Subscribe:

22 March 2012

Kali kedua

Alhamdulilah, sejak dapat tau pregnant tak banyak ragam nak kena hadap macam expecting Kasih dulu. Betulla orang cakap yang setiap anak tak sama ragamnya. Setakat hari ini alhamdulilah tak mabuk macam yang pertama. Yang pertama badan sangat lembik. Melepek je. Cuma yang kedua ni tekak je tak berapa sedap dan deria bau sangaj kuat. Selera makan melampau-lampau. Tapi bila malam je tekak jadi kembang dan tak selera tgk nasi. So, malam makan yang ringan-ringan je. Perut lak macm da nampak je. Kalau dulu da 6 bln br nampak. Apa-apa pun aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Alhamdulilah.

15 March 2012

Tudung chiffon jadi idaman

Sekarang ni kalau yang selalu shopping online mesti suka dengan tudung chiffon 2 atau 3 layer. Tapi bukan semua ye. Masih ada yang setia dengan tudung bawal. Orang kata tudung bawal memang sentiasa ada peminat. Tak terkecuali dengan aku. Aku mengaku aku memang penggemar tudung chiffon. Maka disebabkan nak cantik sama aku ada gak jual tudung chiffon 2 layer. Tak sangka mendapat sambutan yang menggalakkan. Kepada yang dah membeli terima kasih diucapkan.

Mood bercuti

Kalau cuti sekolah macam biasalah, aku wajib balik kampung kat bentong. Rindu wei kat mak abah dan udara kampung halaman. Nasib baik suami aku layan. Kalau tak merasala aku merindu semua tu. Memula kahwin dulu suami aku yang agak liat kalau ajak balik tapi sekarang ni dia yang tanya bila nak balik bentong lagi. Time dia tanya kadang-kadang tu wat muka pelik tapi dalam hati dah melonjak kegembiraan. Balik kampung tu siapa tak suka. Alhamdulillah berkat merasa masakan mak mertua yang sedap kot. Mungkin salah satu faktor. Mak aku memang suka masak dan sedap lak tu. Anak dia je ni masih belajar supaya jadi sedap. Takpela, slow-slow nanti mesti pandai macam mak. Cuti sekolah kali ni seminggu je. 5 hari je balik kampung. Tu pun da cukup puas untuk aku hilangkan rindu dan terubat rindu tok dan wan pada kasih. Yela, cucu baru sorang. Kemanjaanla. Sampai sini dulu. Tata.

06 March 2012

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, salah 1 impian aku untuk tahun naga ni telah tercapai. Tak sangka seawal ini. Sujud syukur atas pemberian-Nya. Sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik buat kita. Ya, Kasih akan menjadi kak long. Patutla lately perangai manja terlebih dengan mama. Asyik-asyik mama. Tak larat juga nak melayan tapi tabahkan hati je. Betulla orang cakap kalau pregnant 2nd time dapat detect lambat sikit. Masa expecting kasih dulu sehari lewat terus terang double line kat upt tu. Yang ni time cek sehari lewat sangat blur. Pas seminggu terus kuar line yang kedua tu cepat je. Simptom awal pregnant kali nipun tak sama macam kasih dulu. Tu yang rasa macam takde pape je. Tapi bila rasa sakit pinggang tak hilang-hilang dan rasa mengantuk sangat-sangat seawal 9 malam tu yang macam rasa ada takde je. Dan sesungguhnya ada nyawa baru in my womb. Alhamdulillah :D. Semoga kali ni dipermudahkan segalanya dan aku dapat menjalani tempoh pregnancy dengan tenang. Amin.

02 March 2012

Ada ke takde ni?

Assalamualaikum. Sempena hari Jumaat yg mulia ni aku nak share dan minta pendapat korang sume. Kalau tengok pada gambar macam tau je kan. Bukan apa korang-korang mesti ada yg lg berpengalamankan? 2 hari ni cik P datang lewat. Baru 2 hari da risau aku ni. Biasanya cik P aku akan dtg cepat dr tarikh sebulan sebelumnya. Tapi disebabkan bulan ni aku rasa badan penat lain macam dan sakit pinggang yg melampau terus mcm rasa simptom-simptom nak peknen tp ckp dlm hati bukan kot. So, buat tak tau je la. Tapi disebabkan naluri ingin tahu ni kuat bebeno aku pun gatal-gatal pergi wat UPT pada hari 1st dah lewat. Cek punya cek memang ada keluar double line tp line tu blur je. Aku da nk bgtau suami tp nanti dulu la. Then 2nd day test lg dan hasilnya memang positive. Line tu da terang sikit. Aku jadi cenggini sebab kat rumah ni stok upt melambak. Tu yang asyik dok try je. Adik ipar keje kat Pantai Medical Center, so diala yg bg stok upt tu. Aku ingat nak g cek doc nanti2la. So, korang rasa ada ke tak eh? Kalau ada Alhamdulillah sebab kitorang memang plan nak bg kasih adik tahun ni dan umur aku pun dah tua kan. Yela, tahun ni dah 31 ok. Dah tak berahsia lg dah. Kang lambat sangat nak beranak berapa je anak aku. Amboi, statement macam nak anak ramai je. Aku rasa nak bgtau hubby macam ceeramon buat kat suami diala. Haha. Tapi suami aku pun mesti buat sama mcm ciput buat kot. So, malam ni la nak bagi tau dia. Macam manala reaksi dia kan. Dah la kasih sekarang ni makin melasak dan macam pe'el dia buat. Aku memang da jadi tarzan je kat rumah ni. Aku xnak publish apa2 pos kat fb. Kat twiter dah tanya yang lebih berpengalaman. Bukan apa, kat fb tu sume sdare mara tau. Aku xnak bgtau lg. Geng-geng d UB harus tau ni. Blog aku ni kira ramai gak yg xtau. Tu yg berani up entry cenggini. Nanti aku akan bagitau gak. Semoga aku tabah nak hadapi semua nanti ni. Doakan aku ye korang sume.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...