Subscribe:

14 November 2011

Guru oh guru

Pertamanya saya ingin bersyukur ke hadrat Illahi dengan apa yang diberi..mungkin ada hikmahnya kenapa saya resign kerja lama dan bertekad untuk menjadi seorang pendidik..pada mulanya saya memang agak keliru samada tindakan saya tepat meninggalkan kerja di bidang IT dan menjadi seorang pendidik...sampai ada yang cakap gila ke apa ko resign keje semata-mata nak jadi cikgu..sedangkan gaji yang ko dapat lagi banyak wei...saya memula pun ragu-ragu dengan keputusan saya tapi alhamdulillah dengan petunjuk yang DIA berikan saya nekad jadi seorang guru..maka isu gaji cikgu banyak tu bukan sebab utama saya resign ye....antara faktor utama kenapa saya nak jadi cikgu adalah :

1) Masa dengan keluarga lagi banyak...
tak saya nafikan selepas saya dapat jadi cikgu je saya mempunyai quality time yang betul2 berkualiti..

2)Kurang stress
Ni adalah sebab utama saya nak jadi cikgu..tapi sekarang kerjaya sebagai guru bukan senang wei..kalau dulu2 ye..tugas guru hanya mengajar je tp sekarang macam2 nak kena wat..tapi alhamdulillah, saya mendapat kawan2 guru yang sama2 menolong saya dari saya tak tau apa2 sampai sekarang..keje ;ama sangat stress okeh..even gaji lagi banyak tapi asek stress tak boleh jadi gak..

lagi apa ye? yang lain2 tu saya rasa tak perlu saya nyatakan kat sini...sesiapa yang dalam gomen faham maksud saya...sesungguhnya janganla cakap keje cikgu ni mudah ye..sebabnya tugas nak mendidik anak bangsa bukan senang wo..bayangkan kalau dapat budak yang tak kenal huruf dan cikgula yang kena ajar sampai pandai..kalau tak jenuhla nak menjawab bagai dengan pentadbir sekolah, pejabat pelajaran, jabatan pelajaran dan semestinya kementerian..sesungguhnya saya bersyukur menjadi pendidik....

saya sertakan sekali berita mengenai kenaikan gaji guru yang membuatkan ada yang bengang dan macam2 lagila..jangan hanya pandai mengomen dan marah2 tapi tengok dulu sebabnya...guru2 dapat naik gaji rasanya sebab ada UNION yang mempertahankan hak sebagai pendidik dan bekerjasama dan sepakat dengan apa yang dibincangkan..so, kepada guru2 sekalian jom join NUTP untuk kebaikan bersama...kepada kakitangan kerajaan yang lain sila join union yang melibatkan hak2 memperjuangkan kebaikan2 yang akan menguntungkan semua pihak..


sorry ye sebab entry ni agak emosi kerana saya agak bengang dengan tuduhan kenapa gaji guru lagi tinggi daripada gaji doktor atau jurutera kat malaysia ni..itulah gunanya kesatuan yang ada..sila jangan ambil hati atau seumpama dengannya...

kat bawah ni adalah berita yang dah lama tapi saja untuk berkongsi dengan rakan-rakan pendidik sekalian..

KUCHING 16 Mei – Warga pendidik kini boleh menikmati lonjakan gred dalam perkhidmatan melalui kaedah kenaikan pangkat yang diberi nafas baru melibatkan pengenalan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru bermula 1 Januari 2012. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi kaedah itu guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Menurutnya, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru, laluan kerjaya guru yang terlibat dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PDP) akan diperluaskan sehingga ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

“Kewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi rakaman video yang ditayangkan pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 yang dilancarkan oleh Timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. Sambutan bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta 4,000 warga pendidik dan tetamu jemputan.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa mana-mana guru yang menunjukkan kecemerlangan seperti ditetapkan oleh lembaga tersebut boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Katanya, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

“Untuk itu, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus menjadi 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya.

Beliau turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Katanya, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 pula dinaikkan ke Gred DG48, melibatkan 6,585 jawatan.

“Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan,” katanya.

1 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

yanty jelessss gaji nani lagik besauuuu ahahahaaaaaa....tapi nak wat cam ner tak telent jadik guru so bersyukur jerk laa gaji yg ado....huhuhuuuuu

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...