Subscribe:
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

20 December 2014

8 Petua Atasi Batuk Berkahak Secara Semulajadi

Assalamualaikum wbt...

Harini saya nak kongsi tentang cara dan petua nak hilangkan batuk berkahak secara semulajadi..

Tak suka kan kalau kena batuk berkahak ni? nak berdepan dengan org pun malu...asik nak buang kahak jer. ..uhhh..sungguh tak best ok! terkokol-kokol depan kawan-kawan sepejabat..

Ni adalah antara petua nak hilangkan batuk berkahak secara alami dan semulajadi yang saya jumpa dan petua dari orang-orang tua yang murah dan mudah..

1) campurkan sesudu kicap + perahan limau kasturi.. minum setiap pagi dan malam

2) minum madu yang dicampur dengan perahan limau nipis/ limau kasturi..minum setiap pagi dan malam

3) Hirisan buah lemon, hirisan halia dicampur dengan madu asli di dalam balang atau bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar. Tahan sehingga 2-3 bulan. Cara penyediaan, masukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam. Minum setiap pagi dan malam

4) untuk anak-anak, anda boleh berikan setengah sudu kecil madu asli dibancuh bersama air suam dan minum

5) ada juga petua suruh makan 2 ulas bawang putih bakar setiap malam.. ohhh..yang ni saya tak sanggup..huhuu...

6) Sapukan minyak panas dibelakang dada bayi anda untuk melegakan batuk dan mencairkan kahak ketika tidur malam..

7) Wapkan bayi yang batuk berkahak.. biar dia menangis / sampai termuntah dan tepuk-tepuk rusuk kiri kanan bayi, depan dan belakang dada, tepuk perlahan bentukkan tangan berbentuk cuping telinga.. kahak akan cair dan keluar melalui najis.. yang cara ni hati ibu kena kuat dan cekal.. kalau tak, ibu pun nangis sama..huhu..lebih baik guna cara ni dari beri ubat batuk tau..anak pun tidur lena, Saya pun penah buat pada Ammar sebab masa tu dia baby lagi dan saya tak sanggup nak beri ubat batuk awal-awal usia dia. Ni saya jumpa di blog rakan blogger lain.. dan lebih baik bayi diberi gas di klinik tuk cairkan kahak dari diberi ubat batuk ok! Sebab ape? sebab nanti kahak anak tu akan terberhenti dan masih ada didalam tubuhnya. Dan batuknya baik sekejap je, nanti akan berulang lagi..

8)  Legakan dengan pengambilan supplemen. Tahu tak Minyak Ikan boleh legakan batuk dan kahak? Omega Guard semestinya dari Shaklee..

Oh ya..macam mana Omega Guard membantu dalam mengatasi masalah batuk kahak berpanjangan ni? Bila batuk, tekak pun rasa perit dan kemerah-merahan sebab dah terkena jangkitan kuman. Omega juga dapat melegakan pesakit asma

Sebenarnya asid lemak Omega-3, DHA dan EPA yang ada dalam Omega Guard itu bertindak sebagai anti-keradangan. Omega juga bantu legakan batuk, kahak tu kan macam lemak sikit, berlendir, so omega ni dapat cairkan kahak juga( fungsi omega itu sendiri membakar lemak)

Sekian, sedikit perkongsian ilmu yang saya tahu.. Petua-petua ni kena amalkan dan kena sabar ok. sesungguhnya kita berikhtiar, dan selebihnya bertawakallah..

Jika inginkan Omega Guard, boleh hubungi saya...harga special untuk anda semua..konsultasi diberikan dari A hingga Z..

Hanani
SMS/WHATSAPP - 012 3485657
Email- hanani217@gmail.com

16 December 2014

5 Panduan Kekalkan Kulit Segar dan Cantik

Kebanyakan orang memberikan penjagaan yang berat sebelah kepada kulit iaitu organ perlindungan terbesar bagi kita. Kecantikan seseorang tidak tertumpu kepada kulit wajah yang mulus saja, tetapi kesihatan kulit badan secara keseluruhan termasuklah di kaki.

