Subscribe:

12 December 2012

Tungku Herba Baby


Salam semua. Harini aku nak share kepentingan tuam pada baby boy. ecewah, anak lelaki baru sorang kemain lagi bercerita. Aku just nak share pengalaman je. Aku akui aku tak pernah tuam perut pada Kasih dulu. Alhamdulillah dia takde kembung perut pun. Nak dijadikan cerita, bila dah dapat baby boy ni kenalah belajar cara-cara nak uruskan semuanya tentang baby boy ni. Orang kata rumit sikit sebab nak kena tuam bird dengen telur dia kan..aku ni kemainla membeli tungku herba baby ni. Tapi sepanjang sebulan tak pernah tuam. Just mak aku tuam gunakan tuala yang dipanaskan dengan iron. Aku selalu pas mandi jst sapu dengan minyak baby je kat Ammar. Bila dah sebulan aku pun pelik napela anak aku ni asek kentut dengan berak memanjang. memangla bagus tapi kesian kat dia samapi melecet kat tempat nak membuang tu. Aku decide bawak gi klinik then doc cakap yang badan Ammar banyak angin. Patutla membuang je. tapi sehari tu entah berapa kali. Kasih dulu dah sebulan buang air besar dia normal tak macam Ammar ni.

Mak mertua aku cadangkan aku bawa Ammar gi berurut. Time makcik tu urut Ammar banyak sungguh angin keluar. Makcik tu asyikla sendawa je. Dia suruh aku tuam tiap kali pas mandi kalau tak takut kena angin pasang. Lepas dari hari tu pas mandi je aku tuam Ammar. Guna tuala dipanaskan dengan iron je. Bila teringat ada beli tungku herba tu terus aku guna tu je san memang lagi berkesan. Aku cek perut Ammar takdela kembung cam biasa. Dan dia takdela nak terjaga malam-malam macam aku sibuk bagitau kat twitter pada geng-geng twitter aku. Rupanya angin penuh dalam badan. Aku ni tak syak angin, ingat tak selesa pampers basah atau lapar..huhu..apa punya makla..takpe, pengalaman mendewasakan kita ye dak?

Senang je nak guna dia...Aku suggestkan kepada mak-mak kat luar sana beli je tungku herba baby ni. senang nak guna..buat sendiri pun boleh..tapi aku nak senang, beli..bari RM10 satu kan..Aku dah, korang bila lagi???

Ni la rupa bentuk tungku herba tu..sanagat recommended pada bakal ibu yang nak dapat baby boy.




KEGUNAAN KHAS TUNGKU BABY UNTUK BAYI

-Mengelakkan bayi daripada kembung perut
-Mengelakkan bengkak selepas suntikan imunisasi
-Mengelakkan bengkak jika baby / anak terhantuk

CARA GUNA TUNGKU BABY :-
-Amalan tuam pada perut bayi dilakukan selepas mandi untuk mengelakkan bayi daripada kembung perut.
-Tekapkan tungku pada seterika yang panas. Pastikan tidak terlalu panas.
-Kemudian, tuam di bahagian perut, belakang badan, tapak kaki bayi.
-Boleh juga digunakan untuk tuam di bahagian yang telah dicucuk imunisasi untuk mengelakkan bengkak.

CIRI – CIRI TUNGKU BABY
-Mudah digunakan dan mudah dibawa kerana bersaiz kecil

KANDUNGAN
- Habatussauda
- Lada Hitam
- Herba yg sesuai utk bayi.

11 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

yanty guna daun sirih dan mengkudu jerk nani...tak berkesempatan nak cari...besh jugak kan klu ada...

hanashumaira said...

beli kat mana nie

Izzatul Azma said...

Samaaa, beli je siap2 tungku baby ni senang hihi tp tak terbeli2 lagi T_T

Mrs Nageb said...

iela, masa Mareesa pun tuam, ni kalau dapat baby boy, lagilah kene tuam lama lagi :), my mom yang buatkan bantal kecik, isi jintan hitam dalam tuh.. :)

faizah said...

Ooo cam tuh ek?sy xtuam pun just sapu minyak je kt badan n kaki dia setiap kali pas salin daipers or mandi... ke mmg utk bby boy je?huhu

.::: Princess MOMOY :::. said...

comelnye tungku untuk baby
pernah tengok tungku yang batu jer- untuk ibu dulu
=)

xoxo said...

Bila bace je aku lak yg risau. takpe lg 9bulan..huhu

FaydFawwaz said...

Nk bli mcm mna?

FaydFawwaz said...

Nk bli mcm mna?

Ain Sahhari said...

Beli kt mana2 bby fair..biasa bby fair mid valley n pwtc ada. Kt booth momdreams @ mumdreams. Beli online pn boleh. Kedai M.dReams ada gak kt bdr bru bangi

Ain Sahhari said...

Mana2 bb fair kt mid valley or pwtc ada jual. Booth mumdreams/momdreams. Kt Bdr bru bangi kedai die. Beli online pn boleyy...

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...