Subscribe:

28 November 2012

Barang baby terus from US dengan harga yang murah


Salam semua..arini saya nak share dengan mommies di luar sana yang suka beli barang online terus dari US dengan harga yang lebih murah dari pasaran dan semestinya barang adalah ORIGINAL...Macam mana nak dapatkannya? korang boleh baca entry dari blog mommie Umairah...dia request to share beli barang-barang borong terus dari US...kalau nak tau lebih lanjut meh klik sini ye mommies semua.. pelbagai barang baby boleh dibeli..jomla share beli sama-sama...

27 November 2012

Di sebalik nama Muhammad Ammar Harith

Kenapa aku letak nama lil prince aku tu Muhammad Ammar Harith? Nama tu pun muncul beberapa hari before baby keluar..sebelum tu nama lain aku nak letak..Suami pun tak tau sebabnya dia bagi kebebasan sepenuhnya untuk aku letak nama our second bundle of joy..yela, dulu time Kasih aku beria mencari nama untuk dia dan dah finalize dah nama tu sekali suami boleh nak tukar pulak..layankan jela..kang susah lak nak beranak..hehe..time tu kan citer Nur Kasih tengah meletop..dan dan laki mak jatuh cinta dengan nama Kasih..aku pun ok je...

So, yang kedua ni bila dapat tau insyaAllah akan keluar boy aku ingat nak letak nama yang dulu dah cari time tak tau anak sulung boy atau girl tapi bila tengok-tengok balik macam nak tukar..Aku memula nak letak nama Ammar ni Aisy Hafiy..Tapi suami kata macam susah je nak sebut Aisy tu so, aku pertimbangkanla..cari lagi..Aku memang dah nekad nak letak je nama Aisy Hafiy tu tapi nak dijadikan cerita Makcik aku yang bersalin awal sebulan daripada aku dapat anak pun boy...Dan yang lagi tak sangka dia letak nama anak dia Aisy Rafiqin..aku dah alamak, sama lak nama depan tu..so, aku dengan berat hati pun cakap dengan suami kita tukarla..dia pun tak kisah..sebenarnya lagi suka..Maka aku pun cari lagila nama yang simple, sedap, senang nak sebut dan maksud yang baik...cari punya cari aku pun berkenan dengan nama Ammar ni..yang Harith tu spontaneous keluar sendiri..maka, letakla nama hero ni dengan nama Muhammad Ammar Harith.

Muhammad - Praised; the name of the Prophet 
Ammar - great builder, constructor
Harith - kuat, berusaha

Sesungguhnya, kita sebagai parents ni mesti nak nama yang terbaik untuk anak kita kan..Sekarang ni dah banyak nama yang baik untuk anak-anak..pilihan di tangan kita..cari je kat internet ni..nak lagi betul tanyala ustaz-ustaz nama yang baik maksudnya untuk diberikan kepada anak-anak kita. Terima kasih ALLAH di atas kurniaan yang engkau berikan...


Ammar di hari keenam..

24 November 2012

Kasih Baby Wardrobe


Setelah sekian lama aku tak update blogshop Kasih Baby Wardrobe, maka hari ini aku dah berjaya update dan alhamdulillah customer masih setia dengan kami lagi. Aku baru update toys kat sana.sebenarnya pelbagai aksesori dan barang-barang baby ada kami jual .Kepada yang berminat bolehla terjah kat sini ye --> Kasih Baby Wardrobe .. harga untuk semua toys ni adalah yang termurah di pasaran gitu..


Kitchen Set

Cleaning Tools Set

Fast Food Set

Keyboard Set

23 November 2012

Hari ke 20 berpantang


Alhamdulillah hari ni genap 20 hari aku berpantang. Ada lagi 24 hari ok. Bertabahlah ye wahai mama Kasih dan Ammar. So far, Ammar adalah semakin kuat menyusu. Sejam sekali akan minta susu. Sekali minum 30 minit then tambah 20 minit untuk ngempeng atau kata lain bergayut. Tapi alhamdulillah malam-malam tanak sangat ngempengnya. Aku nak train dia tanak ngempeng sangatla. Sepanjang berpantang ni malam-malam Ammar tidur dalam play pen. Ada sekali dua aku tertidokan dia kat sebelah aku. Ammar ok je tido dalam play pen. So, dia takleh la nak ngempeng sangatkan. Lagipun dia boykan. Boleh gitu???

