
30 September 2012
Tudung Chiffon 3 layer ~ Dengan Harga Yang Murah ~

29 September 2012
Bertambah lagi ahli keluarga baru
Alhamdulillah, BIL aku yang bongsu dah selamat melangsungkan perkahwinan pada 22 september yang lepas. Gambar dari official photographer tak dapat lagi just aku letak gambar-gambar yang sedara-mara amik yang ada dalam facebook saje..dan yang sedihnya takde lak gambar aku dengan pengantin..huhu..mak buyung nak jugak interframe..so, meh layan gambar diorang..
![]() |
Tengok gambar pengantin rasa macam nak bersanding lagi je.. |
![]() |
Ni la biras baru aku..cantikkan..huhu |
28 September 2012
34 weeks
25 September 2012
Kasih di kala 2 tahun 3 bulan
Alhamdulillah, pagi tadi pergi check up baby kat KK semuanya ok..berat bertambah 500g saje. Kedudukan baby menurut kata nurse kepala dah ke bawah. Mintak-mintak betul apa yang dikata. Ok, sekarang ni nak citer pasal anak dara aku sorang tu. Siapa lagi kalau bukan Kasih Nazreen.
Lately, dia beria nak pakai tudung. Aku beli sehelai je. Kalau nak keluar je dia mesti cari tudung dulu..tak kirala pakai skirt ke nak gak pakai tudung..aku kalau dia pakai skirt tak bagi dia pakai..dah macam kelakar je..kalau pakai seluar baru aku bagi..macam gambar kat atas ni, pergi rumah atok cepat-cepat capai tudung...tu sebab pakai baju tidur, kalau tak takde maknanya...sekarang ni wording kasih dah makin clear dan aku makin banyak vocab yang dia tau..tapi kadang-kadang tu aku tak faham juga dia cakap apa...
Sekarang ni kasih makin suka melaram. Kalau pakai baju cantik sikit je, nak pakai lipstik siap eyeshadow ok. Nak cantik punya pasal..so, aku kena letak alat-alat mekap tinggi-tinggi supaya dia tak dapat ambik. Dan yang palin utama Kasih makin melasak. Kadang-kadang tak larat aku nak layan perangai dia..dah sampai 'phase of two'. Memang menguji jiwa dan raga. dengan keadaan aku yang tak larat sangat ni boleh buat hilang sabar. Tapi rasa sangat geram bila dah makin pandai sayang orang lebih-lebih lagi dengan baby. kemain lagi dia cium kalau nampak baby
Rasanya itu saje buat setakat ini..nanti aku update lagi..ni pun untuk peringatan aku di masa akan datang..pape pun mama sayang kasih sangat-sangat tau..
21 September 2012
Chocolate
12 September 2012
11 September 2012
60 days to go..

10 September 2012
Review Legoland


























05 September 2012
WW : Legoland

03 September 2012
Merancang Jantina Bayi
Merancang anak lelaki
Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.
Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X danY. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX(anak perempuan).
Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Untuk mencubaanak lelaki, ikuti garis panduan berikut:
1.Makanan yang asidseperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.
3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4.Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
Merancang anak perempuan
Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;
1.Digalakkan memakan makanan yang berasid sepertilimau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain.Pantang memakan makanan laut.
2.Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’
3.Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.
Bila boleh tahu ?
Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur kandungan antara 5-6 bulan.
*artikel diambil dari web http://www.hamidarshat.com/
01 September 2012
Happy Birthday Sayang
