Subscribe:

17 February 2015

Semoga Damai di sana

Assalamualaikum wbt...

Lama saya menyepi dan pelbagai perkara yang berlaku...entry pertama di bulan Februari dan rasa sedih masih menyelubungi diri ini...harap dapat berkongsi dengan semua..saya dikejutkan dengan pemergian salah seorang anak Shaklee, adik dan juga sahabat pada 14 Februari yang lepas..tepat jam 3.40 petang beliau menghembuskan nafas yang terakhir setelah 2 hari tak sedarkan diri di hospital PPUM..oh, ye beliau ada leukimia tetapi selama ini beliau memang tabah dan sangat kuat seperti tak sakit langsung...sehingga beberapa hari sebelum tak sedarkan diri beliau ada menyatakan mohon doakan beliau cepat sihat seperti biasa..paru-paru beliau dijangkiti kuman...tak sangka itu adalah yang terakhit ...sumpah,sehingga hari ini masih terasa beliau masih ada...gurau senda, gelak tawa dan sentiasa meluahkan apa sahaja membuatkan kami lebih akrab...walaupun lebih kerap bertemu di alam maya tetapi ukwah yang terjalin memang sangat akrab....

Hampir 2 tahun mengenali beliau memang tak pernah rasa jemu...kali pertama beliau mengenali beliau di fb...pengguna setia dan akhirnya menjadi anak shaklee lelaki yang pertama saya...beliau juga merupakan leader pertama yang lahir dari group MIS....sejak dari itu hubungan kami sebagai anak dan ibu shaklee semakin akrab....walaupun beza umur setahun tetapi beliau tetap hormati sebagai seorang kakak dan juga sahabat...sangat-sangat menghormati dalam apa jua keadaan...apa yang diajar dan disuruh ikut tanpa banyak bicara....sehinggalah beliau berjaya mendaki level Coordinator....memang mudah membantu apabila diri benar-bemar ingin berjaya....

Apabila tahu beliau mengidap leukimia memang beliau down sangat-sangat..alhamdulillah, setelah beberapa bulan baru beliau menerima dengan redha...begitu juga dengan saya....walaupun beliau sakit tetapi tak pernah beliau tunjuk pada orang lain...sentiasa menunjukkan prestasi mengalahkan orang sihat....

Yang paling terharu, setiap kali beliau buat check up atau admit tak pernah tak inform pada saya....sentiasa mohon doakan beliau...tak pernah sekali tak mendoakan kesejahteraan beliau...sehinggalah pada 11 Februari 2015 yang lepas kali terakhir beliau whatsapp saya yang menyatakan demam masih belum surut setelah pelbagai cara dilakukan...saya dah rasa tak sedap hati sebab tak pernah selama itu dia warded sebelum ini....pada 12hb ayah saudara beliau menyatakan yang beliau tak sedarkan diri secara tiba-tiba...Allah, dalam hati terdetik semoga beliau cepat sihat dan sedarkan diri seperti biasa...mulai saat itu ayah saudara dan juga adik beliau sentiasa update perkembangan beliau...rupanya mesej beliau pada 11hb Februari yang lepas adalah yang terakhir....

Tepat jam 3.40 petang pada 14 Februari 2015 beliau menghembuskan nafas yang terakhir....bila dapat tau je beliau dah takde, laju jantung saya..sentap hingga ke tangkai hati...Allahuakbar, rasa sedih, sayu, pilu, kehilangan tiba-tiba....tak sangka secepat ini beliau pergi...Allah lebih sayangkan beliau...

Saat menaip entry ini pun airmata bergenang dan menitis laju....semoga roh beliau tenang dan berada di kalangan orang-orang yang beriman...

Al fatihah untuk Mohd Syukri bin Mohd Safine...semoga damai di sana...

2 comments:

Innasha Aini said...

Innalillah.semoga rohnya tenang.Jasanya membantu orang lain untuk jadi lebih sihat semasa hayatnya sangat dikenang dan dipuji.

Anonymous said...

Seperti dia masih ada....Allahuakbar!!!!

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...