Ramai sanggup berhabis membeli set penjagaan kulit muka. Tetapi tahukah anda sebenarnya kulit kita secara umumnya memerlukan lima perkara untuk kekal sihat dan cantik seperti yang digariskan oleh Pakar Dermatologi di Louisiana, Dr Patricia Farris iaitu:

1. Antioksidan

Kegunaan antioksidan dalam mengekalkan kesihatan kardiovaskular (jantung) dan pencegahan kanser sudah lama diketahui. Ia ditemui dalam banyak makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut dan minyak. Antioksidan melawan kesan radikal bebas yang memusnahkan molekul dan akhirnya merosakkan sel yang sihat. Antioksidan bukan saja bagus untuk kulit bahkan ia memberi manfaat kepada setiap sel di dalam badan.

Ada banyak jenis antioksidan yang berguna kepada kulit, tetapi dua yang mendapat perhatian meluas ialah vitamin C dan E. Vitamin C membantu membina kolagen supaya kulit jadi tegang. Ia banyak di dalam bijirin penuh, epal dan buah-buahan sitrus. Manakala vitamin E pula melindungi membran sel dan merangsang nutrien asas pada kulit untuk melawan kerosakan disebabkan sinaran ultra lembayung.

2. Perlindungan daripada cahaya matahari

Apabila menggunakan krim tabir suria, kita bukan saja melindungi diri daripada penyakit seperti kanser kulit malah mencegah daripada tanda penuaan sebelum waktunya akibat pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.

Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari akan menjadi gelap, cepat berkedut dan kurang elastik berbanding bahagian kulit yang terlindung daripada selaran sinar ultra lembayung.

Kita boleh melindungi kulit dengan menyapukan krim pelindung suria (yang mempunyai SPF melebihi 15 dan perlu disapu 20 minit sebelum keluar rumah) atau memakai baju lengan panjang, topi atau payung.

3. Asid lemak asas (EFA)

Asid lemak asas adalah komponen penting dalam diet sihat. Ia membantu membina membran sel untuk mengekalkan kandungan air dan nutrien dalam badan. Asid lemak ini juga membentuk lapisan minyak yang melindungi kulit daripada kerosakan akibat kesan sinar ultra lembayung dan pencemaran.

Tanpa asid lemak asas ini, membran sel pada kulit tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai pelindung dengan baik. Akibatnya kulit akan mengalami kekurangan air dan mudah menghasilkan sebum yang tidak dikehendaki, akhirnya menyebabkan kulit kering, mudah alami keradangan dan noda.

Sumber asid lemak asas ialah ikan air sejuk seperti salmon dan sardin, minyak kesumba (safflower) dan falxseed, kacang buncis, walnut dan bayam. Anda boleh mengambil makanan tambahan omega-3 untuk memperbaiki kesihatan kulit.

4. Air

Dianggarkan 55 hingga 75 peratus daripada badan manusia terdiri daripada air. Air menyingkirkan toksin daripada badan, membolehkan sel menyerap nutrien dan melancarkan sistem pencernaan. Mungkin ramai tidak sedar badan kita kehilangan air setiap masa melalui pernafasan dan perpeluhan. Jadi untuk memastikan sistem badan berjalan lancar, kita perlu minum banyak air setiap hari.

Kulit juga memerlukan air untuk membuang semua bahan yang boleh mencemarkan kesihatannya dan boleh menyebabkan masalah seperti jerawat. Kulit yang cukup air kelihatan segar, licin dan sihat.

5. Pembersihan
Inilah adalah perkara asas dalam rutin penjagaan kulit. Ia bukan saja menghilangkan kekotoran, pencemaran dan minyak yang membuatkan pori tersumbat, tetapi turut menyediakan kulit menyerap dengan baik bahan aktif daripada produk penjagaan yang kita gunakan.

