Subscribe:

01 December 2012

Petua ubati selsema

Harini sampai 2 entry aku buat. Nampak sangat takde keje. Almaklumla tengah pantang :). Aku nak share petua ubati selsema tanpa makan ubat. Acane tu? Aku memang amalkan petua ni kat Kasih sejak dari baby lagi kalau dia kena selsemala. Caranya senang saje. Ambil kunyit, then ketuk sikit kat hujung guna lesung sampai ada keluar air sikit. Pastu kunyit tu letak kapur sikit. Pastu letak kat batang hidung anak. Kalau baby letak kat batang hidung dgn dua-dua tapak kaki dia. Insyalah, hingus akan cair dan cepat sembuh. Aku amalkan kat Kasih alhamduilillah sehari je selsema dia. Amalkan sehingga sihat ye. Kat gambar tu mak aku yg letak kunyit kat hidung Kasih. Da macam lukisan apa je. Hehe. Ok, selamat mencuba ye :)

4 comments:

QA's ~ mamapapa said...

maksud nani air kunyit tu yg campur ngan kapur ke?bgus ni petua ni...nk try buat kt my youngest yg tgh selsema skrg..nani ada petua utk hilangkan kahak bebudak ni x?

Ana Lyana said...

ok boleh cuba balik kang. zara dah seminggu selsema ni..

Hanani said...

qa mama: kunyit yg dah diketuk sikit kat hujungnya tu akan keluar air sikit then colek hujung tu dgn kapur sikit. tak silap nani nak hilangkan kahak dan batuk cer try bagi madu campur limau sikit..

ana:semoga zara cepat sembuh.bila anak sakit kita yg risau.

ibu humaira said...

ita, gune minyak terapi yang mar jual tu sangat ok tau. dah jarang selesema klau selesam pon sehari 2 jek...

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...