Subscribe:

18 April 2012

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...

Salam semua. Dah lama aku tak update blog kan? Sebabnya kerana alahan aku dah semakin menjadi-jadi. aku ingatkan pregnant kali ni takde alahan macam expecting kasih dulu tapi hanya sangkaan sahaja tapi alhamdulillah kali ni alahan aku tak teruk sangat sebab aku masih boleh makan dan tak pening sangat macam anak pertama. Aku perasan start 9 minggu alahan baru nak bermula. Antara alahan yang aku alami :

1. Start pukul 6 nak ke malam tu lepas makan je tekak dah rasa semacam je. Kembang semangkuk je dan kalau tak tahan sangat apa yang aku makan akan keluar semula.

2. Mengantuk yang teramat sangat. Nasib baik Kasih pun tidur awal sekarang. Paling lambat aku tidur pukul 10.30 malam.

3. Tak boleh bau minyak dan tumis-tumis ni tapi kalau pagi-pagi boleh pulak. Tu yang aku masak awal-awal sebelum tekak kembang.

4. Suka makan yang manis-manis je. Asam makan jugak tapi dah lama rasa nak muntah je.

5. Buah yang paling suka adalah mangga manis. yummy

6. Aku suka makan ketam. tak kirala masak apa.

7. Hari-hari makan nasi paprik pun takape. yang penting sedap. Aku boleh makan time malam tapi yang beli kat kedaila. Kalau aku masak semua rasa tak sedap.

8. Suka marah-marah tapi part nak marah kat kasih kena control gak kalau tak sian tengok muka dia.

9. Cepat sangat penat dan yang penting perut yang kedua ni cepat naik dari yang pertama. Tak sempat nak amik gambar lagi. Nanti korang terkejutla tengok

10. Muka ada naik jerawat dan kulit tak sekata. Rambut gugur kemain lagi yang kali ni. Kalai time kasih dulu tak payah beria nak berjaga sangat cantik je kulit muka dan rambut pun tetiba je cantik bersinar..haha.. dah macam iklan pulak.

Ni la antara alahan yang aku rasa sepanjang 10 minggu pregnant yang kedua ni. Dan kasih sangat suka melekat dengan aku sampai aku naik rimas kadang-kadang. yela, dahla, kepala ting tong pastu anak asekla nak meragam je. penat wei tapi aku gagahkan diri juga. Lupa pulak, kali ni aku boleh lagi nak mengemas rumah tapi bila dah serabut sangat baru aku hegeh-hegeh nak kemas kalau tak aku biar jugak. disebabkan aku time pagi sangat cergas tu yang time weekend je, bangun pagi-pagi kemas segala mak nenek yang menyakitkan pemandangan mata sebelum tak larat nak buat semua. Ni pun kepala ting tong mengadap lappy lama-lama. jadi pening-pening lalat. semoga aku tabah hadapi semua ni. Baru 10 minggu ni. its a long journey to go. doakan aku ye kawan-kawan.

2 comments:

KAK RAINBOW said...

take care nani

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

alamak nani cam janji same preggy...ehehehe...kasih ada kawan...mya pun ada kawan gak ehehehe...tapi cam yanty due dulu jerk ni...eheheh

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...