Subscribe:

31 July 2012

Bila Kasih nak pakai tudung


Comel tak saya?? Kasih yang request nak pakai tudung ni ok. Tapi kejap je ye. Aku pun pelik gak. Kalau tak, dia tanak pakai tudung. Agaknya dia selalu tengok mama pakai tudung dia pun terikut nak pakai gak.. Takpe, mudah-mudahan Kasih nak pakai tudung bila dah besar nanti. Amin..



30 July 2012

Cubaan minum susu berjaya guna Tommee Tippee Tip It UP CUP

Kenapa aku up tentang Tommee Tippee Tip It UP CUP ni lak. Sebabnya Kasih nak minum susu dalam tu. Kalau tak, jenuh aku nak suruh dia minum. Tapi kena wat drama dulu depan dia. Kalau tak, pelik je dia nak minum susu tu. Before ni aku pernah try bagi guna botol air straw Disney tetap direject juga. Tak sangka lak kali ni aku bagi dia nak minum. Agaknya dia dah boleh terima FM kat tekak dia kot. Aku bagi dia minum Sustagen perisa vanila sebab aku rasa macam sedap je. Lagi satu kenapa aku nak bagi dia sustagen sebabnya terpengaruh dengan iklan yang nak makan hot dog tu je. Yang aku paling suka sebab sustagen suka bagi mainan free. Banyak wei. Tu sebab juga. Memula aku nak bagi Enfagrow tapi mahal woo..takpela, dah 2 tahun Kasih fully BF kan. Sekarang ni selera makan dia pun ok. Harap dia nak terus dengan sustagen ni. Kalau tak jenuh gak aku. Takut tak cukup khasiat je. Pape pun aku ni bukan jenis yang harus bagi anak susu mahal-mahal. Yang penting pada aku 6 bulan pertama adalah yang terbaik untuk anak. Sebab tu aku bersyukur sangat dapat fully BF Kasih sampai 2 tahun. Dah cukup kot. So, skang ni


Memula dia pegang je botol tu. Aku soh dia minum kena aku minum dulu susu tu. Aku letak sikit je dulu takut dia reject.

Pastu dia ikut aku minum then terus berteguk-teguk dia minum. Alhamdulillah, syukur sangat dia tak reject. Tapi dia nak yang sejuk je. Aku layankan je. Sesungguhnya, kita yang kena tetapkan susu apa yang anak kita nak minum. Kalau tak jenuh wei nak cari susu yang sesuai. Aku rasa Kasih dah sedia nak terima FM dalam hidup dia. Kalau tak, bercinta nak bagi dia minum..Sikit-sikit nak T****. Tapi Kasih still nak nenen before tido even aku rasa dah takde susu.


27 July 2012

Jubah untuk di let go...


Dengan ini aku nak umumkan yang aku nak let go Jubah ni kepada sesiapa yang berminat. Warna adalah sama seperti dalam gambar. Saiz muat sehingga XXL Kepada sesiapa yang berminat dengan Jubah ni boleh email ke hanani217@gmail.com ye. Atau boleh contact terus di talian 012-3485657. Reason to let go adalah kerana aku tak muat :(. Sangat sedih ok sebab aku memang suka sangat dengan baju ni. Baju ni tak pernah dipakai ok. Details tentang Jubah adalah seperti di bawah ye.

PLUS SIZE JUBAH Quality Lycra
Size : Free Size up to XXL
RM62 - Semenanjung
RM65 - Sabah & Sarawak
FREE POS LAJU.....
LABUH 150 cm


Hectic day

Alhamdulillah harini dapat aku update blog..Beberapa hari tak dapat nak update sebab agak busy dan dicampur dengan penat terlampau. Nape entah rasa penat je, tapi alhamdulillah dapat berpuasa lagi setakat ni. Dua-tiga harini baby asyik mengeras je. Aktif jangan cakapla. Mengah nak melayan dia bergerak. Baru nak masuk 25 minggu rasa macam dah 7 bulan je.


