Subscribe:

20 December 2014

8 Petua Atasi Batuk Berkahak Secara Semulajadi

Assalamualaikum wbt...

Harini saya nak kongsi tentang cara dan petua nak hilangkan batuk berkahak secara semulajadi..

Tak suka kan kalau kena batuk berkahak ni? nak berdepan dengan org pun malu...asik nak buang kahak jer. ..uhhh..sungguh tak best ok! terkokol-kokol depan kawan-kawan sepejabat..

Ni adalah antara petua nak hilangkan batuk berkahak secara alami dan semulajadi yang saya jumpa dan petua dari orang-orang tua yang murah dan mudah..

1) campurkan sesudu kicap + perahan limau kasturi.. minum setiap pagi dan malam

2) minum madu yang dicampur dengan perahan limau nipis/ limau kasturi..minum setiap pagi dan malam

3) Hirisan buah lemon, hirisan halia dicampur dengan madu asli di dalam balang atau bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar. Tahan sehingga 2-3 bulan. Cara penyediaan, masukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam. Minum setiap pagi dan malam

4) untuk anak-anak, anda boleh berikan setengah sudu kecil madu asli dibancuh bersama air suam dan minum

5) ada juga petua suruh makan 2 ulas bawang putih bakar setiap malam.. ohhh..yang ni saya tak sanggup..huhuu...

6) Sapukan minyak panas dibelakang dada bayi anda untuk melegakan batuk dan mencairkan kahak ketika tidur malam..

7) Wapkan bayi yang batuk berkahak.. biar dia menangis / sampai termuntah dan tepuk-tepuk rusuk kiri kanan bayi, depan dan belakang dada, tepuk perlahan bentukkan tangan berbentuk cuping telinga.. kahak akan cair dan keluar melalui najis.. yang cara ni hati ibu kena kuat dan cekal.. kalau tak, ibu pun nangis sama..huhu..lebih baik guna cara ni dari beri ubat batuk tau..anak pun tidur lena, Saya pun penah buat pada Ammar sebab masa tu dia baby lagi dan saya tak sanggup nak beri ubat batuk awal-awal usia dia. Ni saya jumpa di blog rakan blogger lain.. dan lebih baik bayi diberi gas di klinik tuk cairkan kahak dari diberi ubat batuk ok! Sebab ape? sebab nanti kahak anak tu akan terberhenti dan masih ada didalam tubuhnya. Dan batuknya baik sekejap je, nanti akan berulang lagi..

8)  Legakan dengan pengambilan supplemen. Tahu tak Minyak Ikan boleh legakan batuk dan kahak? Omega Guard semestinya dari Shaklee..

Oh ya..macam mana Omega Guard membantu dalam mengatasi masalah batuk kahak berpanjangan ni? Bila batuk, tekak pun rasa perit dan kemerah-merahan sebab dah terkena jangkitan kuman. Omega juga dapat melegakan pesakit asma

Sebenarnya asid lemak Omega-3, DHA dan EPA yang ada dalam Omega Guard itu bertindak sebagai anti-keradangan. Omega juga bantu legakan batuk, kahak tu kan macam lemak sikit, berlendir, so omega ni dapat cairkan kahak juga( fungsi omega itu sendiri membakar lemak)

Sekian, sedikit perkongsian ilmu yang saya tahu.. Petua-petua ni kena amalkan dan kena sabar ok. sesungguhnya kita berikhtiar, dan selebihnya bertawakallah..

Jika inginkan Omega Guard, boleh hubungi saya...harga special untuk anda semua..konsultasi diberikan dari A hingga Z..

Hanani
SMS/WHATSAPP - 012 3485657
Email- hanani217@gmail.com

3 comments:

Nor Arina Azmi said...

Good info =)

Norul Aswin Norzain said...

Wah boleh cuba ni!

eMMe said...

okey Hanani, ade baca juga pasal batuk kahak anak2 ni... terima kasih atas info ini yea... di samping menjana pendapatan..

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...