Subscribe:

12 June 2013

Dia dipinjamkan setelah hampir 2 bulan bersama..


Dia dipinjamkan 2 bulan je bersama dengan aku. Mama love u sayang. Sekarang aku faham bagaimana perasaan sebenar erti KEHILANGAN. Sememangnya ALLAH lebih mengetahui semuanya. Pada rakan-rakan twitter ramai yang dah tahu. Terima kasih atas kata-kata semangat dan doa yang diberikan. Ya, 2 bulan lepas aku dapat tahu yang aku PREGNANT lagi sekali. Memang tak terduga kerana aku dan suami tak plan langsung. Segalanya berlaku seperti mimpi. Tiba-tiba je. Tapi kalau dah rezeki aku terima dengan rela hati. Mana taknya anak yang number 2 baru 6 bulan ko dah pregnant lagi. Tapi dah rezeki aku terima. Yang paling tak sangka selama 2 bulan pregnant memang aku tak ada sickness langsung. Aku agak aku pregnant bila tengok period macam tak muncul-muncul lagi. pelik di situ sebab period aku memang punctual tiap-tiap bulan. tapi aku syak sebab penat sangat. Then aku tak puas hati lagi sebab kenapa tekak aku rasa tak sedap je. Aku akan rasa tekak rasa macam tu bila aku pregnant je. then aku pun terus beli upt. balik je terus aku test dan keputusan sangat tak terduga. DOUBLE LINE disitu ok. aku macam tak percaya sungguh. memang tak percaya sebab dah buat protection tapi terlepas pula. ni lah dikatakan kuasa ALLAH tak siapa menduga. aku dan suami sangatla terkejut tapi kami berpegang pada rezeki ALLAH nak bagi.

Aku pun menjalani kehidupan sebagai ibu mengandung lagi tapi kali ni dengan ada anak berumur 3 tahun dan 6 bulan. memang agak penat dengan Ammar yang dok meragam nak ada orang depan mata je dan nak dukung je. tapi aku hadapi dengan sabar dengan bantuan suami. alhamdulillah aku tak mabuk macam biasa. dan dapatlah lakukan rutin harian dengan selesa. Tapi rupanya ada hikmah semua tu berlaku..

Kelmarin kan hari pertama start sekolah, pagi tu tetiba aku rasa macam ada something keluar kat mis V aku. pergi tandas then tengok ada spotting darah warna coklat. aku ok lagi sebab ingatkan implantation berlaku macam time kasih. tapi perut aku rasa tak sedap. Balik rumah aku rest sekejap then tengok makin banyak darah keluar siap ada ketul-ketul lagi ditambah dengan sakit perut sikit. Terus aku pergi klinik cek kenapa. Then doc scan janin still ada dan ada denyutan disitu. aku bersyukur takde pape yang berlaku. then malam tu tak rasa sakit sangat tapi still bleeding lagi...doc dah pesan kena rest jangan lasak-lasak sangat. dengan Ammar yang nak mama je aku tak sampai hati. layankan jugala. Malam tu rasa kurang sikit sakit. aku makin lega. keesokan harinya sakit pun takde sangat then darah pun tak banyak keluar. makin lega. tapi makin petang rasa makin sakit pinggang aku macam contraction nak bersalin tapi takla kronik sangat tapi terbongkok-bongkok jugakla aku tahan sakit time berjalan..time sakit sangat tu darah makin banyak keluar dan makin berketul-ketul makin banyak keluar. aku dah risau dah ni tapi gagahkan diri mandikan Kasih. Mandikan kasih aku larat lagi jangan Ammar. Time mandikan Kasih tu aku dah tak boleh nak berdiri betul. sakit yang amat macam nak patah pinggang. aku dapat rasa darah panas makin banyak keluar dan  tiba-tiba aku dapat rasakan macam ada benda nak keluar. aku rasa nak terbuang air kecil tapi rupanya janin baby aku yang keluar sebesar tapak tangan. Panas je rasa. Time tu rasa nak pitam pun ada. terus aku panggil suami tengok. rupanya rasa sakit pinggang yang tadi adalah sakit janin nak keluar. Terpana disitu. Suami pujuk aku sambil berkata dah takde rezeki. Aku terima dengan redha. Darah memang tak berhenti keluar. Lepas mandi dan bersihkan diri terus pergi klinik pakar perbidanan Perdana. Bila doc scan then dia cakap kelongsong dah takde just ada darah je. doc bagi ubat untuk keluar secara semulajadi je tak perlu DNC.

Maka sekarang ni aku berpantang tanpa ada baby di sisi. Semua telah ditentukan olehNya. terima kasih Allah kerana pinjamkan aku dia selama 2 bulan. walaupun tak lama tapi kehilangannya amat terasa.






4 comments:

maidatul said...

Salam...
Semoga Nani tabah dalam ujian & dugaan yg Allah bg ini...pasti ada hikmah disebaliknya..

Akma pernah lalui saat itu & tahu perasaan itu bagaimana.

Take a good care dear...

Faizah^Ramli said...

Laa...xtau pun awk pregnant nani...apa2 pun semua ada hikmahnya...

Hany said...

kak nani...bertabah ya kak.... kena redha itu yang penting.... Hany pernah lalui.. so tahu apa perasaan akak tika dan saat ni...

take care ya kak... in sha allah ada rezeki lain utk akak sekeluarga

Kasmawati Jaafar said...

takziah anje.. takdir allah, mesti ada hikmah di sebalik tu semua..

Post a Comment

TQ so much for the comment for my entry...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...