Setakat ni juga aku masih boleh memasak untuk berbuka dan sahur. Sahur adalah wajib makan nasi. Bebuka pun makan nasi gak setakat ni. Air aku memang minum banyak. Dan aku tak tau nape aku suka sangat lauk berasaskan sotong sekarang ni. Kalau dapat makan sotong rasa macam nikmat je.Persiapan raya setakat ni dah hampir siap kot. Cuma untuk suami je belum setel lagi. Untuk Kasih dah lama siap, menambah je lagi adalah. Arini ingat nak gi cek up la nak tengok perkembangan adik baby setakat ni. Semoga semuanya ok.

24 July 2012

Maxi Dress dan Jubah Cantik Dengan Harga Berpatutan



Haritu aku ada request pada sesiapa yang tau link maxi dress atau jubah yang best-bestkan..Ni aku dapat dari rakan twitter dan blogger. Thanks to Elly kerana bagi link ni kat Nani ye. Memang akan beli 2, 3 helai mungkin lebih kot..sebab nak wat stok baju mengandung sekali. Aku memang suka design-design dia . Harga pun ok dan yang penting FREE DELIVERY. Kalau free je cepat aku suka..hahaha.. So kepada yang berminat boleh klik link ni ye kawan-kawan ---> http://dehotshop.blogspot.com/ .Kalau sesiapa yang tau link-link menarik untuk maxi dress dan jubah lagi sila inform ye..Jasa korang dikenang


Cantikkan design dia..simple dan tak serabut..yg ni memang ada dalam list aku...
Yang ni pun cantik. Merelip-relip sikit..Saiz pun ada sampai XXL...

Kalau yg selim-melim tu boleh beli yang ni..Kesimpulannya macam-ada. Bukan maxi dress dan jubah je. Tudung, skirt, blouse pun ada. Yang penting harga berpatutan...Aku rasa dah macam duta website ni plak..Kepada owner website, sila banyakkan lagi design-desing yang cun dengan harga yang berpatutan ye..

23 July 2012

Pengalaman Berpuasa Semasa Mengandung

Alhamdulillah, dah 3 hari kita berpuasa dan aku yang sedang mengandung ni pun berjaya puasa. Hari pertama puasa aku sangat-sangat lembik sebabnya bersahur dengan segelas susu HL saja. Dengan nak travel balik kampung lagi maka, stamina adalah sangat sedikit. Aku hampir-hampir nak berbuka sebab dah rasa nak pitam sangat tapi alhamdulillah aku dapat berpuasa juga. Kesian adik baby. Aku ingatkan sama macam time tak pregnant. Aku time tak pregnant time sahur minum air kosong je pun boleh tahan. Kali ni konon macam tahankan, tapi bila dah pukul 11 je aku memang dah tak larat...Moral of the story, kepada ibu-ibu mengandung time puasa wajib makan nasi ye. Tak banyak makan sikit je, sian kat baby dan diri kita juga.


Minggu lepas aku kan balik kampung, plan nak balik hari jumaat petang tapi suami ada hal plak. So, aku cakap balik next week saje. Tapi suami kesian kat aku dia ajak balik juga. Sudahnya, pagi sanbtu tu pas solat subuh kami pun bergerak balik bentong. Dalam perjalanan tu yg mencabar sangat sebab rasa haus sangat. Tapi aku tahan juga. Kalau dilayan, memamng dah teguk air cincau. Kitorang sampai pukul 12 tengahari. Sampai-sampai je dah bau mak masak ayam masak lemak cili api. Aku memang tak larat nak tolong. Awal sungguh mak aku masak.

Berbuka hari pertama kat kampung pulak tu adalah sangat meriah. Sebabnya berbuka kat rumah tok wan. Kalau balik rumah tok wan memang dah macam kenduri sebabnya adik bradik mak adalah seramai 10 orang. Semua dah kawin. Bayangkanla dengan cucu tok wan yang ada 28 orang. Meriah sungguh, lauk-pauk jangan cakapla sebab sorang bawak paling sikit 2 jenis lauk. Dengan kuih lagi. Aku amik nasi setengah senduk je. Yang lain lauk je..Macam-macam ada. Antaranya udang masak kari, burung puyuh goreng, ketam masak lemak cili api, ikan siakap goreng, sotong sambal, kerabu sotong dan banyak lagi. Aku amik sikit-sikit je. Kenyang sangat time berbuka. Alhamdulillah, adik baby dapat makan sedap-sedap. Sahurmya aku makan nasi. Belajar dari kesilapan.

