Subscribe:

29 August 2014

WAHM (Work At Home MOm)...fantasi atau realiti

Menjadi WAHM? tak pernah terlintas dalam fikiran saya langsung...apa yang saya tau belajar pandai-pandai sampai grade di universiti then keja dapat gaji besar beli kereta dan rumah....thats it...

Tetapi setelah mengenali Shaklee lain pula jadinya..masa awal-awal join saya tak rasa lagi feeling tu tapi bila semakin cinta dan nampak jalannya saya semakin yakin dengan tugas sebagai WAHM....dengar macam tak masuk akal tapi bak kata kak cery "bila cinta di hati keajaiban pasti menanti"...dan lagi yakin bila dah berlaku depan mata dan dah ramai yang dah berjaya.. saya lihat dengan mata sendiri kejayaan demi kejayaan yang terjadi...opsss, saya belum WAHM lagi ye 😀😀....buat masa ini saya ambil cuti dahulu....yes, cuti tanpa gaji...untuk membiasakan dengan sekeliling....dan semestinya memerlukan komitmen dan semangat yang kuat untuk membuat keputusan itu...

Tetapi keputusan yang dibuat berlandaskan petunjuk dari Allah dengan melakukan solat istikharah dan perbincangan bersama suami....fuhh, macam ada batu besar di dada tetapi saya yakin saya boleh lakukan....percaya sebelum berjaya...bonus shaklee dah besar sangat ke sampai nak cuti tanpa gaji? So far, Alhamdulillah dan saya rasa bersyukur dengan apa yang ada...dengan bonus 4 angka melebihi gaji kerja hakiki buat saya lagi kuat..saya nekad nak membantu lebih ramai lagi muslimah, wanita di luar sana berjaya walaupun hanya dari rumah....

Anak-anak membesar di depan mata...yang semestinya bukan menjadi surirumah saja-saja tetapi untuk membantu orang lain berjaya bersama-sama...

Pada sesiapa yang ada niat nak bekerja dari rumah atau nak menambah pendapatan sampingan dengan anak-anak di depan mata, tak suka redah jem, tak perlu fikir kerja lain di rumah, tak suka stress-stress, feel free to contact ye....surirumah, fresh graduate yang sedang menganggur juga sangat dialu-alukan...jangan malu jangan segan...

Doakan saya ye semua...sesungguhnya doa kalian amat bermakna...terima kadih...

24 August 2014

Pengalaman trimester pertama pregnant anak ketiga...

Assalamualaikum semua...
Dah lama saya tak berkongsi dari hayi tentang kisah peribadi...kalini nak share tentang pregnancy semester pertama pregnant kali ketiga ni...eh, keempat...yang ketiga saya bleeding semasa 8 minggu...
Masa awal-awal tau pregnant memang takde rasa mabuk atau apa-apa alahan...di hati dah rasa gembira sebab tak muntah-muntah atau loya...tapi ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari ... saya dapat tau saya pregnant pun agak lambat juga sebab sibuk dengan kerja dan anak-anak..tu yang bila buat pregnant test cepat je nampak 2 line...
Masuk minggu ke 9 tiba-tiba meloya dan pening datang...time ni dah lembik je rasa 1 badan...tapi alhamdulillah, set mengandung Shaklee plus Peppermint Ginger Plus banyak membantu kalau tak mesti lagi teruk...susu memang saya tak boleh telan...sib baik ada ostematrix membantu untuk recover kalsium yang diambil..dahla mabuk kalsiun pulak tak cukup..
Tapi sangat tak sangka saya boleh telan ESP tapi dengan air sejukla...vitalea memang saya tak boleh missed sebab fikirkan apa yang dimakan keluar semula..tu yang paksa telan 2 biji vitalea setiap hari..saya ambil lepas lunch...pagi-pagi tak tertelan..
Tepat 12 minggu baru berpeluang buat buku merah kat KK..yang tak sangka dalam mabuk-mabuk tu bacaan hb saya 12.6...rasanya berkat ambil vitalea..kalau tak mesti tak dapat bacaan macam tu..
Dah 13 minggu ni mabuk-mabuk still ada...bila lambat makan je sure angin 1 badan...untuk elakkan angin menyerang kenala isi perut...kalau tak, sure keluar muntah keluar angin...sangatla tak suka...pregnant kalini saya agak lasak juga...yela dengan nak menguruskan 2 orang cinta hati saya tu...memang tengah melasak sekarang ni...
Semoga dipermudahkan segalanya sehingga cukup bulan...doakan saya ye kawan-kawan...

20 August 2014

Kisah hebat untuk dikongsi..

Assalamualaikum semua

Saya ingin berkongsi kisah benar dengan semua..agar dapat dijadikan iktibar dan pedoman buat semua....macam mana hebat pun kita, Allah lah yang memberi segalanya...

