3 November 2012
Aku bangun pagi sebab terasa macam ada air keluar kat bawah tu, tapi bukan air ketuban ye kawan-kawan tapi air yang bercampur dengan lendir. aku terus pergi toilet nak tengok apa yang keluar. cek-cek ada lendir bercampur dengan darah sikit. aku dah rasa lain macam je. no wonderlah malam tadi aku rasa mild contraction start kol 12 lebih sampai kol 4 pagi gitu. Malam tu aku dah rasa semacam tapi boleh control lagi. dahla suami ada kat JB. aku dah sms dia cakap dah start sakit sikit-sikit. dia soh cakap kat mak aku tapi aku cakap nantila tengok keadaan camne. sebelum tu aku ada sms Fashya dengan Aishah tanya sakit contraction sebenar camne sebab time Kasih dulu aku tak rasa contraction sebenar alih-alih dah bukak 3-4cm..then terus kena warded.
Bila dah tengok ada lendir bercampur darah terus aku cakap kat mak aku then aku cakap nak gi hospital la. Mak aku tanya ada rasa sakit tak, aku pun cakapla malam tadi memang ada sakit tapi dalam kol 4 lebih dah stop. Mak aku pun suruh bersiap. Aku pun mandi then siapkan Kasih. Time ni kat rumah ada mak dengan Kasih je. Mak aku pun siap-siapkan bekalan nak bawa ke hospital. Aku sebelum pergi tu dah siap telan minyak kelapa dara yang mak aku beli bersudu-sudu dan telur yang tak masak sebiji. Aku pun tak tau mana kekuatan aku datang nak telan sebiji telur tak masak tu. Ni petua orang dulu-dulu. Oh ye, beberapa hari before mild contraction tu aku minum 2 sudu kecik minyak kelapa dara tiap-tiap hari. Aku try je mana tau betul orang cakapkan.
Sampai hospital nurse tanya dah ada sign ke nak bersalin, aku cakapla pagi tadi dalam kol 8 ada kuar kendir campur darah. then terus dia cakap kena warded. pas siap urusan semua, kena cek jalan. Time ni aku dah cuak..huhu..memang kalau nurse yang cek aku seriau..sakit woo..dia cakap tak bukak jalan lagi tapi kenawarded gak semalam..prosedur dia kata.. aku dah lega sebab kalau tak bukak jalan sampai esok dah boleh balik. Bukan apa, aku sedih nak berpisah dengan Kasih. tak pernah hayat aku tido tanpa dia sepanjang dia lahir. maka aku tabahkan hati demi anak yang kedua. start masuk spital pagi tu takde plak rasa sakitnya. Suami aku dah gerak dari JB nak ke bentong aku rasa sempat nak bersalin dia ada dengan aku. Magrib dia sampai then aku request nak makan teppayaki. Dapatla aku makan. kol 9 malam dok melantak lagi. Start kol 12 tengah malam mild contraction datang. aku cek dia datang 5 minit sekali. then makin kuat dan makin kuat. time ni breathing technique adalah sangat penting ye kawan-kawan. dengan breathing technique, aku dapat atasi rasa sakit contraction yang datang. aku try nak tido tapi tak boleh. Kat spital kan setiap 3-4 jam sekali dia datang cek. dalam kol 3 pagi camtu aku pun cakap kat nurse yang aku dah rasa contraction 3 minit sekali. dia cek perut. yang bestnya kat spital bentong ni, dia tak cek jalan saje-saje camtu tapi akan cek bila kita ada contraction je sebab takut ada infection kalau selalu cek. lega aku. then dia cakap nak cek jalan tak? aku cakapla nanti dulula sebab boleh control lagi. tapi lepas dari tu aku dah tak tahan then aku rasa nurse tu dengar aku bernafas kuat kot then dia tanya nak cek tak, aku terus cakap nak. dalam kol 4.30 pagi nurse cek dah bukak jalan 3cm. terus dia bagi ubat berak. tak sampai 1 minit terus aku rasa nak terberak. aku rasa teppayaki semalam yang aku makan tu kuar semua. aku terus inform suami aku. pas cek jalan tu contraction makin kuat dan kuat sampai aku takleh tido. kol 5 lebih camtu aku terus gi mandi dan solat subuh. barulah aku tau camni rupanya sakit contraction.
4 November 2012
Esoknya pagi-pagi mak dengan abah aku dah datang anta breakfast. Makanla aku nasi lemak dengan air madu berserta supplement nutrilite form Amway. Mana yang tau parents aku kan memang pengguna barangan Amway yang tegar. Aku telan je la. sib baik aku ni senang makan ubat. Malam tadi time sakit-sakit tu aku dah telan calcium magnesium 3 biji , b-complex 2 biji dengan bio-c plus 2 biji. alhamdulillah pinggang aku memang tak rasa sakit. Pastu suami aku pun sampai. Borak-borak dengan dia sambil tahan-tahan sakit. Dalam kol 11 pagi camtu aku dah mengerekot tahan sakit kat katil terus nurse cakap soh cek jalan, aku pun sukala. harap dah besar bukaan dia. time ni nak jalan pun dah kepit-kepit tapi masih boleh senyum lagi. Nurse cek je dia cakap dah bukak 6cm. hah, patutla rasa dah tak boleh jalan rupanya dah 6cm. Aku dan-dan tu rasa nak terkencing. Minta permission nak kencing kat tandas tapi nurse tak bagi sebab jalan dah bukak besar. Time terbaring kat labour room baru rasa menggila contraction tu. aku tetap dengan breathing technique. Bila nurse cek tengok baby dah berak, kat spital bentong ni kalau baby berak atau ada kes-kes yang pelik terus kena refer spital besar kat temerloh. Aku dah cuak takut baby termakan najis je. Tapi nurse cakap takde pape. Relax je. Aku takut kena operate je. Dia cakap tak semestinya kena operate. Normal pun boleh. Kalau dah kena bawa gi spital temerloh kenala naik ambulan. Perjalanan lebih kurang 40 minit dari bentong ke temerloh kalau naik ambulan. Aku redha je lah. Merasa aku naik ambulan. Suami takleh naik sekali tapi follow belakang je. Time kena tolak dari labour room nak naik ambulan Kasih perasan aku, dahla malam tadi tak tido dengan dia, pagi ni plak tak sempat jumpa dia. Dia punya melalak kemain kuat bila nampak aku. aku dengar dia panggil mama sambil nangis. Sebak hati dengar. Mak aku cakap sepanjang perjalanan dia menangis panggil mama.