Tahun ni aku tak dapat lagi hadiah birthday dari suami. Suami aku adalah yang tidak romantik ok. Dia bukan jenis yang suka bagi hadiah time tarikh-tarikh penting. Dia akan bagi bila-bila dia nak. Tapi dia dah janji nak bagi hadiah yang aku request. Tunggu je la nampaknya. Masa memula kahwin, memang agak sentap tapi dah nak 5 tahun ni aku dah biasa. Tak payah nak sentap-sentap sangat sebab aku juga yang pujuk diri sendiri. Tapi dapat gak aku potong kek sebab ada pakcik aku yang birthday sehari awal dari aku beli kek. Aku pun join sekali. Sedih kan. huhu...terima jela dengan rela hati. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada suami kerana sudi bawa aku balik kampung.

21 July 2012

Happy birthday to me :)


Harini adalah salah satu hari yang bermakna untuk diri aku sendiri. Harini birthday aku :). Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur sehingga hari ini. Terima kasih kepada-Nya dengan apa yang diberikan kepada aku. Semoga aku sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan rumahtangga yang bahagia berkekalan hingga ke akhirnya. AMIN

20 July 2012

Selamat berpuasa

Sempena bulan puasa bakal menjelma esok, di kesempatan ini aku nak mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua. Kepada ibu-ibu yang mengandung semoga tabah menghadapi dugaan berpuasa. Pesanan kepada diri sendiri juga. Aku tak pernah puasa masa pregnant. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. So far, aku bukan asyik nak makan je. Tapi aku kuat minum. Harap baby behave sepanjang puasa nanti dan dapatla aku puasa penuh tahun ni. Alhamdulillah.


Kepada yang balik kampung untuk berpuasa bersama keluarga, berhati-hati di jalanraya. Ingatlah kepada orang yang tersayang.

18 July 2012

Roti Kacang Pool

Roti kacang pool yang sentiasa sedap :)


ABC special yang memang SEDAP..

Sape yang pernah makan roti kacang pool ni meh angkat tangan....Hari ni saje aku up entry roti kacang pool sebab bagi aku sangat sedap ok. Memula aku makan dah rasa kesedapannya. Setahu aku kat Johor glamer makanan ni. Aku selalu makan kat Medan Selera Larkin kat kedai Kacang Pool Haji bersebelahan dengan Bomba.Kepada yang tak pernah makan wajib rasa ye. Kalau datang JB mehla singgah kat situ. Kalau aku pergi sana wajib order kacang pool ni dengan ABC special..ish, memang terbaik. Kepada yang nak try buat sendiri ni aku bagi sekali resepi dia ye. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya:

Kacang parang 2 paket (direbus hingga lembut dan kulitnya dibuang)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
satu inci halia
sedikit jintan manis
sedikit garam

Cara-caranya:

1) Bawang merah, bawang putih, halia dan jintan manis dikisar halus.

2) Tumiskan bahan yang telah dikisarkan tadi dan bila naik bau
masukkankacang parang dan sedikit garam.

3) Hidangkan bersama telur mata sapi, bawang yang dicincang dan cili hijau.

4) Perahkan sedikit limau kasturi dan bubuh sedikit lada putih diatas
sajian.
5) Di makan bersama roti perancis atau roti potong yang
dibakar(disapu mentega atau jem garlic bread)

17 July 2012

Bergaya semasa mengandung



Maaf ye, ini bukan gambar tuan rumah..saje tepek gambar pregnant lady in purple dress sebab aku berangan nak pakai purple dress time raya nanti. Baju masih mencari-cari lagi sebab tak dapat lagi yang berkenan di hati. Sama ada nak pakai dress atau jubah saje. Yang penting nak la jugak kelihatan cantik semasa aidifitri nanti. Time ni still bertiga, dah berempat nanti lain pulak rupanya. So, tunggu dan lihat saja apa hasilnya..bajet retis lak ko ye mak buyung. Sekarang ni, mood nak bershawl telah datang kembali. Kalau tak, aku pakai sarung je tudung instant yang ada. Tak pun aku pakai tudung bawal je. Bila dah bershawl balik ni nampakla semenggah sikit.
So, kepada sesiapa yang ada link menjual baju-baju dress dan jubah yang best-best sila tinggalkan link ye. Tengah mencari-cari ni. Jasa korang akan dikenang :).

