Subscribe:

19 August 2010

Susu ibu vs susu formula...

Dari tajuk yang saya tulis kat atas tu pun mesti korang tau kan..lebih2 lagi yang ebf baby masing2..saya bukan nak condemn orang yang bagi anak guna susu formula tapi saya geram sangat pada orang yang selalu berfikiran negatif bila kita nak ebf anak kita..baru2 ni saya sendiri yang alami..ada sorang hamba Allah ni boleh cakap yang ebf ni leceh la itula inila...yang tak bestnya dia cakap kat saya yang baby awal2 ni bolehla saya ebf tapi dah makin besar nanti mesti guna susu formula jugak sebab susu badan bukan boleh kuar banyak...lagipun dia cakap saya kan keje,leceh je nak pam2 ni..yg pam susu tu saya bukannya dia tapi dia lak sibuk2...geram saya nih..huhu..ada plak cakap camtu..patutnya bagila sokongan moral sikit..kalau dia tanak ebf dah la..emosi saya dengar kalau orang berfikiran negatif dengan susu ibu nih..nak je saya bagi statement susu ibu vs susu formula..orang yang cakap kat saya camtu dah ada anak 2 dan dia memang bagi anak dia minum susu formula jek..kalaula sume ibu2 berfikiran camtu siannya anak2 kita kan...alhamdulillah saya mempunyai family yang support saya nak ebf Kasih sampai 2 tahun..memula tu diorang risau takut susu tak banyak nak supply time keje tapi alhamdulillah,dah memang niat saya nak ebf tu yang ALLAH perkenankan..amin...so,kepada ibu2 yang sentiasa berfikiran negatif tentang susu ibu bolehla baca statement kat bawah ni ye...

Kebaikan Susu ibu

Susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi. Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.

Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan. Susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan. Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.

Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan. Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.
Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari. Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

FAEDAH TERSEMBUNYI

Terdapat banyak faedah lain yang diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat.
Mungkin kebaikan-kebaikan ini nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian. Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu. Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, membolehkan ibu bapa bekerja dengan senang hati tanpa perlu mengambil cuti untuk menjaga anak yang tidak sihat, selain meningkatkan produktiviti. Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut. Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu
ibu jarang sakit. Katakan jika kita memilih untuk membeli pam pemerah susu yang mahal, kos pembelian itu masih murah dibandingkan dengan kos untuk susu formula yang perlu dibeli setiap bulan. Pam yang menggunakan bateri walaupun berharga lebih kurang RM200, boleh digunakan sehingga dua atau tiga tahun. Jika susu formula, setin berharga lebih kurang RM30. Berapa jumlahnya sebulan? Berapa yang boleh dijimatkan dalam setahun?
Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.

KEKURANGAN SUSU FORMULA

Antara kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12. Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan. Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap, katanya. Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna. Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi, ia masih boleh membahayakan bayi.
Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih. Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu. Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada. Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.

p/s: so, dengan serba sedikit info dapatlah memberi kesedaran yang betapa pentingnya susu ibu kepada anak kita...

6 comments:

Dayu said...

ye..tak perlu nak kondem niat dan usaha org
tak bagi support pun takpe
asal jgn nak runtuhkan semangat org
ko tak nak buat sudah
jgn nak sibuk2 lecehkan org
pedulikan nani..yang penting kita tahu tujuan kita

Hanani said...

tu la pasal dayu..geram jek nani dengar time dia cakap tuh...yang penting kita puas kan..huhu..

f a i z a h 's said...

haha~ sy pn ada berhadapan dgn situasi gitu siap wat muka lg oke sy sibuk2 usung2 pump bagai...kita yg xrasa susah dia lak yg rasa susah...ntah apa2 je...hihi

Hanani said...

memang ada orang camtu eh faizah...lawak pun ada kan..biaq pi la kat diorang kan...asalkan kita tak ganggu diorang dah cukup baik..

armouris said...

info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALU - Masalah Penyusuan Bayi

Hanani said...

tq armouris for the info...

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...