Aritukan aku ada cakap yang ada beli nursing pillowkan? Yes, ia sangat berguna. Sepanjang BF kan Ammar, aku letak dia atas nursing pillow tu. Kadang-kadang saje-saje landingkan dia atas tu. Kasih pun suka tido atas tu. Aku pun suka tido atas tu. Best.. Kesimpulannya amat berbaloi membelinya..

Kat bawah ni aku bagi tepek gambar-gambar Ammar di hari ke 19 bersama dengan Kakak Kasih.




Sudah ada double chin :)

bestla tido atas ni mama

Kakak mesti nak interframe juga

Kasih yang minta amik gambar ni..



21 November 2012

Anak-anak Mama


Cinta hati daku...saje letak untuk kenangan

-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





sejak pandai buat peace asyikla amik gambar buat peace je..ayah yang pemalu

kemain ketat peluk adik

muah lagi

Kasih beria nak pegang adik..




20 November 2012

Tudung Chiffon 3 Layer SALE



Dengan lafaz bismillah, aku nak annouce yang aku ada buat SALE untuk tudung yang aku jual. Sempena kelahiran Ammar Harith ke dunia, aku dengan ini nak buat sale tudung chiffon 3 layer dengan harga RM30 sehelai..Aku rasa tu dah murah dengan material terbaik...sesiapa yang berminat boleh klik sini untuk tengok design yang ada..dah tak banyak sebab ada yang borong. 



16 November 2012

Kronologi Kelahiran Ammar

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat-Nya kerana dengan izin aku masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia ni. Pertama-tama sekali aku sangat bersyukur kerana dipermudahkan proses kelahiran anak kedua aku seperti yang diharapkan. Kali ni aku nak share kronologi kelahiran Ammar ke dunia ni. Aku rasa macam mimpi pun ada dengan apa yang telah terjadi. Sebabnya semuanya berlaku begitu pantas tanpa diduga. Oh ye, Ammar lahir semasa usia kandungan 39 minggu 1 hari. Sehari selepas Anniversary mama dan ayah dia yang kelima. Aku ingatkan dia nak keluar sama tarikh anniversary tapi lambat sehari. Apa-apa pun yang penting semuanya selamat.

3 November 2012
Aku bangun pagi sebab terasa macam ada air keluar kat bawah tu, tapi bukan air ketuban ye kawan-kawan tapi air yang bercampur dengan lendir. aku terus pergi toilet nak tengok apa yang keluar. cek-cek ada lendir bercampur dengan darah sikit. aku dah rasa lain macam je. no wonderlah malam tadi aku rasa mild contraction start kol 12 lebih sampai kol 4 pagi gitu. Malam tu aku dah rasa semacam tapi boleh control lagi. dahla suami ada kat JB. aku dah sms dia cakap dah start sakit sikit-sikit. dia soh cakap kat mak aku tapi aku cakap nantila tengok keadaan camne. sebelum tu aku ada sms Fashya dengan Aishah tanya sakit contraction sebenar camne sebab time Kasih dulu aku tak rasa contraction sebenar alih-alih dah bukak 3-4cm..then terus kena warded.

Bila dah tengok ada lendir bercampur darah terus aku cakap kat mak aku then aku cakap nak gi hospital la. Mak aku tanya ada rasa sakit tak, aku pun cakapla malam tadi memang ada sakit tapi dalam kol 4 lebih dah stop. Mak aku pun suruh bersiap. Aku pun mandi then siapkan Kasih. Time ni kat rumah ada mak dengan Kasih je. Mak aku pun siap-siapkan bekalan nak bawa ke hospital. Aku sebelum pergi tu dah siap telan minyak kelapa dara yang mak aku beli bersudu-sudu dan telur yang tak masak sebiji. Aku pun tak tau mana kekuatan aku datang nak telan sebiji telur tak masak tu. Ni petua orang dulu-dulu. Oh ye, beberapa hari before mild contraction tu aku minum 2 sudu kecik minyak kelapa dara tiap-tiap hari. Aku try je mana tau betul orang cakapkan.

