Subscribe:

31 July 2013

Status Shaklee, Halal ke?


Sebagai sebuah syarikat nutrisi antarabangsa, Shaklee amat mementingkan kualiti produk–produk yang mereka hasilkan. Setiap produk baru menjalani pemeriksaan ketat, dan diuji agar tidak memudaratkan dalam jangkamasa pendek atau panjang.

Shaklee juga memastikan produk mereka selamat digunakan oleh pengguna Muslim. Ramai yang menganggap, Shaklee adalah HALAL. Tidak kurang juga yang mengganggap Shaklee adalah tidak halal. Namun kedua dua kenyataan tersebut adalah kurang tepat. Shaklee tiada halal atau haramnya. Yang HALAL dan TIDAK HALAL adalah produk–produk keluaran Shaklee.

Tidak semua produk Shaklee dijamin HALAL. Ini kerana Shaklee mempunyai beberapa kilang di seluruh dunia. Namun, untuk pasaran HALAL seperti Malaysia, sebuah kilang di California, Amerika Syarikat dikhususkan bagi memproses segala produk-produk mereka.

Produk kilang ini diakui “HALAL” oleh Islamic Service of America (ISA). Manakala ISA pula adalah sebuah badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Sila rujuk gambar di bawah untuk sijil halal Shaklee dan pngiktirafan JAKIM terhadap ISA.





Manakala, bagi pengiktirafan Jakim terhadap ISA, anda dipersilakan berkunjung ke SINI, atau menghubungi:
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA
Telefon : 03-8886 4000 Fax : 03-8889 2039
Email : webmaster@islam.gov.my
Sijil Halal ini diperbaharui setiap tahun. Sijil yang ada sekarang akan luput pada December 2013.

0 comments:

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...