Bukan semua pencuci adalah sama, sebaiknya carilah pencuci yang bebas sabun. Sabun yang anda gunakan untuk kulit badan tidak sesuai untuk membersihkan kulit muka kerana ia terlalu `kuat'. Pilih pencuci yang sesuai dengan keadaan kulit anda. Apapun jenis pembersih yang anda gunakan, urutkan ia pada muka selama 20 saat supaya ia berpeluang melakukan tugasnya membersihkan wajah anda.

Jom amalkan untuk kulit kekal segar dan cantik sentiasa..

11 December 2014

Atasi Masalah Strechmarks Sepanjang Kehamilan dan Selepas Bersalin

Stretch Marks tu bahasa melayunya bermaksud kesan regangan kulit. Biasanya benda ni selalu ibu mengandung yang ‘dapat’. Perut yang makin membesar, so kulit pun makin meregang. Dianalogikan seperti sebiji belon yang pada asalnya elok bergetah. Apabila ditiup sehingga besar, apabila dilepaskan anginnya, lalu berkedut-kedutlah kulitnya dek regangan tadi.

Bagi saya stretch marks tu tanda kenangan yang paling indah. Tapi, kalau teruk sangat sampai si suami pun tegur..hurmmmm harus lah do something kan. Rasanya ramai yang dah tau cara nak atasi stretch marks iaitu dengan menggunakan lotion/cream ataupun minyak. Actually, untuk atasi stretch marks baik dimulakan sejak preggy lagi.

Biasanya bila perut kita  makin membesar, kulit perut akan makin menegang. Akibatnya kita akan rasa itchy/gatal kat bahagian perut. Kalau boleh nak garu je. Tapi daripada digaru, lebih baik sapukan cream atau minyak supaya rasa gatal tu hilang sikit. Beside hilangkan rasa gatal, cream atau minyak tadi akan halang stertch marks daripada terjadi.

Alhamdulillah sepanjang kehamilan Kasih dan Ammar tiada masalah strechmark melanda...cuma kali ini ada muncul sedikit....awal-awal lagi sebelum perut semakin membesar mrmang saya sapu dengan lotion dan juga herbal blend...test pada diri sendiri dulu...selain daripada itu saya amalkan ESP sepanjang kehamilan...makanya strechmark tu tak jadi nak keluar sangat....orang kata mencegah lebih baik dari mengubati...untuk kulit juga Vitamin C dan B complex banyak membantu...makanya strechmark tu tak jadi nak keluar lagi banyak agaknya...

Pada yang dah bersalin dan ada masalah strechmark cubalah amalkan ESP, Vitamin C dan juga B complex...Add on Vita E untuk hiangkan parut yang lain juga...saya dah, anda patut cuba...mencuba tak salah...lagipun supplement tu semua juga dapat menyihatkan badan malah sebagai milk booster juga...lagilah bulan ni Vita C dan Vita E ada promosi..jimat berganda...

Mrncegah lebih baik dari mengubati...nak dapatkan supplement Shaklee pada harga terbaik beserta dengan consultation dari A hingga Z hubungi saya ye...nak dapatkan lebih info boleh like fan page saya di Sihat Hebat..

Hanani
SMS/WHATSAPP : 012 3485657
Email: hanani217@gmail.com

09 December 2014

Lemak HILANG 21KG dengan Supplement Shaklee

Salam semua...

Saya nak berkongsi testimoni hebat apabila seorang lelaki berjaya turunkan berat badan dengan mengamalkan supplement Shaklee sepenuhnya..

Ha, inilah testimoni hebat dari cucu Shaklee saya....turun 21kg dengan supplement Shaklee sepenuhnya...ni baru ambil 2 produk dah kena sedut lemak cam gini...kalau ambil full set lagilah power....

Yang penting kulit tak menggeleber...reshape cantik dan yang bestnya tak lapar....pada yang nak tau lebih details boleh hubungi saya atau tuan badan sendiri...Kepada Krul Firdaus bersedia dengan pertanyaan yang akan datang bertubi-tubi ye..1 je saya suka sebab katanya makan banyak buat lagi cepat turun...ha!!! camne tu???

