Subscribe:

05 June 2014

Kolestrol tinggi walaupun badan kurus?

Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah adalah penyumbang besar kepada sakit jantung dan strok. Dan tahap yang tinggi itu boleh disebabkan diet, keturunan atau kedua-duanya sekali, di samping gaya hidup yang tidak aktif.

Jika diet adalah antara punca utama kepada masalah ini, maka sebaiknya kita mengambil langkah-langkah awal menjaga pemakanan. Antara yang boleh dilakukan ialah:

1. Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.

2. Anda juga boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Sekiranya anda memilih diet sebegini, kemungkinan pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan diluar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola. Lebih baik, ialah menyediakan makanan sendiri, dan gunakan minyak yang berlabel monounsaturated atau polyunsaturated.

3. Makan lebih kanji dan fiber. Makanan sebegini lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.

4. Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan-makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Untuk pengetahuan, makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ini baik untuk jantung anda.

5. Diet yang sihat sahaja tidak memadai, anda juga perlu bersenam. Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stres.

6. Jika terasa berat badan berlebihan, berusahalah untuk mengurangkannya. Perhatikan juga tubuh anda, jika bahagian perut dan tengah badan disaluti banyak lemak, itu adalah petanda meningkatnya risiko penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain.

Info Ringkas:

* Terdapat dua jenis kolesterol: Low-density lipoprotein (LDL) dan High-density lipoprotein (HDL). Tahap LDL yang tinggi tidak baik untuk tubuh, sebaliknya, tahap HDL yang tinggi pula baik untuk badan. Tahap kedua-dua kolesterol ini perlulah seimbang mengikut keperluan tubuh.

* Jika tahap kolesterol keseluruhan tinggi disebabkan kandungan LDL yang berlebihan, anda berhadapan lebih risiko penyakit jantung atau strok.

* Tahap kolesterol keseluruhan:
Kurang 200 - tahap terbaik. 
200 to 239 - tahap sempadan tinggi 
240 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

* Tahap kolesterol LDL:
Bawah 100 - ideal bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.
100 to 129 - menghampiri optimal. 
130 to 159 - sempadan tinggi. 
160 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

* Tahap kolesterol HDL:
Kurang daripada 40 - bermakna anda lebih berisiko menghidapi penyakit jantung. 
60 atau lebih - amat kurang berisiko menghidapi penyakit jantung. 

Kredit to sajionline.com

0 comments:

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...