Subscribe:

24 February 2015

Wordless Wednesday February

Aksi anak bujang yang buat mama tersenyum 😉😉...

17 February 2015

Semoga Damai di sana

Assalamualaikum wbt...

Lama saya menyepi dan pelbagai perkara yang berlaku...entry pertama di bulan Februari dan rasa sedih masih menyelubungi diri ini...harap dapat berkongsi dengan semua..saya dikejutkan dengan pemergian salah seorang anak Shaklee, adik dan juga sahabat pada 14 Februari yang lepas..tepat jam 3.40 petang beliau menghembuskan nafas yang terakhir setelah 2 hari tak sedarkan diri di hospital PPUM..oh, ye beliau ada leukimia tetapi selama ini beliau memang tabah dan sangat kuat seperti tak sakit langsung...sehingga beberapa hari sebelum tak sedarkan diri beliau ada menyatakan mohon doakan beliau cepat sihat seperti biasa..paru-paru beliau dijangkiti kuman...tak sangka itu adalah yang terakhit ...sumpah,sehingga hari ini masih terasa beliau masih ada...gurau senda, gelak tawa dan sentiasa meluahkan apa sahaja membuatkan kami lebih akrab...walaupun lebih kerap bertemu di alam maya tetapi ukwah yang terjalin memang sangat akrab....

Hampir 2 tahun mengenali beliau memang tak pernah rasa jemu...kali pertama beliau mengenali beliau di fb...pengguna setia dan akhirnya menjadi anak shaklee lelaki yang pertama saya...beliau juga merupakan leader pertama yang lahir dari group MIS....sejak dari itu hubungan kami sebagai anak dan ibu shaklee semakin akrab....walaupun beza umur setahun tetapi beliau tetap hormati sebagai seorang kakak dan juga sahabat...sangat-sangat menghormati dalam apa jua keadaan...apa yang diajar dan disuruh ikut tanpa banyak bicara....sehinggalah beliau berjaya mendaki level Coordinator....memang mudah membantu apabila diri benar-bemar ingin berjaya....

Apabila tahu beliau mengidap leukimia memang beliau down sangat-sangat..alhamdulillah, setelah beberapa bulan baru beliau menerima dengan redha...begitu juga dengan saya....walaupun beliau sakit tetapi tak pernah beliau tunjuk pada orang lain...sentiasa menunjukkan prestasi mengalahkan orang sihat....

Yang paling terharu, setiap kali beliau buat check up atau admit tak pernah tak inform pada saya....sentiasa mohon doakan beliau...tak pernah sekali tak mendoakan kesejahteraan beliau...sehinggalah pada 11 Februari 2015 yang lepas kali terakhir beliau whatsapp saya yang menyatakan demam masih belum surut setelah pelbagai cara dilakukan...saya dah rasa tak sedap hati sebab tak pernah selama itu dia warded sebelum ini....pada 12hb ayah saudara beliau menyatakan yang beliau tak sedarkan diri secara tiba-tiba...Allah, dalam hati terdetik semoga beliau cepat sihat dan sedarkan diri seperti biasa...mulai saat itu ayah saudara dan juga adik beliau sentiasa update perkembangan beliau...rupanya mesej beliau pada 11hb Februari yang lepas adalah yang terakhir....

Tepat jam 3.40 petang pada 14 Februari 2015 beliau menghembuskan nafas yang terakhir....bila dapat tau je beliau dah takde, laju jantung saya..sentap hingga ke tangkai hati...Allahuakbar, rasa sedih, sayu, pilu, kehilangan tiba-tiba....tak sangka secepat ini beliau pergi...Allah lebih sayangkan beliau...

Saat menaip entry ini pun airmata bergenang dan menitis laju....semoga roh beliau tenang dan berada di kalangan orang-orang yang beriman...

Al fatihah untuk Mohd Syukri bin Mohd Safine...semoga damai di sana...

20 January 2015

Bila Anak Dah Bersekolah

Assalamualaikum semua..

Dah seminggu cerita ni terperam....awal tahun biasalah cerita tentang anak sekolah dan kembali bekerja setelah berbulan cuti tanpa gaji....yang membuatkan lagi mencabar apabila mula bekerja semasa mengandung dan berada di trimester ketiga....dan yang lagi tak best bila tak nampak muka anak-anak setiap masa....rindu anak macam dah rindu apa...

Berbalik pada tajuk semula..nak cerita tentang Kasih yang dah bersekolah...sangat teruja dia nak pergi sekolah...mama rasa sedih sangat sebab tak dapat tengok anak masuk sekolah...hari pertama sekolah memang sangat penting untuk semua guru...dalam melayan anak murid teringat macam manala Kasih kat sekolah....nasib baik ada ayah yang tengokkan...

