Topik hari ni, nak kongsikan tentang Omega 3. Apa sebenarnya Omega 3 tu?
Dalam bahasa ringkasnya, Omega 3 sebenarnya ialah sejenis lemak baik untuk tubuh kita. Selalunya, kita dengar lemak adalah sangat tidak baik untuk kita. Tapi berbeza pula dengan Omega 3 ni. Selain Omega 3, ada juga beberapa lagi jenis lemak yang penting untuk tubuh.Apa sebenarnya fungsi dan khasiat Omega 3? Penting sangat ke untuk tubuh? Kekurangan Omega 3. Pengambilan Omega 3 sebagai nutrisi harian adalah sangat penting seperti vitamin dan zat-zat yang lain. Kekurangan Omega 3, paling mudah kita boleh lihat pada kondisi kulit kita. Kalau tengok pada kulit kita dalam keadaan kering yang amat, itu adalah salah satu petanda anda kekurangan Omega 3.
Lemak Baik vs Lemak Jahat
Omega 3 juga sebenarnya membantu mengawal kadar lemak jahat dalam badan. Omega 3 membantu pemecahan lemak jahat, lebih banyak ketika anda sedang bersenam. Jadi, kalau ada orang yang dah bersenam tapi berat badan susah nak turun, mungkin boleh tambah Omega 3 dalam pengambilan nutrisi harian.
Tingkatkan Metabolisma
Omega 3 mengandungi EFA. Ianya berfungsi mengeluarkan hormon untuk mengawal pencernaan dan pengeluaran insulin dalam tubuh. Apabila karbohidrat ditukarkan kepada lemak (proses metabolisma), insulin akan mengurangkan jumlah lemak yang digunakan untuk tenaga, sebaliknya lemak tersebut akan disimpan dalam tubuh. Pengambilan Omega 3 membantu mengurangkan pengeluaran insulin dan membolehkan lemak yang tersimpan ditukarkan kepada tenaga.
Perkembagan Otak
Omega 3 juga mengandungi DHA. Bagi seorang pelajar atau kanak-kanak, DHA amat penting untuk otak dan daya tumpuan semasa belajar. Bagi orang dewasa juga penting, bagi memastikan otak anda berfungsi dengan baik untuk melakukan kerja harian dengan lebih baik tanpa cepat keletihan.
Omega 3 untuk Kecantikan
Bagi wanita-wanita yang nak dapatkan kulit yang lebih cantik, anda memang patut ambil Omega 3. Kenapa? Omega 3 sebenarnya membantu mengurangkan masalah jerawat, keradangan kulit, kulit kering dan kedutan awal usia. Pengambilan Omega 3 dapat menghasilkan kulit yang lebih anjal, lembut dan lembap.
Omega 3 juga membantu mengurangkan kerandangan pada sendi, mengurangkan kolesterol dalam badan, membantu masalah jantung dan semestinya dapat membantu mengelakkan penuaan awal.
Macam Mana Nak Dapatkan Omega 3?
Omega 3 boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan salmon, kekacang seperti badam, telur dan beberapa jenis sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan salad.Cara lain paling mudah untuk dapatkan Omega 3 adalah dari suplemen atau makanan tambahan dalam bentuk kapsul.
Macam mana nak dapatkan Omega guard?
Boleh hubungi saya samada SMS/WASAP 012 348 5657.
Harga semestinya paling best untuk anda. Lagilah tengah promo bulan ni. Harga jatuh menjunam.
0 comments:
Post a Comment
TQ so much for the comment for my entry...