Jangan biarkan lelemak di badan anda semakin menebal...cegah sebelum lagi banyak di badan...saya sedia membantu..

Hanani
SMS/WHATSAPP : 012 3485657
Email : hanani217@gmail.com

08 December 2014

JERAGAT ~ Ketahui Punca dan Cara Atasinya

Ramai yang menghadapi masalah jeragat dimuka sering mencari kaedah, teknik, rahsia, panduan, cara bagaimana atau petua menghilangkan jeragat ini. Mereka ingin mencari petua menghilangkan jeragat di muka dengan kaedah dan teknik yang paling baik dan berkesan untuk diamalkan. Mereka mahu menghilangkan jeragat dimuka dengan cepat, berkesan dan tanpa sebarang masalah sampingan kemudian hari.

Apa itu jeragat?
Jeragat adalah masalah kulit yang dihadapi. Jeragat boleh dijelaskan seperti yang berikut.
Jeragat merupakan sejenis penyakit kulit.
Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag.

✔Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
✔Melasme – tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
✔Skin Tag – Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan leher.

Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.

Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.
Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.

Petua menghilangkan jeragat dimuka yang boleh anda cuba amalkan adalah seperti yang berikut. Anda berhak memilih kaedah atau cara yang sesuai dan mudah untuk anda amalkan bagi mengatasi masalah jeragat ini.

Pilihan Petua Untuk Menghilangkan Jeragat Di Muka

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Pilihan 6: Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih telur sahaja) dan 1 biji limau purut atau limau nipis. Tumbuk kunyit hidup lumat-lumat dan campurkan dengan tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pada kulit muka yang berjeragat selama 25 minit sebelum mandi.

Demikianlah dikongsikan mengenai petua menghilangkan jeragat di muka yang boleh anda amalkan dengan mudah.

Terdapat juga produk Shaklee yang boleh menghilangkan jeragat di muka yang boleh anda gunakan.

Ada beberapa produk hilangkan jeragat di muka. Ia mampu menjadikan kulit muka anda licin dan bebas dari parut jeragat.

Anda boleh mencuba amalkan selama 30 hari atau lebih dengan mengambil SET KECANTIKAN SHAKLEE.

INGINKAN KULIT CERAH, CANTIK MENAWAN?
Jika anda inginkan kulit cerah, cantik menawan, kami ada solusinya. Dapatkan SET KECANTIKAN SHAKLEE. Yang pasti ianya SEMULAJADI..Apa yang terdapat di dalam SET KECANTIKAN SHAKLEE dan cara penggunaannya?

Ia akan menjadikan kulit anda cantik, cerah berseri secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Ia juga membantu menghilangkan jerawat dan parut dari dalam secara alami. Membantu kesihatan dan awet muda.

Hubungi saya pengedar Shaklee bertauliah anda untuk cara atasinya...

Hanani
SMS/WHATSAPP : 012 3485657
Email : hanani217@gmail.com

01 December 2014

Rahsia Awet Muda Putih Gebu Sentiasa

[ Nak KULIT GEBU CERAH SEKATA???  ]

Takkan nak biarkan je kulit KUSAM dan tak bermaya???
Muka cerah tapi tona kulit tak sekata, berpasir dan black head merata-rata,
Ditambah dengan jeragat mula keluar sikit demi sikit..Mau tak risau...
Umur muda lagi tapi nampak tua dari usia
Yang lagi sedih SUAMI atau BOYFRIEND tegur kulit muka makin kertu..SENTAP rasanya!!!
Tu yang beria toleh kalau tengok kulit perempuan lain FLAWLESS, GEBU GEBAS lalu depan mata...

Jangan biarkan semua tu terjadi pada diri sendiri...
Ada cara boleh ATASI hanya dengan semulajadi...tak payah nak cucuk sana cucuk sini...buat sakit muka je...