Kalau dah naik ambulan, mana boleh slow kan. Terasa hentakan bila langgar lubang. 40 minit aku rasa macam apa ntah sebab menahan contraction yang menggila tu. time tu nak amik nafas pun tak sempat. tapi aku paksa gak diri. Haus jangan cakapla. kering gila tekak aku sebab amik nafas punya pasal. aku rasa sebab selalu terhentak dalam perjalanan sepanjang 40 minit tu mempercepatkan bukaan jalan aku. sepanjang perjalanan aku hanya mengiring ke kiri. orang cakap cepat bukak jalan kalau mengiring ke kir. wallah hualam. tapi sib baik tak beranak dalam ambulan. Sampai-sampai labour room kat spital temerloh tu bukaan dah 9 cm. Aku pun sukala time tu. tak sabar dah nak push baby keluar. Aku minta air tapi mana boleh time tu. Aku tahan lagi, semoga aku ada kekuatan nak push baby. Aku siap cakap dah nak terberak. tapi doktor suruh tahan dulu then tarik nafas panjang dan mengiring ke kiri. aku cakap dah tak tahan sangat nak terberak. ko bayangkanla bila dah nak terberak kena tahan camne. Doc cek sekali lagi dia cakap dah boleh push sebab dah 10cm. bila rasa sakit je aku push sekuat tenaga, cukup 4 kali aku push terus keluar baby full. Allahhuakabar. Allah permudahkan kelahiran anak aku. Time dah keluar tu rasa legaaaaaaaaaaaaaa sangat dan terus hilang rasa sakit. Aku rasa aku dok labour room dalam 10 minit gitu then terus baby keluar.
Suami aku citer, time dia baru duduk baper minit depan labour room then terus nurse keluar bawa baby cakap aku dah bersalin. dia ingat kena tunggu lama lagi. Kasih time nampak baby terus dia berhenti menangis. Aku sampai sudah tak dapat jumpa Kasih. Tahan rindu kat dia. Alhamdulillah aku duduk wad sehari je esoknya dah boleh discharge.
Time ni nurse bagi baby nak di azankan.
My hero. Lahir kol 1.37 petang seberat 3.2kg.
So, inilah pengalaman melahirkan hero aku yang sorang ni. Setiap kelahiran adalah berbeza. Kepada yang sedang menghitung hari aku ucapkan selamat berjaya dan yakin diri yang korang boleh buatpada yang masih fobia nak beranak lagi sila jagna takut..yang penting kuatkan semangat time nak push tu dan makan banyak-banyak ye. Supplement penting untuk tenaga kita lepas bersalin. Aku rasa bersyukur sangat sebab parents aku paksa aku makan supplement yang banyak tu, hasilnya orang yang melawat aku cakap muka macam takde rupa orang pas bersalin. Wallahhualam.
10 comments:
Bole bygkn perasaan ko waktu kasih nanges. sebak.
sebak bila baca part Kasih menangis tu
xdpt bayangkan
tp for sure pengorbanan tu berbaloi bila tgk muka Ammar kan
hehe
rindu bau newborn!
sue: mmg sebak wei. tengah sakit2 pun aku sebak gak
ann: mmg sebak time tu N, tp tahan demi baby baru
Tahniah Nani. Baby comel. bila baca entri ni tetiba teringat time nak keluarkan Raina tu
wahhh.baca kronologi tu dah boleh bayangkan macam mana keadaan dan perasaan sis. perasaan tu x mungkin betul2 rasa tapi dapat faham la sis laluinya. eceh. mcm la momoy penah rasa bersalin mcm mana. boy peren pun elek lagi. hehe
ALHAMDULILLAH,TAHNIAH..DH SELAMAT DAPAT 2ND BABY..JMPUT FOLLOW KMBALI,YE..BOLEH KITA SHARE CRIAT PASAL ANAK2 :)
congratz ya mbaaakk :D
happy dengernya bila semua selamat :D
nurul: tq nurul. nanti adik raina lain lak kot..
momoy: insyaAllah nanti sampai turn momoy lak.
QA : tq jenguk blog saya..akan follow kembali..
ey surbakti: tq ye. salam kenal
Amin ~
bz keje nak pilih BF pun xde masa
hehe...
sis baby ammar dan kasih sihat?
momoy : alhamdulillah dua-dua sihat..kasih makin melasak..tak larat
Post a Comment
TQ so much for the comment for my entry...