16 July 2012

BBQ di Taman Permainan


Pada hari ahad yang lepas aku dengan rajinnya telah follow suami pergi berBBQ dengan geng-geng kereta dia kat Taman Permainan depan Sekolah Menengah Tun Fatimah JB. Sape-sape yang yang dok JB mesti tau...Korang bayangkanla berBBQ di taman permainan dengan bawa anak kecik berusia 2 tahun sah-sahlah dia takkan dok diam asyik nak main je. Mak buyung ni gakla yang terkedek-kedek mengejar anak yang sibuk nak main tengah panas. Tapi bila aku dha tak larat, aku pas batton kat suami gak. Dia dengan nak membakar lagi. Layankan jugakla anak dara dia yang sorang tu.
Yang tak bestnya bila nak snap gambar je bateri fon boleh habis lak. Mati-mati aku ingat bateri banyak lagi. Kamera lak dah lama tak pakai dan sah-sahla bateri takde. Maka, tak dapat nak snap gambar time berBBQ dan keletah anak dara sorang tu. Makanan yang di BBQkan pun sedap. Puas gak aku makan ayam, udang, sotong dan segala macam lagi. Kenyang adik baby makan. Kasih makan banyak gak tapi dia makan bihun dengan ayam jek. Yang lain pedas, so dia reject.
Habis aktiviti BBQ dalam kol 2 petang. Dalam kereta, anak dara tu dah pengsan kepenatan. Mana taknya tanak duduk diam langsung. Penat wei melayan dia tapi demi anak tercinta layankan je la. Sampai rumah je buakan Kasih je yang lepak, tapi mama dengan ayah pun lepak habis. Penat sebab panas kot. Tapi memang lepak habis. Time makan malam suami dengan Kasih je yang makan, mama tak lalu nak makan. Penat kot. Aku just minum milo dengan oat saje untuk alas perut.

13 July 2012

21.07.2012 dan 1 Ramadan

Kenapa dengan 21.7.2012??? Itu adalah tarikh birthday aku. Alhamdulillah tahun ni birthday aku jatuh pada 1 Syawal. Sambut birthday dengan berpuasa serentak :). Dan yang paling best tahun ni hari pertama puasa aku ada kat kampung..Dapat celebrate birthday dan berpuasa kat kampung. Harap semua berjalan seperti dirancang. Manala tau kan sebab kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segal-galanya. Tahun ni adalah puasa yang berlainan dari tahun-tahun biasa kerana tahun ni berpuasa semasa pregnant. Harap dapat puasa penuh sebab aku pregnantkan. Harap aku dan baby dapat bertahan insyaAllah. Semoga dipermudahkan segalanya.


Alhamdulillah pregnant kali ni aku bukan seorang yang asyik nak makan je, kalau tak jenuh gak time puasa nanti menahan kelaparan. Puasa kali ni harap dapat pergi tarawih kat masjid tapi tengok keadaan gak sebab anak dara aku tu bukan reti dok diam. Kalau tak, buat kat rumah je

12 July 2012

Accident

Pagi tadi dalam perjalanan ke sekolah ada accident antara motor dengan kereta. Penunggang motor tu dah terbaring atas jalan. Ngeri weh tengok berdarah-darah atas jalan. Minggu ni dah 2 kali aku terserempak dengan accident yang agak ngeri. Bila tengok je accident tu terus jadi insaf. Takut weh. Aku bukanla seorang yang bawa kereta laju sebab dulu time bertunang pernah accident dengan suami dan lidah aku berjahit ok. Korang dapat bayangkan tak lidah korang berjahit.


