak nak supply time keje tapi alhamdulillah,dah memang niat saya nak ebf tu yang ALLAH perkenankan..amin...so,kepada ibu2 yang sentiasa berfikiran negatif tentang susu ibu bolehla baca statement kat bawah ni ye...

Kebaikan Susu ibu

Susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi. Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.

Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan. Susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan. Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.

Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan. Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.
Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari. Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

FAEDAH TERSEMBUNYI

Terdapat banyak faedah lain yang diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat.
Mungkin kebaikan-kebaikan ini nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian. Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu. Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, membolehkan ibu bapa bekerja dengan senang hati tanpa perlu mengambil cuti untuk menjaga anak yang tidak sihat, selain meningkatkan produktiviti. Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut. Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu
ibu jarang sakit. Katakan jika kita memilih untuk membeli pam pemerah susu yang mahal, kos pembelian itu masih murah dibandingkan dengan kos untuk susu formula yang perlu dibeli setiap bulan. Pam yang menggunakan bateri walaupun berharga lebih kurang RM200, boleh digunakan sehingga dua atau tiga tahun. Jika susu formula, setin berharga lebih kurang RM30. Berapa jumlahnya sebulan? Berapa yang boleh dijimatkan dalam setahun?
Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.

KEKURANGAN SUSU FORMULA

Antara kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12. Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan. Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap, katanya. Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna. Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi, ia masih boleh membahayakan bayi.
Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih. Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu. Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada. Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.

p/s: so, dengan serba sedikit info dapatlah memberi kesedaran yang betapa pentingnya susu ibu kepada anak kita...

16 August 2010

: : EBF ketika berpuasa : :

Salam ramadan kepada semua..alhamdulillah, arini dah 6 ari umat islam berpuasa dan saya sangat bersyukur kerana dapat ebf Kasih sampai arini..walaupun sedang berpuasa Kasih dapat minum susu mama sampai kenyang...sangat meriah susu saya..dan yang tak sangka time puasa lagi banyak produce susu...benarlah apa yang saya dengar jika nawaitu kita nak ebf maka ALLAH akan perkenankan..memula tu saya risau gak takut time puasa susu tak produce seperti biasa..alhamdulillah berkat tunjuk ajar dari otai2 ebf dan hasil bacaan saya dapat di internet,Kasih masih dapat ebf...menu saya semasa berbuka semestinya kurma 3-4 biji, air masak, air soya, nasi dan sayur-sayur yang boleh menghasilkan susu macam lobak putih, sawi, bayam dan macam2 lagi jenis sayur dan suplemen Amway yang memang saya makan sejak anak dara lagi seperti vit c, b complex,iron folic,vit e dan calcium magnesium...time pregnant lagi kena makan banyak untuk perkembangan baby..time sahur plak saya hanya minum susu + oat, kurma 4 biji, air masak dan biskut high fibre..kalau saya makan nasi tak amikla biskut tu tapi susu + oat dan kurma mesti tak miss dan alhamdulillah susu dapat produce dengan meriah...ari pertama puasa saya dapat hasil 6 oz untuk sekali pam..tu pun lepas kasih dapat minum sikit...so,dapat saya buat stok untuk bulan puasa nih...

ni nak bagitau yang Kasih dah bersunat kelmarin...memula tu saya takut dan risau sangat nak bawa dia g bersunat awal2 ni..sebab ada org cakap kalau bak sunat tunggu baby dah 5-6 bulan..huhu, tapi ada gak yang cakapa baik awal2...so,saya wat decision bawa jek Kasih sunat..saya pergi dengan ibu husna aka Pn Fashya..so, saya bawa Kasih dan ibu Husna dah tentu2 bawa husna la...memula Fashya dan Husna masuk untuk sunat dulu...kejap je..dalam 5 minit camtu dah kua..and Husna tak nanges...saya dan en hubby kat luar tu dah takut2 jek nak bawa Kasih sunat lak...bila nama Kasih kena panggil je terus saya bangun..yang takut terlebih papa Kasih..memula dia tanak masuk tapi pas pujuk2 masuk gak dia...apala papa nih,takut darah eh...masu2 jek doc tanya nak sunat eh...dia soh baringkan Kasih dan bukak pampers dia..time doc tengah setting2 peralatan nak sunat saya dah berdebar2 dah..en hubby confirm tak tengok..saya ena pegang kaki dan tangan Kasih..Kasih relax je sengih2..dia taktau nak kena sunat..pas doc cakap nak sunat je saya dah pejam2 mata..yang tak sangkanya Kasih tak nangis okeh..just rengek terkejut jek...ada darah sikit jek...pastu terus dukung Kasih dan tenangkan dia...uish, kejap jek rupanya sunat baby girl ni..gudgirl anak mama nih..tak nanges..

