Subscribe:

12 September 2014

Tips Atasi Masalah Jerawat Dengan Mudah

Jerawat bukan sahaja dilihat satu masalah yang menyebabkan rupa sebenar individu seolah-olah `terlindung', tetapi memberi kesan besar kepada emosi sehingga mampu mengurangkan hubungan sosial dan keyakinan diri.

Kajian menunjukkan, masalah jerawat `menyerang' hampir 80 peratus masyarakat di negara ini terutama golongan remaja sekitar peringkat umur awal persekolahan menengah hingga awal 20-an.

Keadaan ini terjadi disebabkan perubahan hormon remaja yang berlaku sejak usia kanak-kanak hingga dewasa.

Bagaimanapun, jerawat yang teruk mungkin disebabkan faktor penyumbang tambahan seperti jangkitan kuman melalui penyakit, alahan, ketidakseimbangan melampau hormon dan kesilapan aspek penjagaan kulit.

Tip atasi masalah jerawat

1 Cuci Kulit Wajah

Lakukan pencucian dan pembersihan wajah paling kurang dua kali sehari melalui urutan ringan di seluruh wajah, menggunakan pencuci khas bertekstur lembut (beli mengikut jenis kulit wajah sama ada normal, kering, berminyak atau sensitif).

2 Jangan Memicit Jerawat

Anda dilarang memicit jerawat. Sekiranya berlaku, perkara ini boleh memburukkan keadaan kulit dan berisiko meninggalkan parut kekal. Berjumpalah pakar kulit bertauliah atau pakar dermatologi sama ada di hospital atau klinik untuk mendapatkan khidmat nasihat mengatasinya.

3 Gunakan Krim Pelembap

Pancaran sinaran Ultra Lembayung (UV) yang terkena pada kulit wajah walaupun sedikit akan merosakkan struktur protein dan DNA, justeru bagi mengatasi keadaan ini, sapukan pelembap kulit wajah yang mempunyai pelindung sinaran UV setiap kali keluar rumah pada waktu siang.

4 Elak Tukar Produk Penjagaan Wajah Secara Kerap

Janganlah selalu menukar produk pembersihan dan kecantikan wajah. Ini akan menyebabkan keradangan atau alahan pada kulit, sebaliknya gunakan sesuatu produk sehingga nampak kesan nyata dan jika kurang sesuai, baru ditukar.

5 Pakai Bedak Muka Berasaskan Mineral

Elak menggunakan bedak padat kerana span yang digunakan berkali-kali dan lembap di dalam bekas akan menggalakkan pembiakan bakteria, lebih baik gunakan bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing kerana anti-inflammatori, tidak menutupi pori dan teksturnya kering.

6 Amalkan Pemakanan Sesuai
Individu mengalami masalah ini terutama jenis serius perlu mengurangkan pemakanan berminyak dan pedas.

7 Minum Air Kosong

Amalkan meminum air kosong dalam kuantiti yang banyak setiap hari, sekurang-kurangnya tiga liter, bertujuan memastikan keadaan dalaman badan sentiasa bersih dan kurang toksik.




0 comments:

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...