Masa memula kena memang tak sakit tapi lepas berjahit dan ubat bius dah habis rasakan kenikmatannya. Seminggu aku fobia nak makan. Time tu aku memang kurus habis. Tak payah berdiet. Seksa sangat-sangat. Memang jadi perempuan melayu terakhir. Bercakap pun jadi pelat. Sebab lidah sakit. Memang pengalaman ngeri untuk aku. Time menaip ni pun aku terbayang-bayang kesakitannya. Asek menangis je sebab nak tahan sakit. Seminggu minum susu dengan nestum guna straw je. Pas seminggu tu rasa nak makan sangat mee. Punyala nak makan, aku makan selai-selai wei. Then telan terus. Nasi memang tak boleh makan langsung. Sedih tak???? Dalam sebulan dua juga aku baru berani nak makan. Sebabnya aku takut lidah aku terkoyak balik. Lepas dah boleh makan, macam-macam aku makan. Terus tak diet-diet, tapi time anak dara makan banyak mana pun kalau pastu tak makan sangat badan cepat turun. Sampai sekarang kesan lidah time accident tu masih ada lagi. Ok, kita stop citer tentang lidah aku. Tanak ingat lagi.


Pengajaran dari itu, aku jadi pemandu yang sangat berhemah even bukan aku yg bawak time accident ti tapi masih terbayang-bayang kat kepala. Pesanan dari orang yang pernah berjahit lidah, ingatlah orang yang tersayang semasa memandu. Berhati-hati di jalanraya.

11 July 2012

Besar sudah


Saje tepek gambar sendiri. Ye, aku dah mengembang dengan jayanya walaupun pergi cek up berat turun je..Terimala dengan rela hati :)

10 July 2012

Untuk Dia



Raya tahun ni ingat nak pakai tema kaler purple. Aku dah settle beli baju kurung dan baju-bajan Kasih untuk raya. Untuk mama dan ayah tak beli lagi. Actually aku ada kain nak dibuat baju raya sedondon dengan Kasih tapi tak anta kat taylor lagi. MIL dah offer nak buatkan tapi aku kesian kat dia sebab dia banyak baju nak jahit. MIL aku ni wat part time je menejahi ni. Sekadar hobi dia cakap tapi aku tengok masyuk wei income masuk kalau amik part time pun. Belum full time lagi. Aku je tak nak belajar dengan dia. Fashya pun belajar dengan MIL aku wat baju kurung ni..Apala menantu ni. Mesti MIL aku pelik nape aku tak beria nak belajar.
Gambar kat atas tu adalah baju kurung Kasih. Aku beli online je dan alhamdulillah memang ngam dengan Kasih. Material dan jahitan pun kemas je. Aku beli kat sini -----> http://www.bajukurungmurahsangat.blogspot.com/. Harga amat berpatutan dengan material. Kalau sesiapa yang tengah mencari baju kurung anak dara korang boleh beli kat sini. Servis pun tip top. Aku ni pun Ena yang bagitau link ni. Terus zass beli sebab cantik dan sesuai dengan harga. Tahun ni aku pakai jubah dengan maxi je. Maxi tempah sedondon dengan baju kurung Kasih.

