Subscribe:

23 July 2012

Pengalaman Berpuasa Semasa Mengandung

Alhamdulillah, dah 3 hari kita berpuasa dan aku yang sedang mengandung ni pun berjaya puasa. Hari pertama puasa aku sangat-sangat lembik sebabnya bersahur dengan segelas susu HL saja. Dengan nak travel balik kampung lagi maka, stamina adalah sangat sedikit. Aku hampir-hampir nak berbuka sebab dah rasa nak pitam sangat tapi alhamdulillah aku dapat berpuasa juga. Kesian adik baby. Aku ingatkan sama macam time tak pregnant. Aku time tak pregnant time sahur minum air kosong je pun boleh tahan. Kali ni konon macam tahankan, tapi bila dah pukul 11 je aku memang dah tak larat...Moral of the story, kepada ibu-ibu mengandung time puasa wajib makan nasi ye. Tak banyak makan sikit je, sian kat baby dan diri kita juga.


Minggu lepas aku kan balik kampung, plan nak balik hari jumaat petang tapi suami ada hal plak. So, aku cakap balik next week saje. Tapi suami kesian kat aku dia ajak balik juga. Sudahnya, pagi sanbtu tu pas solat subuh kami pun bergerak balik bentong. Dalam perjalanan tu yg mencabar sangat sebab rasa haus sangat. Tapi aku tahan juga. Kalau dilayan, memamng dah teguk air cincau. Kitorang sampai pukul 12 tengahari. Sampai-sampai je dah bau mak masak ayam masak lemak cili api. Aku memang tak larat nak tolong. Awal sungguh mak aku masak.

Berbuka hari pertama kat kampung pulak tu adalah sangat meriah. Sebabnya berbuka kat rumah tok wan. Kalau balik rumah tok wan memang dah macam kenduri sebabnya adik bradik mak adalah seramai 10 orang. Semua dah kawin. Bayangkanla dengan cucu tok wan yang ada 28 orang. Meriah sungguh, lauk-pauk jangan cakapla sebab sorang bawak paling sikit 2 jenis lauk. Dengan kuih lagi. Aku amik nasi setengah senduk je. Yang lain lauk je..Macam-macam ada. Antaranya udang masak kari, burung puyuh goreng, ketam masak lemak cili api, ikan siakap goreng, sotong sambal, kerabu sotong dan banyak lagi. Aku amik sikit-sikit je. Kenyang sangat time berbuka. Alhamdulillah, adik baby dapat makan sedap-sedap. Sahurmya aku makan nasi. Belajar dari kesilapan.

Tahun ni aku tak dapat lagi hadiah birthday dari suami. Suami aku adalah yang tidak romantik ok. Dia bukan jenis yang suka bagi hadiah time tarikh-tarikh penting. Dia akan bagi bila-bila dia nak. Tapi dia dah janji nak bagi hadiah yang aku request. Tunggu je la nampaknya. Masa memula kahwin, memang agak sentap tapi dah nak 5 tahun ni aku dah biasa. Tak payah nak sentap-sentap sangat sebab aku juga yang pujuk diri sendiri. Tapi dapat gak aku potong kek sebab ada pakcik aku yang birthday sehari awal dari aku beli kek. Aku pun join sekali. Sedih kan. huhu...terima jela dengan rela hati. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada suami kerana sudi bawa aku balik kampung.

4 comments:

linziana said...

huahahahahahahaha..laki lin pun sama.dua kali 5.TAk pernah bagi pretzie pun..tapi tula dah 7 tahun ni macam dah redha.cuma lin request setiap kali birthday lin wajib datang kat lin.hehehe

Ainul Mustafa said...

ms pregnant kan arreessa pose penuh.sahur mesti wajib mkn nasi, kurma & minum esp.alhamdulillah berjaya gak pose penuh.pastu ms sahur ckp kt baby yg hr ni kita nk puasa.bila dh petang skt, baby gerak2..ainul ckp kt dia" kejap ye syg..kejap je lg nk berbuka..syg nak mkn apa? "

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

lin: yeke, senasib rupanya kita. Tapi takpela at least dia ingat jugakkan..

ainul: betul ainul, nani pun ada cakap dengan baby sabar tunggu berbuka..tapi dia memang aktif je..yang penting kena makan time sahur

.::: Princess MOMOY :::. said...

alamak...dah lama tak makan kerabu sotong
huhu... kat sini mana la nak cari T___T

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...