Subscribe:

08 December 2014

JERAGAT ~ Ketahui Punca dan Cara Atasinya

Ramai yang menghadapi masalah jeragat dimuka sering mencari kaedah, teknik, rahsia, panduan, cara bagaimana atau petua menghilangkan jeragat ini. Mereka ingin mencari petua menghilangkan jeragat di muka dengan kaedah dan teknik yang paling baik dan berkesan untuk diamalkan. Mereka mahu menghilangkan jeragat dimuka dengan cepat, berkesan dan tanpa sebarang masalah sampingan kemudian hari.

Apa itu jeragat?
Jeragat adalah masalah kulit yang dihadapi. Jeragat boleh dijelaskan seperti yang berikut.
Jeragat merupakan sejenis penyakit kulit.
Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag.

✔Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
✔Melasme – tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
✔Skin Tag – Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan leher.

Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.

Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.
Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.

Petua menghilangkan jeragat dimuka yang boleh anda cuba amalkan adalah seperti yang berikut. Anda berhak memilih kaedah atau cara yang sesuai dan mudah untuk anda amalkan bagi mengatasi masalah jeragat ini.

Pilihan Petua Untuk Menghilangkan Jeragat Di Muka

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Pilihan 6: Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih telur sahaja) dan 1 biji limau purut atau limau nipis. Tumbuk kunyit hidup lumat-lumat dan campurkan dengan tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pada kulit muka yang berjeragat selama 25 minit sebelum mandi.

Demikianlah dikongsikan mengenai petua menghilangkan jeragat di muka yang boleh anda amalkan dengan mudah.

Terdapat juga produk Shaklee yang boleh menghilangkan jeragat di muka yang boleh anda gunakan.

Ada beberapa produk hilangkan jeragat di muka. Ia mampu menjadikan kulit muka anda licin dan bebas dari parut jeragat.

Anda boleh mencuba amalkan selama 30 hari atau lebih dengan mengambil SET KECANTIKAN SHAKLEE.

INGINKAN KULIT CERAH, CANTIK MENAWAN?
Jika anda inginkan kulit cerah, cantik menawan, kami ada solusinya. Dapatkan SET KECANTIKAN SHAKLEE. Yang pasti ianya SEMULAJADI..Apa yang terdapat di dalam SET KECANTIKAN SHAKLEE dan cara penggunaannya?

Ia akan menjadikan kulit anda cantik, cerah berseri secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Ia juga membantu menghilangkan jerawat dan parut dari dalam secara alami. Membantu kesihatan dan awet muda.

Hubungi saya pengedar Shaklee bertauliah anda untuk cara atasinya...

Hanani
SMS/WHATSAPP : 012 3485657
Email : hanani217@gmail.com

1 comments:

dd said...

kulit pisang berangan camane rupanya. tak reti bezakan pisang. hahaha

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...