Subscribe:

27 January 2012

Ayra Sophea

Bila tengok baby newborn sure saat tu nak ada baby terus.huhu..baby comel ni adalah anak coursemate saya time study kat UPM dulu..mama dan ayah dia adalah coursemate saya. Tahniah kepada Ziela & Syamil. Nama baby comel ni Ayra Sophea.. Ala-ala ratu gitu nama dia. Comelkan. Nanti bila datang JB kita boleh jumpa ye. Tengok kamu aunty sangat teruja ok.

23 January 2012

Jalan-jalan CNY

Cuti-cuti sempena CNY disambut di pantai Mersing. Kami menginap di Air Papan Resort..Alhamdulilah,sudah sampai destinasi dituju. Sekarang masa berBBQ. So far kasih behave. Tapi biasala,da nama pun budak-budak mana reti nak dok diam. Ada je nak buat. Maka mama tak dapat nak menolong sangat. Oh ye,kami pergi beramai-ramai. Sume family sebelah en suami. Sangat meriah. Dapatla mengisi masa cuti yang lama tu. Hari jumaat,sabtu dan ahad saya sempat balik kampung saya kat bentong. Fair and square. Huhu.

16 January 2012

Anak demam mama yang runsing

Hari ni hari kedua kasih demam. Suhu badan dia mencecah 39.4 celcius. Cuaknya saya tak terkata. Sebelum ni kalau dia demam dijelum dgn air tampal cool fever terus kebah. Tapi kali ni lain macam panasnya. Takde tanda pape tetibe je demam. Panas badan dia kali ni kejap ok kejap tinggi. Pagi ni last pantau suhu 37.3. Harap sangat terus ok. Bila anak sakit mak yang runsing. Doakan kasih cepat sembuh ye. Bila anak demam,biasala mak pun jadi panda mata lebam. Cepat sembuh ye sayang.

12 January 2012

Power pumping banyak membantu

Alhamdulilah,awal-awal tahun ni production susu sangat memuaskan. Bukan apa,sebelum ni saya risau sangat kalau-kalau tak cukup stok untuk dak kecik tu. Ini semua berkat kesungguhan,kesabaran dan dorongan dari suami. Macam mana saya buat? Saya bukanla otai tapi hanya sekadar nak berkongsi tips yang saya gunakan. Yang penting sekali jiwa mesti kental. Kalau sikit-sikit cair bila orang kutuk tak boleh jadi. Selama setahun 5 bulan saya hanya guna pam Avent manual, finally nak rasa camne guna pam letrik pulak. Alhamdulilah, lagi banyak saya dapat buat stok.selama ni saya lebih banyak wat tendum pumping,dah guna yg letrik saya buat double pumping ditambah dengan menggunakan teknik power pumping. Saya juga ada amalkan supplement untuk milk boster. Teknik ni mmg kena rajin buat. Macam mana teknik power pumping tu? Saya akan update next entry ye. Arini saya dapat 8oz sekali pam. Bagi saya dah agak banyak untuk anak yg dah berumur 19 bulan ni. Biasanya saya pam 3 kali..so, untuk sehari kadang2 dapat 24 oz. nak menten susu 8oz tu bukan senang saat2 camni. Orang lain ada dapat lg byk pun tak kecoh nani. Biarla org lain tu yg penting anak saya kenyang. Kalau 8oz tu dapatla minum untuk 2 kali. Kasih minum sekali 4oz. Ditambah dengan dia da kuat makan. So,saya rasa sangat puas. Biarla orang lain nak cakap apa asalkan saya tak susahkan orang sudah. Masih ada lg suara2 yg tak suka kasih bf. Hello, anak aku, suka akula nak bg apa. Semoga impian saya nak bf kasih sampai 2 tahun tercapai. Lagi 5 bulan je lagi. Doakan saya berjaya ye. Amin.

10 January 2012

Gyro bowl

Tengok pada tajuk pun da tau saya nak share tentang apa. Yes,gyro bowl ada penyelesaian kepada masalah daripada makanan bersepah. Bukanla saya nak kata kasih suka campak makanan merata-rata tp biasala kalau da nama budak sure benda yg ada dalam mangkuk akan terkeluar rite. Saya memang da lama nak beli benda alah ni tapi asek terlupa je. Pas baca entry afni tentang gyro bowl dengan tak berlengah terus order kat baby shop yg ada melambak kat dalam mukabuku tu..saya search yg tengah wat sale je.hehe.dapatla rm12..dapat-dapat je terus test letak makanan dalam tu and its work.kalau tau awal2 dulu da beli.letakla pape dalam gyro bowl tu confirm tak terkeluar.bijak sungguh org yg mencipta mangkuk tu. So.apalagi kawan-kawan,belila utk anak-anak korang.

03 January 2012

Happy birthday MAK..

Hari ini genap umur mak kesayangan saya 53 tahun. Alhamdulillah tahun ni dapat celebrate birthday mak kat rumah saya. Walaupun tak celebrate dengan meriah hanya dengan sepotong kdk tapi saya rasa sangat happy. Dengan keadaan tergesa-gesa sempat juga beli kek sebelum mak abah balik bentong. Terima kasih mak atas segala-galanya. Tanpa mak sentiasa disisi nani tak tau nak luahkan camne. Mak selalu ada saat susah mahupun senang. Mak sentiasa memastikan nani takkadm menangis atau susah hati. Mak mana nak tengok anak dalam kesusahan. Nani berjanji yang selagi nani bernafas akan sentiasa ada untuk mak. Nani sayang mak sangat-sangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...