Subscribe:

11 January 2010

Bestnya ice blended starbucks....


Assalamualaikum.....tengok pic kat atas ni saya jadi mengidam plak...semalam bangun2 tido je mengidam nak minum ice blended kat starbucks...sib baik ada starbucks kat Jusco Taman U..kalau tak jauh gak nak pergi membeli...arini insyallah pas sekolah nak g beli la..huhu....baby yang nak minum sangat ke mama dia yang nak? huhu....alhamdulillah setakat ni saya takde lagi mengidam yang pelik2....memandangkan minggu lepas cek up berat menurun saya jadi sedikit risau...huhu...tapi misi kata kalau turun sikit takpe....bukan apa, nasi saya tak lalu nak makan...nampak nasi je tekak jadi loya...so, saya gantikan dengan roti wholemeal je.....tekak ni kalau tak kena je mesti kuar smula....alhamdulillah arini dah ok....tapi ta boleh melantak sesuka hati plak....minggu ni saya dah 20 minggu merangkap 5 bulan.....baby semakin aktif bergerak....tak sabar nak g scan..maybe bulan depan kot saya nak g scan...perut pun dah semakin berkembang...so, perkembangan minggu ke 20 adalah seperti berikut:

Bayi
Vernis yang merupakan sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Bayi anda kini berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm.

Tubuh
Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing. Masalah ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak. Makanan yang terlalu pedas bergoreng pun perlu dikawal pengambilannya.
Semoga semuanya selamat dan sempurna...amin...

3 comments:

f a i z a h 's said...

Erk...mcm sedap je...mcm nk ngidam jgk je...huhuhuhu

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

sedapkan...pasni faizah g beli ta..baby dah teringin tu..huhu

xoxo said...

HIK3...anak ko mmg bersera la nani..
tp pelik la nape xlalu mkn nasik..
bile nak jumpe ni...
lama xjumpe ko..

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...