Sampai hospital nurse tanya dah ada sign ke nak bersalin, aku cakapla pagi tadi dalam kol 8 ada kuar kendir campur darah. then terus dia cakap kena warded. pas siap urusan semua, kena cek jalan. Time ni aku dah cuak..huhu..memang kalau nurse yang cek aku seriau..sakit woo..dia cakap tak bukak jalan lagi tapi kenawarded gak semalam..prosedur dia kata.. aku dah lega sebab kalau tak bukak jalan sampai esok dah boleh balik. Bukan apa, aku sedih nak berpisah dengan Kasih. tak pernah hayat aku tido tanpa dia sepanjang dia lahir. maka aku tabahkan hati demi anak yang kedua. start masuk spital pagi tu takde plak rasa sakitnya. Suami aku dah gerak dari JB nak ke bentong aku rasa sempat nak bersalin dia ada dengan aku. Magrib dia sampai then aku request nak makan teppayaki. Dapatla aku makan. kol 9 malam dok melantak lagi. Start kol 12 tengah malam mild contraction datang. aku cek dia datang 5 minit sekali. then makin kuat dan makin kuat. time ni breathing technique adalah sangat penting ye kawan-kawan. dengan breathing technique, aku dapat atasi rasa sakit contraction yang datang. aku try nak tido tapi tak boleh. Kat spital kan setiap 3-4 jam sekali dia datang cek. dalam kol 3 pagi camtu aku pun cakap kat nurse yang aku dah rasa contraction 3 minit sekali. dia cek perut. yang bestnya kat spital bentong ni, dia tak cek jalan saje-saje camtu tapi akan cek bila kita ada contraction je sebab takut ada infection kalau selalu cek. lega aku. then dia cakap nak cek jalan tak? aku cakapla nanti dulula sebab boleh control lagi. tapi lepas dari tu aku dah tak tahan then aku rasa nurse tu dengar aku bernafas kuat kot then dia tanya nak cek tak, aku terus cakap nak. dalam kol 4.30 pagi nurse cek dah bukak jalan 3cm. terus dia bagi ubat berak. tak sampai 1 minit terus aku rasa nak terberak. aku rasa teppayaki semalam yang aku makan tu kuar semua. aku terus inform suami aku. pas cek jalan tu contraction makin kuat dan kuat sampai aku takleh tido. kol 5 lebih camtu aku terus gi mandi dan solat subuh. barulah aku tau camni rupanya sakit contraction.

4 November 2012

Esoknya pagi-pagi mak dengan abah aku dah datang anta breakfast. Makanla aku nasi lemak dengan air madu berserta supplement nutrilite form Amway. Mana yang tau parents aku kan memang pengguna barangan Amway yang tegar. Aku telan je la. sib baik aku ni senang makan ubat. Malam tadi time sakit-sakit tu aku dah telan calcium magnesium 3 biji , b-complex 2 biji dengan bio-c plus 2 biji. alhamdulillah pinggang aku memang tak rasa sakit. Pastu suami aku pun sampai. Borak-borak dengan dia sambil tahan-tahan sakit. Dalam kol 11 pagi camtu aku dah mengerekot tahan sakit kat katil terus nurse cakap soh cek jalan, aku pun sukala. harap dah besar bukaan dia. time ni nak jalan pun dah kepit-kepit tapi masih boleh senyum lagi. Nurse cek je dia cakap dah bukak 6cm. hah, patutla rasa dah tak boleh jalan rupanya dah 6cm. Aku dan-dan tu rasa nak terkencing. Minta permission nak kencing kat tandas tapi nurse tak bagi sebab jalan dah bukak besar. Time terbaring kat labour room baru rasa menggila contraction tu. aku tetap dengan breathing technique. Bila nurse cek tengok baby dah berak, kat spital bentong ni kalau baby berak atau ada kes-kes yang pelik terus kena refer spital besar kat temerloh. Aku dah cuak takut baby termakan najis je. Tapi nurse cakap takde pape. Relax je. Aku takut kena operate je. Dia cakap tak semestinya kena operate. Normal pun boleh. Kalau dah kena bawa gi spital temerloh kenala naik ambulan. Perjalanan lebih kurang 40 minit dari bentong ke temerloh kalau naik ambulan. Aku redha je lah. Merasa aku naik ambulan. Suami takleh naik sekali tapi follow belakang je. Time kena tolak dari labour room nak naik ambulan Kasih perasan aku, dahla malam tadi tak tido dengan dia, pagi ni plak tak sempat jumpa dia. Dia punya melalak kemain kuat bila nampak aku. aku dengar dia panggil mama sambil nangis. Sebak hati dengar. Mak aku cakap sepanjang perjalanan dia menangis panggil mama.

