Subscribe:

26 June 2012

Persamaan & Perbezaan dengan pasangan korang

Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari kita. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya. Harini saje je aku up kan topik persamaan dan perbezaan dengan pasanagan. Tak kirala suami ke tunang ke atau boifren. Yang penting pasangan korang. Mesti setiap orang idam-idamkan pasangan yang memahami, penyayang dan sebagainyalah. Bab cantik dan kacak tu boleh tolak tepi, yang penting hati pasangan tu.

Ada setengah orang suka dengan persamaan yang banyak dan perbezaan yang sedikit. Jadi, senang dekat situ. Pemikiran yang sama, tapi bila semua dah sama, lama-kelamaan keadaan tu akan jadi membosankan. Tiada kelainan langsung. Jika terlalu banyak PERBEZAAN pula, akan jadi selalu bertengkar pula. Masing-masing keras kepala. Tak jadi jugak kat situ kan? Bagi aku dan suami kitorang ni ada gakla beberapa persamaan dan perbezaan.

Persamaan :

1. Suka tengok movie
2.Suka makan steambot
3.Suka berjalan aka Melancong.
4.Suka dengan kereta.
5.Suka makan kek
6.Suka cuba sesuatu yang baru

Perbezaan:

1. Aku suka berenang, suami jangan harap sebab dia tak pandai berenang..huhuhu
2.Aku suka shopping atau window shopping, suami masuk mall stengah jam dah rasa macam 5 jam
3.Aku suka shushi, suami memang tak suka
4.Aku suke gi kenduri kawen sebab dapat makan, suami kemain liat lagi.

Aku rasa ni antara persamaan dan perbezaan kitorang suami isteri..ada lagi rasanya. Nak listkan bosan lak korang baca nanti. So, tepuk dada tanya selera bagi yang baru nak memilih pasangan hidup. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan kita dengan pasangan kita.

3 comments:

NURUL JAMIAN said...

mcm nurul yg paling ketara berbeza bini suka bola suami tak suka bola.

yg ketara suka suami isteri suka color biru, suka makan ketam

Kesuma Angsana said...

mmg banyak beza tapi kasih sayang ttp sama he he he.. slm kenal n dh follow u 97

Hanani said...

nurul : terbalik lak nurul dengan suami ye..biasanya lelaki yg sukakan bola.

kesuma: tq sudi singgah blog saya dan jadi follower yang ke 97..saya sudah follow awak juga..blog awak sangat mantap

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...