Subscribe:

22 November 2014

Tumit Kaki Pecah???

Tumit kaki pecah-pecah dan semakin teruk..ada yang akan menyebabkan luka pada tumit yang pecah jika dibiarkan...Atasi masalah tersebut sebelum tumit kaki melarat pecah sana-sini..

Antara faktor yang menyebabkan tumit merekah:
🍁Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar.
🍁Obesiti – Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. 🍁Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan tersebut.
🍁Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit.
🍁Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
🍁Kelenjar peluh yang tidak aktif.
🍁Masalah kaki leper.
🍁Memakai kasut yang terlalu ketat.
🍁Kencing manis.

beberapa petua yang boleh dicuba:

Petua 1:
Masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam air suam di dalam besen. Rendamkan kaki ke dalam besen tadi dalam 1/2 jam. Lakukan sampai tumit kakai kembali seperti biasa.

Petua 2:
Sapukan lotion HERBAL BLEND di tapak kaki sekurang-kurangnya 2x sehari. Lakukan sehingga sembuh. Losyen ni sejuk dan berangin. Bukan setakat orang dewasa je boleh guna, bayi yang ada masalah ruam lampin atau Eczema pun sesuai pakai losyen ni. beberapa petua yang boleh dicuba:

Petua 3:
Sapukan getah betik muda ke tempat yang merekah. Lakukan sehingga sembuh.

Petua 4:
Gosok tumit kakai denga belimbing buluh, kemudian berus dengan berus yang lembut. lakukan selalu agar cepat sembuh.

Petua 5:
Rendam kaki ke dalam air suam, gosok tumit dengan bawang putih.

Petua 6:
Gunakan selipar di dalam rumah.

Selamat mencuba ya!

0 comments:

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...