Subscribe:

29 June 2014

Mencari side income atau pasif income dengan mudah untuk jangkamasa panjang

Di Malaysia, ada hampir 30 juta rakyat. Tahukah anda, sebahagian besar daripada 30 juta rakyat Malaysia memilih untuk hidup biasa-biasa.
Mereka bergantung sepenuhnya kepada gaji yang mereka peroleh daripada kerja mereka.
Sebelum saya pergi lebih jauh, suka saya kongsikan dengan semua jenis-jenis ‘income’ yang boleh kita peroleh.

1. Main Income – Ini adalah sumber pendapatan utama dalam hidup kita.

2. Side Income – Ini adalah sumber pendapatan sampingan yang kita peroleh hasil daripada bisnes yang kita jalankan secara sampingan.

3. Pasif Income – Ini adalah sumber pendapatan yang kita peroleh hasil pelaburan yang kita jalankan.
Masalahnya, di Malaysia majoriti rakyat Malaysia hanya mempunyai satu sumber pendapatan sahaja iaitu daripada ‘Main Income’ sahaja.

Sebenarnya, bukan mereka tidak mahu mencari ‘Side Income’ atau ‘Pasif Income’. Tetapi majoriti rakyat Malaysia merasakan yang mereka ‘OK’ untuk hidup biasa-biasa.
Mereka Ok? ‘Oklah sangat……………….’

Jom, saya kongsikan dengan semua  mengapa kita semua perlu mencari ‘Side Income’ sebagai tambahan kepada ‘Main Income’ kita.

1) Sedarkah kita? Setiap tahun kadar inflasi di negara kita semakin meningkat. Nilai wang RM50 lima tahun yang lepas tidak sama dengan RM50 hari ini.
Dan nilai ini akan semakin menurun pada 5 tahun akan datang. Kita boleh bawa RM50 untuk pergi ke pasar malam 5 tahun lepas. Tapi, sekarang kita perlu membawa RM100 untuk membeli barangan yang sama.
Nilai wang semakin rendah.
Kadar peningkatan gaji kita mungkin tidak mampu menyaingi kepantasan kenaikan kadar inflasi.
Jika kita tidak bertindak, saya khuatir suatu hari nanti kita akan menyesal kerana kita tidak bermula hari ini.

2) Sekarang ini, keadaan ekonomi di Malaysia semakin meruncing. Nilai wang semakin mengecil.
Pada tahun 2015 nanti, akan bermula perlaksaan GST oleh kerajaan. Perlaksanaan GST ini pasti akan menaikkan harga KOS SEMUA BARANGAN di Malaysia.
Soalan saya, apakah persediaan kita untuk menghadapi GST ini?
Jika kita tidak bertindak sekarang, saya khuatir apabila sampai masanya nanti, kita akan mula tersepit akibat kekangan kewangan yang meruncing.
Mengapa tidak kita sediakan payung sebelum hujan.

3) Kos sara hidup sekarang semakin meningkat. Kadar tol naik, harga petrol naik, harga diesel naik, harga gas naik, tariff elekrtik naik, tariff air naik. Semuanya naik.
Yang tak naik mungkin satu saja. Iaitu pendapatan kita.
Jika u all perasan, semakin hari semakin ramai yang tersepit dengan hidup mereka hari ini.
Mengapa mereka tersepit? Kerana mereka tidak bertindak satu atau dua tahun yang lepas. Mereka memilih hidup biasa-biasa.
They just go with the flow.
Dan mereka mula merasai kesannya pada hari ini.
Sebab itulah saya ingin membuka minda u all untuk berubah ke arah hidup yang lebih luar biasa sekarang ini.

4) Kita perlu B.A.N.G.K.I.T sekarang ini. Kita mesti berani untuk berniaga. Kita mesti mula bertindak.
Sekiranya kita merasakan inilah masanya untuk kita berubah, kita mesti mula membuat keputusan.
Saya mencadangkan, jika kita langsung tak pernah berniaga, kita boleh mula belajar berniaga secara kecil-kecilan dahulu, dengan modal yang sangat minimum.
Dan kita perlu bermula sekarang.
Nak berniaga hari ini, tak sama macam nak berniaga dahulu. Sekarang kita lebih banyak peluang untuk berniaga.
Nasihat saya, buatlah apa sahaja perniagaan. Yang penting, kita belajar UNTUK MENGUBAH HIDUP.

5) Pesan Imam Hassan Al Banna. “Berniagalah Sekalipun Kamu Telah Kaya.”
Carilah pendapatan sampingan. Buatlah sebarang bentuk perniagaan.
Malaysia negara kita. Tempat tanah tumpah darah kita.
“Kita Tidak Berhak Menjadi Miskin. Kita Mesti Menjadi Kaya. Hidup Di Malaysia Tetapi Tidak Kaya Adalah Amat Malang.”
“Untuk Kaya, Kita Boleh Buat Dua Perkara. Pertama, Kita Mesti Bekerja Keras Agar Dapat Naik Pangkat Secepat Mungkin, Supaya Memperoleh Gaji Yang Lebih Besar."
"Jika Kita Tidak Mampu Melakukan Pilihan Yang Pertama, Kita Hanya Ada Pilihan Yang Kedua, Iaitu Berniaga.”
Ulang kaji kembali tips-tips yang telah saya berikan.

Semoga, segala tips yang saya berikan ini dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada semua.
Saya doakan, ‘semua Kaya dan Berjaya’.
“Alang Alang Hidup, Biar Jadi Kaya”
“Alang Alang Kaya, Biar Jadi Jutawan Bertakwa"

Hubungi saya jika berminat mencari sama ada side income atau pasif income secara part time atau sepenuh masa..hanya bermodalkan rm65 untuk seumur hidup...

Hanani
SMS/WHATSAPP - 012 3485657
Email: hanani217@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...