Subscribe:

25 June 2012

Cucur bawang + sosej + kentang

Harini aku nak share resepi cucur bawang yang simple je. Aku kalau dah buntu sangat nak bagi anak makan ni jela aku msakkan. Cepat dan ringkas. Tapi mengenyangkan juga. Ini adalah resepi cucur bawang ekslusif untuk Kasih. Biasa lah Cucur Bawang, kan? Tapi ni resepi style aku yang nak bagi anak makan. Biasanya Kasih makan je cucur bawang yang aku masak tapi macam nak sedapkan lagi aku letak sosej sikit.
Bahan :
Tepung Gandum
Telur
Sosej
Bawang
Kentang
Daun sup
Air
Minyak Untuk Mengoreng
( Semuanya secukupnya yer. )
Cara :
1. Potong dadu untuk bawang, kentang, sosej.
4. Campurkan semua bahan - tepung gandum, telur, bawang besar, daun sup dan ikan bilis.
5. Masukkan air dan adunkan sehingga jadi bentuk yg boleh digoreng. Kalau nakkan cucur yg lembut (garing luar, lembut dalam) biarkan adunan cair sedikit.
6. Biar sebentar, dia akan naik sedikit (ada buih-buih). Kalau terus goreng nnt keras pula sebab tak letak baking powder/soda. Sebab tu aku letak telur nak bagi lembut. Tak letak pun takpe.
7. Panaskan minyak dan goreng.
8. Hidangkan panas dengan sos cili atau sos tomato untuk si comel korang
Gambar tak sempat snap. Kredit to Google.
*Selamat mencuba. Bagi resepi macam grand sangat masaknya. Hehe.

2 comments:

deena awanis said...

meriah bukan main cucur dia!

Hanani said...

saje je letak byk bhn. Bg lambat lapar. Hehe

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...