Tanya ayah macam mana Kasih kat sekolah..alhamdulillah semua ok..yela, dapat jumpa kawan baru....balik sekolah je terus mama tanya macam-macam tapi biasalah Kasih jawab harini menyanyi je..dia siap cakap best sangat kat sekolah tu mama...mama excited terlebih...

Bila tengok Kasih gembira mama rasal ega sangat..semoga Kasih menjadi anak yang berjaya dunia akhirat..mama doakan yang terbaik untuk kakak...

09 January 2015

VITALEA for CHILDREN ~ Multivitamin Terbaik Untuk Anak-anak

Vitalea for Children

Multivitamin yang memang ramai ibu bapa nantikan untuk diberikan kepada anak-anak tersayang....dengan rasa yogurt anggur memang membuatkan anak-anak teruja nak makan...takdelah sesi kejar-mengejar nak paksa anak makan....diformulasikan dengan formula terbaru..lengkap dengan 19 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan anak-anak...boleh dikunyah begitu saja 😉...memang sedap..

Sangat sesuai diberi lebih-lebih lagi sekolah dah nak start dan mulalah sesi menghantar anak-anak ke nursery..tingkatkan imuniti dan kesihatan anak-anak...anak-anak sihat, cergas, pintar ibu bapa juga gembira...

PM untuk harga terbaik...

Hanani
SMS/Whatsapp : 012 3485657
Email : hanani217@gmail.com

02 January 2015

Apa Pentingnya Detoksifikasi?

APA ITU DETOKSIFIKASI

Detoksifikasi adalah proses pembuangan racun dari dalam tubuh. Proses ini sangat POSITIF kerana membantu tubuh melakukan proses pembersihan diri secara alami. Kebiasaannya proses detoksifikasi berlaku di  bahagian organ seperti hati, kolon, ginjal dan sistem limfotik.

Tanda-tanda toksik yang banyak dalam badan :-
✔mudah stress
✔mudah marah/ Emosi tidak stabil
✔kerap mengalami sakit kepala
✔badan mudah merasa letih tanpa sebarang sebab
✔susah bangun tidur
✔bahagian keliling mata menjadi gelap
✔bahagian kulit seperti bawah lengan, celah peha akan berwarna gelap dari warna asal
✔banyak angin dalam badan
✔inflamasi pada sendi
✔masalah sinus
✔masalah gout
✔susah turun berat badan walaupun sudah puas berdiet
✔berat badan meningkat
✔mengalami masalah jerawat

Detoksifikasi tidak dialami oleh semua orang kerana setiap orang mempunyai metabolisme yang berbeza. Perbezaan ini sangat bergantung kepada BANYAKNYA RACUN dalam tubuh dan KEPEKAAN tubuh pada perubahan.

Kepentingan Detoksifikasi:-
1. Mencegah penyakit
2. Mengistirehkatkan organ tubuh
3. Membersihkan bahagian dalam tubuh
4. Membersihkan jerawat
5. Memperlambatkan proses penuaan
6. Meningkatkan fleksibiliti tubuh
7. Meningkatkan fertiliti

1. Faktor pemakanan
Makanan siap-proses (segera) dipenuhi dengan kimia merbahaya seperti bahan awet, pewarna, perasa tiruan dan lain-lain

2. Faktor pencemaran
Udara beracun akibat pencemaran asap daripada kilang-kilang, kenderaan, sementara air dicemari melalui pembuangan sisa toksid dan sebagainya.

3. Hasil pertanian yang beracun
Penggunaan racun rumpai, racun serangga dan baja kimia.

4. Gaya hidup
✔diet yang tidak seimbang dan teratur
✔merokok, minum minuman keras    
✔pengambilan ubat yang mengandungi dadah
✔tidak beriadah

KESAN KERACUNAN

👉sistem imuniti merosot

👉bertambahnya penyakit pada usia muda

👉kadar kesuburan yang rendah dengan kerosakan sperma

👉kemerosotan IQ dan berlakunya tekanan mental

👉penyakit yang ada tidak upaya disembuhkan

**marilah detoks toksin yang ada dalam tubuh badan sebelum terlambat..dapatkan Set Super Detoks yang mempunyai 2 produk ekslusif hanya dari Shaklee iaitu Alfalfa dan Vivix...dan yang lagi best kedua-duanya ada promosi bulan ini....

Hubungi untuk saya untuk harga terbaik...

Hanani
SMS / WHATSAPP : 012 3485657
Email : hanani217@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...