balik jek tros Kasih tido...lama sangat dia tido...tapi esoknya Kasih cam tak kena jek..dia tak nanges tapi rengek2 nak kena org pegang dia jek..baru rasa sakit agaknya..tido pun kejap2 jek...petang g bazar bawa Kasih muka masam jek..time nak masuk kete jek dia dah terlentok..muka masam sebab tahan ngantok agaknya...sampai umah jek dia terjaga dan terus mandikan dia...alhamdulillah,malam dia dah ok dan dapat tido lena dan lama sangat2...baru lega tengok dia dapat tido lena...yang kelakarnya time org nak tido dalam kol 1 pagi gitu dia boleh terjaga dan ajak kita berborak...punyala kuat suara dia nak bercakap..sampai terjerit2 gitu...yang mama dangan papa dah ngantok tahap gaban dia relax jek nak berborak..pas dia dah puas bercakapa, saya bagii nenen tros terlena..sepanjang 2 bulan 14 hari menjadi mama kepada Kasih adalah hari2 yang sangat indah...sangat exited dapat melihat perkembangan anak depan mata...Kasih u're everything to mama and papa..love u so much sayang...

10 August 2010

^~Ramadan yang lebih bermakna~^

Assalamualaikum sume...sempena nak berpuasa esok,tiba-tiba hati saya tersentuh kerana tahun ni saya dan suami dapat berpuasa dengan cinta hati kami sapa lagi kalau bukan Kasih...terima kasih dengan apa yang telah dikurniakan..bulan ramadan dan syawal kali ini memang lebih bermakna dengan kehadiran Kasih...saya sangat teruja untuk memakaikan Kasih dengan baju2 yang comel2...mama yang exited..huhu.puasa baru nak start dah pikir pasal raya lak...berbalik pada bulan ramadan..tahun lepas saya berinduksi di bulan puasa...dan selepas ramadan juga saya telah disahkan pregnant..sangat2 teruja...tahun ni insyallah dapatlah saya menjalankan ibadah puasa...tapi yang mencabarnya saya fully breastfeed Kasih di bulan ramadan..semoga ALLAH merahmati niat suci saya untuk ebf Kasih...skang ni tengah gigih mengepam untuk stok Kasih di bulan ramadan..alhamdulillah,dengan ebf gak kesihatan Kasih sangat baik even dah kena cucuk still tak demam..berkat susu mama ye sayang...

Kepada kawan-kawan sume selamat menjalani ibadah puasa..semoga kita sume dapat menjalani dengan tenang dan tabah...aminnn

06 August 2010

~ Kasih tercipta ~

Alhamdulillah...2 ogos lepas genap 2 bulan umur Kasih dan saya dah 2 bulan menjadi mama kepada Kasih...sangat mudah menjaga Kasih..tak banyak kerenah...rasanya berat dia pun makin bertambah..isnin depan baru nak g cek up kat KK..pengalaman menjadi mama memang sangat teruja...lagi2 saya ebf Kasih..till now Kasih just ebf saja...rezki Kasih agaknya..susu saya banyak..sekali pam boleh dapat 5 Oz...pakai manual pam jek skang ni...nak tanyala, sesapa blogger yg ebf dan bertugas sebagai guru time bila korang pam susu eh..huhu...stakat sminggu ni saya tak sempat lagi nak pam kat sekolah..saya mengajar sesi pagi ye kawan2..1.30 ptg dah balik..sampai2 umah jek tros pam atau bagi Kasih minum dulu...3 ari pertama dia mmg tanak minum susu mama dia dgn botol susu..macam2 puting saya dah cuba...sib baik Pn Fashya mencadangkan saya mencuba botol MAM..tq Fashya..and yg bestnya botol tu baru sampai arini..saya order online ye kwn2..ssh sangat nak cari...last2 saya ada jumpa di kedai yg menjual brg2 baby di Pontian....sib baik tak jauh sangat..oh ye, kedai brg2 baby tu mmg best sbb macam2 ada...and barang2nya pun murah2...siap promote lagi..sesapa yg nak tau boleh tanya saya ye..

Berbalik kepada ebf,alhamdulillah susu saya banyak setkat ni dan semoga ALLAH memberkati niat suci murni saya untuk ebf Kasih hingga dia 2 tahun nanti...memandangkan en. suami saya skang ni dah menjalankan bisnes sendiri so,tugas menjaga Kasih semasa saya bekerja diserahkan sepenuhnya kepada dia...tq papa..pandai papa jaga Kasih..saya ada terbaca yg ibu2 blogger nak wat reunion..cam best jek..kalau takde aral melintang nak gak join..mesti best sbb selama ni jumpa di alam maya je kan...masing2 bawa baby..huhu...dapat dibayangkan saat2 tu..mesti best...rasanya sampai sini dulu ye..skang ni dah jarang update entry sbb agak bz..almaklumla baru naik keje pas lama bercuti...penutup entry saya letak gambar Kasih yer...




Muka Kasih time ngantok ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...