Kalau dah naik ambulan, mana boleh slow kan. Terasa hentakan bila langgar lubang. 40 minit aku rasa macam apa ntah sebab menahan contraction yang menggila tu. time tu nak amik nafas pun tak sempat. tapi aku paksa gak diri. Haus jangan cakapla. kering gila tekak aku sebab amik nafas punya pasal. aku rasa sebab selalu terhentak dalam perjalanan sepanjang 40 minit tu mempercepatkan bukaan jalan aku. sepanjang perjalanan aku hanya mengiring ke kiri. orang cakap cepat bukak jalan kalau mengiring ke kir. wallah hualam. tapi sib baik tak beranak dalam ambulan. Sampai-sampai labour room kat spital temerloh tu bukaan dah 9 cm. Aku pun sukala time tu. tak sabar dah nak push baby keluar. Aku minta air tapi mana boleh time tu. Aku tahan lagi, semoga aku ada kekuatan nak push baby. Aku siap cakap dah nak terberak. tapi doktor suruh tahan dulu then tarik nafas panjang dan mengiring ke kiri. aku cakap dah tak tahan sangat nak terberak. ko bayangkanla bila dah nak terberak kena tahan camne. Doc cek sekali lagi dia cakap dah boleh push sebab dah 10cm. bila rasa sakit je aku push sekuat tenaga, cukup 4 kali aku push terus keluar baby full. Allahhuakabar. Allah permudahkan kelahiran anak aku. Time dah keluar tu rasa legaaaaaaaaaaaaaa sangat dan terus hilang rasa sakit. Aku rasa aku dok labour room dalam 10 minit gitu then terus baby keluar.

Suami aku citer, time dia baru duduk baper minit depan labour room then terus nurse keluar bawa baby cakap aku dah bersalin. dia ingat kena tunggu lama lagi. Kasih time nampak baby terus dia berhenti menangis. Aku sampai sudah tak dapat jumpa Kasih. Tahan rindu kat dia. Alhamdulillah aku duduk wad sehari je esoknya dah boleh discharge.






Time ni nurse bagi baby nak di azankan.




My hero. Lahir kol 1.37 petang seberat 3.2kg.

So, inilah pengalaman melahirkan hero aku yang sorang ni. Setiap kelahiran adalah berbeza. Kepada yang sedang menghitung hari aku ucapkan selamat berjaya dan yakin diri yang korang boleh buatpada yang masih fobia nak beranak lagi sila jagna takut..yang penting kuatkan semangat time nak push tu dan makan banyak-banyak ye. Supplement penting untuk tenaga kita lepas bersalin. Aku rasa bersyukur sangat sebab parents aku paksa aku makan supplement yang banyak tu, hasilnya orang yang melawat aku cakap muka macam takde rupa orang pas bersalin. Wallahhualam.

09 November 2012

Baby discharge

Alhamdulillah, my newborn da selamat discharge dari hospital dan bebas dari jaundis. Aku pun boleh berehat. Penat sangat badan sebab berpantang semalaman di hospital. Baby cepat recover pas berjemur bawah lampu. Terima kasih pada yang mendoakan kami.

08 November 2012

Jaundis

Update entry guna fon maka mesti gambar tak tau letak kat mana. Baby warded because of jaundice harini. Semoga kawan-kawan dapat mendoakan my newborn cepat sembuh dan discharge dengan kadar segera ye.

04 November 2012

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan baby boy seberat 3.2kg pada hari ini jam 1.37 petang secara normal. Baby nak keluar awal lak. 39w 1d. Lewat sehari dari anniversary mama dengan ayah dia. Pape pun sumenya selamat. Terima kasih kepada yang mendoakan aku dan baby.

03 November 2012

Happy 5th Anniversary


Alhamdulillah, arini genap 5 tahun usia perkahwinan kami suami isteri. Happy 5th Anniversary sayang. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana terima B seadanya dalam hidup Sayang. Sesungguhnya pelbagai cabaran dapat kita tempuhi bersama. Alhamdulillah, 5 tahun ini sangat teruja dengan karenah anak lagi. Entry ini adalah auto publish. Aku update sebelum cuti bersalin..tak taula time ni anak kedua kami dah keluar ke belum..Kalau dah keluar makanya dah jadi anak-anakla...Terima kasih Allah atas segalanya. Semoga perkahwinan kami direstui oleh-Nya selama-lamanya. Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...