Subscribe:

16 November 2014

Suntikan Vitamin C untuk Wajah

Suntikan Vitamin C : Baik atau buruk?

Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan dan setiap wanita pastinya mahu kelihatan menawan, anggun dan cantik. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kaum Hawa untuk menjaga kecantikan luaran dan dalaman seperti membeli produk kecantikan yang murah dan mahal serta pergi ke pusat rawatan kecantikan pada setiap bulan. Tetapi baru-baru ini kaedah rawatan kecantikan yang semakin popular iaitu suntikan kecantikan telah menjadi pilihan wanita kerana kesannya yang cepat berbanding jika kita ambil vitamin kecantikan dan juga harganya pula tidak terlalu mahal.

Apabila suntikan dilakukan, vitamin akan menyerap ke bahagian sistem badan yang memerlukannya. Berlainan pula dengan pengambilan vitamin C, ada kebarangkalian vitamin itu tidak sampai kepada sistem tubuh yang memerlukannya. Sebaliknya, ia disingkirkan ke bahagian lain yang tidak berkenaan.

Tetapi perlu diingatkan , ada beberapa faktor yang perlu anda ambil berat sebelum mengambil suntikan iaitu seperti keaslian bahan, bahan kimia apa yang terdapat dalam bahan, tarikh luputnya yang sudah tamat tempoh atau bahan-bahannya yang tidak bersesuaian dengan badan, kerana ia akan memberikan kesan sampingan yang negatif jika tidak diendahkan.

Sekiranya vitamin C diambil secara berlebihan, ia boleh mengakibatkan masalah pada buah pinggang, masalah tulang menjadi nipis dan masalah alergi. Bagi mereka yang menghidapi masalah gastrik pula, tidak disarankan mengambil vitamin C kerana ia mengandungi sejenis asid yang dinamakan askorbic yang akan membuatkan masalah gastrik anda bertambah teruk. Pada yang mengambil suntikan juga, anda dinasihatkan supaya jangan biarkan perut anda kosong sebelum melakukan suntikan vitamin C dan juga perlu meninggalkan nikotin dan rokok kerana ia bukan sahaja akan memusnahkan vitamin baru tetapi juga yang sedia berada di dalam badan.

Suntikan vitamin C telah digunakan sejak 30-40 tahun dahulu dengan bertujuan untuk menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia.

Radikal bebas akan menjadikan kulit kita rosak, kusam, berkedut serta muncul pigmen hitam dan menjadikan kulit tidak cantik seperti dulu. Jadi vitamin C ini digunakan sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas dalam badan kita. Fungsi vitamin C juga berperanan untuk meremajakan kulit, mencegah penuaan dan menghalang sinaran matahari yang boleh menimulkan gangguan kulit. Dan proses terakhirnya menjadikan kulit kita lebih sihat, cantik dan cerah.

Selain itu, dibawah merupakan beberapa manfaat yang boleh kita dapat daripada vitamin C

1. Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

2. Menghalang penyakit Skurvi : Penyakit yang disebabkan kekurangan Vitamin C dalam makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit dan lain-lain.

3. Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.

4. Menguatkan dinding salur darah.

5. Menolong pembentukan tisu gentian dan mengurangkan kedut pada kulit.

6. Menjadikan kulit lebih cerah, menghilangkan jerawat dan pigmentasi.

7. Menjaga kesihatan otot dan mencantikkan serta menghaluskan kulit.

Tepuk dada tanya hati samada mahukan yang semulajadi atau tidak untuk diri kita....jangan hanya memikirkan jangka masa pendek tetapi akan datang akan merosakkan diri sendiri...

Untuk dapatkan Vitamin C semulajadi dan tahan lama boleh hubungi saya samada SMS / Whatsapp atau email ye...memang berbaloi...

Hanani
012 3485657
hanani217@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...