Subscribe:

08 August 2012

Biskut Raya Kegemaran


Sempena hari raya yang bakal menjelang ni, harini aku nak up entry biskut raya kegemaran aku sejak dari kecik. Biskut-biskut ni wajib ada kat rumah aku setiap kali raya. Dan yang paling tak tahan semua aku buat sendiri je. Satu je yang aku tak buat adalah kuih batang buruk. Susah wei nak buat dia. Aku tau makan je. Bahan mak yang beli then aku dengan makcik dan adik la yang membuatnya..sedap tak sedap belakang kira. Tapi selalunya habis gak kuih-kuih kitorang buat tu. Tapi since kahwin ni aku tak pernah buat kuih lagi..percaya atau tak itulah realitinya. Bukan malas tapi nape ntah asek kuih tunjuk je sejak kahwin. Biskut-biskut yang aku suka tu bukan susah mana pun nak buat tapi masa kot. Kemain lagi ko bagi reason kan Nani. Orang lain boleh je buat even kerja..So, meh aku senaraikan kuih wajib itu ye....


...




...




....





....




.....




Kuih kegemaran sepanjang masa....

1) Chocolate chip crunchy...ni kalau tak raya pun aku suka makan. Nak-nak lagi beli kat Famaous Amous tu..sedapnyaaaaaaaaa.




2) Kuih Batang Buruk. Ni antara kuih tradisional yang aku sangat suka..kalau makan habuk dia terabur kat mulut tu yang heaven.




3) Tat Nenas. Tapi aku lagi suka yang tak bergulung camni sebab lagi sedap. Aku suka yang initi dia sejemput kat tengah-tengah..



4) Biskut Arab. Ni la biskut paling senang yang nak dibuat dalam dunia. Tapi sedapppppppppp. Aku suka yang plain camni. Yang kaler-kaler dah tak ori...hehe..nampak tak sedap tapi yang penting kalau makan rasa heaven sangat...






5) Biskut Mazola. Aku tak tau nape aku suka tapi kalau sekali hadap sorang kejap je habis. Nak-nak yang crunchy..




Itulah biskut yang aku akan terbayang setiap kali raya. Tahun ni biskut-biskut ni semua dah ditempah awal-awal. Untuk biskut arab dan mazola aku memang wajib soh makcik aku buat..bayarla kat dia...So, korang pulak apa kuih yang wajib ada setiap kali raya..Jomla share bersama....


9 comments:

linziana said...

Kalu lin kan nani, biskut raya tak laku time raya tapi pas raya.time raya kerepek jer lin suke.hehehehe.

Biskut paling lin suka opcoz biskut kacang ngan semperit.

Psst..lin mengidam kek lapis serawak masam manis ..so ade la menempah buat santapan diri sendiri..hehehe

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

nani ni krepek pun suka gak tapi kalau kuih ni pas raya yg lakukan...skang ni dah macam2 jenis biskut..kek lapis sarawak masam manis baru aritu makan. kawan bagi dari sarawak..sedap..

sharEna said...

biskut mazola tu mmg feberet aku weyh. batang buruk pon sama..mazola kt rmh aku balun je.x sempat raya gaknye hahaha

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

ena: tu la pasal...ni aku dah simpan siap2 jangan bagi nampak..kalau tak, nak makan je

Kasmawati Jaafar said...

aku xde biskut wajib kat umah. sbb aku suka semua jenis biskut. kuikui. bg aku biskut raya mmg worldlah sbb time2 raya je br dpt balun. feeling dia tu heaven betul. tp batang buruk tu mmg feveret sejak kecik. kitorg suka main tiup 2 habuk dia kat muka pihak lawan. kehkeh.

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

kasma: batang buruk mmg bestkan...kelaka la ko ni..siap tiup2 habuk yg tak tahan..hgn marah anak2 ko kalau diorang wat camtu gak nanti..hehe

xoxo said...

Perghhh banyaknye kuih feveret ko.. Kena take note ni

.::: Princess MOMOY :::. said...

yeah. sama la momoy kecuali yang biskut arab
heheh
paling suka biskut mazola dengan batang bururk
makan batang buruk ni tak boleh bercakap
nanti tersembur
haha

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

momoy: betul-betul, kalau makan batang buruk tak boleh bercakap nanti tersembur

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...