Subscribe:

18 July 2012

Roti Kacang Pool

Roti kacang pool yang sentiasa sedap :)


ABC special yang memang SEDAP..

Sape yang pernah makan roti kacang pool ni meh angkat tangan....Hari ni saje aku up entry roti kacang pool sebab bagi aku sangat sedap ok. Memula aku makan dah rasa kesedapannya. Setahu aku kat Johor glamer makanan ni. Aku selalu makan kat Medan Selera Larkin kat kedai Kacang Pool Haji bersebelahan dengan Bomba.Kepada yang tak pernah makan wajib rasa ye. Kalau datang JB mehla singgah kat situ. Kalau aku pergi sana wajib order kacang pool ni dengan ABC special..ish, memang terbaik. Kepada yang nak try buat sendiri ni aku bagi sekali resepi dia ye. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya:

Kacang parang 2 paket (direbus hingga lembut dan kulitnya dibuang)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
satu inci halia
sedikit jintan manis
sedikit garam

Cara-caranya:

1) Bawang merah, bawang putih, halia dan jintan manis dikisar halus.

2) Tumiskan bahan yang telah dikisarkan tadi dan bila naik bau
masukkankacang parang dan sedikit garam.

3) Hidangkan bersama telur mata sapi, bawang yang dicincang dan cili hijau.

4) Perahkan sedikit limau kasturi dan bubuh sedikit lada putih diatas
sajian.
5) Di makan bersama roti perancis atau roti potong yang
dibakar(disapu mentega atau jem garlic bread)

7 comments:

farhana shamsuddin said...

sedap kan kcg pool...last time mkn thn lepas kt jb

lina said...

aritu gi mkn ngan husband kita kt larkin gak. mmg terbaik la. kita order cendol durian :)

Miss Uya said...

thnx for the recipe. aku wat last time xjd pun..

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

dah agak dah ni mesti abc awit...

Hanani said...

farhana:makan katne? mmg bestkan

lina: eh, bila dtg jb? tak cakap pun..cendol durian sedap eh?

sue: ko dah pernah wat eh? cubala yg ni..

yantie: sedapkan abc dia

.::: Princess MOMOY :::. said...

terliur tgk ABC tu
yang roti tu tak pernah try lagi

.::: Princess MOMOY :::. said...

terliur tgk ABC tu
yang roti tu tak pernah try lagi

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...