Subscribe:

03 September 2012

Merancang Jantina Bayi

Tengok pada tajuk memang gempak tapi aku cuma nak bagi info apa yang aku baca dari web pakar sakit puan Dr Hamid Arshat...Pada sesiapa yang dah cuba cara ni mehla berkongsi bersama dan pada yang masih mencuba selamat mencuba ye. Sama-samala kita berdoa semoga diperkenankan doa kita. Amin..so, jom baca artikel kat bawah ni ye.


Merancang anak lelaki

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X danY. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX(anak perempuan).


Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Untuk mencubaanak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1.Makanan yang asidseperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan’.

3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4.Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;

1.Digalakkan memakan makanan yang berasid sepertilimau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain.Pantang memakan makanan laut.

2.Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’

3.Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.


Bila boleh tahu ?


Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur kandungan antara 5-6 bulan.


*artikel diambil dari web http://www.hamidarshat.com/

3 comments:

GOMI JUNG said...

HEHE :) i love baby girl ~ they r so sweet . dan kalau nak shopping baju , semua yang comel comel ~

xoxo said...

wow... info terbaek!!

.::: Princess MOMOY :::. said...

errr... malu tapi itu ilmu kan sis
dalam quran dah bgth cara nak dapat jantina anak
so yang berkaitan ...

thx sharing

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...