Hubungi saya pengamal cara semulajadi untuk dapatkan kulit CANTIK, FLAWLESS, CERAH SEKATA..

Bukan hanya cantik LUARAN malah cantik DALAMAN juga...full pakej gitu!!! Nak tau apa dia?? Dan bagaimana caranya???

Hubungi saya untuk penyelesaiannya..

Hanani
SMS/WHATSAPP : 012 3485657
Email : hanani217@gmail.com

27 November 2014

Amalan Terbaik Hari Jumaat

HARI Jumaat merupakan penghulu segala hari dalam seminggu. Sebagai umat Islam, kita meyakini bahawa hari Jumaat memberikan kelebihan dan mengandungi keutamaan tertentu berbanding hari lain. Kebiasaannya umat Islam hanya terlintas bahawa kelebihan hari Jumaat hanyalah pada solat Jumaat. Benarkah sekadar itu sahaja?

Hakikatnya terdapat pelbagai amalan lain yang dianjurkan kepada umat Islam untuk mengerjakannya. Antaranya ialah;

1. Mandi sunat Jumaat

Pada hari Jumaat, kita disarankan untuk mandi sunat pada hari Jumaat terutama bagi lelaki yang ingin menunaikan solat Jumaat. Daripada Ibnu Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kalian ingin mengerjakan solat Jummat, maka hendaklah dia mandi. (riwayat Al-Bukhari no. 877 dan Muslim no. 844)

2. Membersihkan gigi dan memakai wangian

Membersihkan gigi sama ada dengan kayu siwak ataupun berus gigi yang ada pada masa kini amat dituntut terutama sebelum mengerjakan solat. Begitu juga anjuran memakai wangian sebelum solat.

Kedua-dua perkara ini antara sunnah yang semakin dilupakan serta kurang diamalkan. Abu Sa’id Al-Khudri berkata bahawa Rasulullah SAW menyarankan agar pada sahabat menggosok gigi dan memakai wangi-wangian pada hari Jumaat semampu yang boleh.

Salah seorang perawi hadis iaitu seorang tabi’in bernama Bukair bin Abdullah Al-Asyajj berkata tentang anjuran memakai wangi-wangian pada hari Jumaat: Meskipun dengan wangi-wangian kaum wanita. (riwayat Muslim no. 846; Abu Daud no. 342)

3. Memperbanyakkan doa

Salah satu doa yang diangkat dan dimakbulkan oleh Allah adalah ketika hari Jumaat. Pada hari Jumaat, terdapat suatu masa yang mana jika seseorang berdoa pada waktu itu, nescaya Allah akan menunaikan permintaannya. Ia merupakan suatu peluang yang telah diberikan kepada umat Islam namun tidak ramai yang mengetahuinya dan beramal dengannya.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Jumaat ada suatu waktu yang mana tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat lalu berdoa tepat pada waktu tersebut melainkan Allah akan mengkabulkan doanya tersebut. (riwayat al-Bukhari no. 935 dan Muslim no. 852)

Para ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai bilakah waktu yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu. Ada yang berpendapat waktu mustajab itu adalah ketika di antara dua khutbah dalam solat Jumaat.

Sebahagiannya pula berpendapat pada waktu Asar. Pendapat yang kuat adalah pada waktu Asar selepas mengerjakan solat Asar sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya. (musnad Ahmad no. 7363)

4. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW

Selawat merupakan tanda kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW. Setiap daripada selawat yang dilafazkan akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Ia juga menjadi zikir yang perlu diamalkan setiap hari untuk melembutkan hati dan menyemai rasa cinta kepada Baginda SAW.

Setiap Muslim disunatkan untuk memperbanyakkan selawat setiap hari terutamanya pada hari Jumaat. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari yang terbaik di antara hari-hari lain, maka perbanyakkanlah berselawat kepadaku pada hari itu (Jumaat) kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku.” (riwayat Abu Daud no. 1531dan An-Nasai no. 1374)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...