09 July 2012

Penangan berjalan

Harini adalah sangat penat rasanya sebab last week telah travel ke JB-KL ada wedding cousin suami kat Kem Wadieburn. Dari JB bertolak hari jumaat pukul 5.30 petang. Sampai KL lebih kurang pukul 10.00 sebab jem kat mana ntah sebab aku tido je. Nape ntah rasa penat sangat padahal bukan aku yang drive. Yelah, mak buyung yang dah 22 minggu ni dah lama tak berjalan jauh huhu...Dengan Kasih yang super aktif sepanjang perjalanan. Dia tak tidur langsung sepanjang perjalanan. Pelik aku sebab dia pantang travel jauh confirm tido. Dahla sepanjang hari tak tido. Tapi aku sangat bersyukur sebab masih larat duduk lama-lama dalam kereta dengan keadaan yang macam gini. Time Kasih dulu langsung tak boleh baik kereta. Nak-nak lagi travel jauh-jauh camtu. Memang aku jarang balik kampung time peknenkan Kasih dulu.
Samapai-sampai rumah pengantin kat Dananu Kota, tuan rumah suruh makan. Memang aku dah kebulur tahap gaban time tu tapi disebabkan penat makan ala kadar saje. Kitorang tak stay umah pengantin tapi stay kat apartment kat Putera Majestic. Best gak. Sangat selesa. Disebabkan Kasih tak tido seharian dengan penat badannya maka malam tu badan dah dedar je tapi still super aktif. Dia kalau dah tengok ramai orang memang tanak tido. Sayang sangat mata dia. Aku jangan cakapla. Sampai-sampai je terus mandi, solat dan zass tido. Tapi silap aku gak, aku pergi jiruskan air kat badan Kasih time dedar tu. Akibatnya esok badan Kasih dah start panas. Aku ni kalau anak demam je dah resah semacam. Pas kenduri aku zas balik umah aku kat bentong. Dan malamnya aku tak tido sebab sponging Kasih. Alhamdulillah, esoknya panas badan dia dah kebah. Aku memang paksa Kasih minum air masak banyak dan bagi cukup tido. Kasih ni kalau tak cukup tido je badan mesti dedar.
Nasib baik demam Kasih cepat kebah kalau tak sure arini aku cuti. Maka arini aku nak qada' tido. Kasih akan aku paksa gak. Ni pun aku gagahkan diri je gi sekolah. Ikutkan hati aku nak cuti je tapi takpela. Sorry sangat takde gambar dapat diattach kat sini sebab aku memang tak sempat sangat berposing. Dengan Kasih yang melepek mana sempat nak berposing. Memang ada sedara-mara yang snap-snap gambar tapi tak tag aku lagi.. Kalau ada, aku dah letak. Maka, ini adalah entry tak bergambar hanya berceloteh saja. Sekian

05 July 2012

MENGENALI BULAN SYAABAN & MALAM NISFU SYAABAN

Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.

PENGERTIAN SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

MALAM NISFU SYAABAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

FADHILAT BULAN SYAABAN

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.

Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat

Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”

Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.

PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN

Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.

*kredit to http://hikmah.org.my/

04 July 2012

Hadiah Birthday


Salam hari Rabu. Ada satu hari tu dalam bulan lepas, ada bercerita dengan suami yang aku macam nak beralih arah dari brand telefon dari brand N ke brand S. Suami cakap tunggu birthday ye. So, bulan 7 adalah bulan kelahiran aku. Tahun ni 1 Syawal adalah birthday aku bersamaan dengan 21 Julai. Maka aku dah buat wishlist pada suami kalau boleh nak telefon ini..huehuehue.. Kalau tertunai, maka bertambahlah sayang pada suami..hehehe..tapi kalau tak dapat pun tetap sayang jugak. Sape tak sayang suami wei. Semoga diperkenankan doa aku. AMIN..

03 July 2012

Breastpump pilihan hati

Saya sangat teruja kalau dapat medela freestyle ni. Sekarang sedang giat mengumpul duit untuk dapatkannya. Semasa melahirkan Kasih saya beli Avent Manual dulu sebab takut production susu tak memberangsangkan. Alhamdulilah, dengan nawaitu yang dah saya tanamkan nak fully breastfeed Kasih susu saya sangat melimpah ruah. Dan saya berjaya fully Kasih sehingga 2 tahun. Semoga adik baby nanti pun saya dapat fully bf dia sampai 2 tahun macam Kasih juga. Sesungguhnya memang banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi semasa fully bf Kasih. Yang penting jiwa mesti kental dan ambil iktibar dengan apa yang dah berlaku lepas. Selepas setahun saya guna Avent Manual, saya beli pulak Spectra 3 sebab nak letrik punya pasal. Sesungguhnya Avent lagi best tapi saya guna je. Dah belikan, So, sekarang dah tekad, memang nak beli FS ni akan datang. biar lambat asalkan dapat. Kepada ibu-ibu yang sedang menyusukan si comel korang, saya doakan semoga tabah dan happy breastfeeding.

02 July 2012

Amalan surah semasa mengandung


Kepada para ibu yang sedang mengandung, amat digalakkan membaca surah-surah yang ada di atas. InsyaAllah, dengan izin-Nya segala akan berjalan lancar. Kita hanya merancang, tapi DIA yang lebih berkuasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...