--------------------------------------------

Kisah benar

12/8/2014

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di car wash area pekan balakong. Berhentikan kereta,matikan enjin n serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta.. Nepal ke , Myanmar ke aku tak pasti.. Terlihat parking sebelah kereta aku chevrolet mustang( tranformer) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ni dalam harga 400k pada permulaannya..
Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca.. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond , memandangkan cuaca agak panas .. Aku duduk n memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca aku agak buku2 bermotivasi tinggi di tangannya .
Aku bertanya" kereta bos ke tu ?" Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum.." Dari mana bos?" Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke? Consultan jawabnya.. Ooo.. "Consultan untuk untuk pinjaman perniagaan dan pernasihat kepada bank2 di Malaysia ."waww"!! Mesti best jawab hati aku.. Saya dah 30 tahun dalam bidang ni.. Katanya. Aku tanya dia.. Mcm mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?? Dia tersenyum n katanya" saya nasihatkan guna apa yg kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank..apa yg ada, besarkan modal.. Saya bermula dari kecil.. Mula ada 10k, kemudian 20k, 60k, 80k, kemudian kepada 100k,200k, 400k dan 800k, cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan .. Paling seronok jika dapat 1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat 1 juta yang ke-2 terlalu mudah n pantas .. Katanya. Aku terdiam..
Ramai orang susah datang berjumpa saya..mereka bertanya apa rahsia saya?? Katanya.. Saya akan berkata" Allah jadikan dunia ini untuk kita.. Kita di kurniakan akal.. Gunakan sebaik mungkin .. Jujur.. Jangan menipu.. Ramai yang tak yakin janji Allah . Sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja n " pasti" akan ditunaikan .
Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya.. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam.. Minta sungguh2.. Pekerja saya bila azan bergema.. Saya arahkan tinggalkan kerja" sekarang". Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu!, Allah panggil kita mengadap dia.. Tapi kadang kala kita cakap " tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi"!! Allah tu pencipta alam semesta.. Kita boleh cakap pulak kat dia mcm tu.. Dammm!! Tersentap aku..
Katanya lagi.. Ramai yang datang minta kerja.. Soalan pertama saya tanya.. Awak solat tak 5 waktu.. Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun .. Jika tak solat.. Saya takan terima. Ada yang datang.. Nak suruh support buat pinjaman.. 100k, 1 juta, 50 juta @ 500 juta saya boleh tolong.. Bagi kertas kerja pada saya.. Saya selidik n sain n recomen pada bank n bank akan luluskan.. Tapi soalan pertama saya tanya dulu.. Awak solat tak 5 waktu?? Jika tidak.. Awak balik saja.. Katanya.. Ada yang berkata" abg tu bawak " tranfomer" pergi masjid .. Jika saya bawak kancil je..
Katanya.. Kereta tu milik Allah .. Dia bagi pinjam je tu .. Apa salahya saya bawak dia pergi mengadap Allah .. Hati niat kena betul.. Jangan niat nak menunjuk.. Niatkan nak cepat mengadap Allah , nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha.. Kerata tu saya beli hampir 700k import . Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai . Saya bukan tak mahu ferrari @ lamborgini .. Sebab ekzos dia bising .. Kereta chevrolet mustang ni lagi laju dari ferrari @ lamborgini .. Kereta ni 6.2 cc.. Ferrari n lamborgini baru 4.8 cc ...10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin.. Niat apa yg kita ada untuk manfaat pada orang lain.. Kereta tu cuma besi.. Yang diisi enjin .. Tuang minyak.. Start n berjalan lah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur..
Satu lagi pesan saya.. Berkawan kita yang perlu pilih.. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia n yang paling utama.. Akhirat .. Dunia ni pinjaman.. Carilah pinjaman yang terbaikk disini.. Untuk kekayaan sebenar di sana..
Wah!! hebat radanya bila dapat berjumpa dengan somebody..
Insyaallah kata-katanya dan pengalaman beliau sangat membantu...

09 August 2014

Cara sendawakan bayi


Apabila sedang menyusu, bayi akan menelan udara dan mereka perlu sendawa. Jika tidak, mereka akan mengalami kembung perut. Beginilah cara untuk membantu mereka untuk sendawa.

Bayi berkomunikasi bahawa mereka perlu sendawa dengan cara yang berbeza. Sekiranya bayi anda penat, bermasalah, ataupun tampak terlalu kenyang walaupun mereka tidak menyusu dengan lama, cuba biarkan mereka sendawa beberapa kali :

Pegang mereka dengan kemas dan sapukan tangan anda lembut ke atas dan ke bawah pada bahagian belakang bayi.

‘Mendukung’ bayi anda pada bahu sebenarnya menyukarkan mereka untuk mengeluarkan angin, terutamanya jika anda memegang bayi anda terlalu ke atas, melampaui bahu.

Kadangkala, sudah cukup untuk anda mengangkat bayi anda sedikit daripada posisi biasa untuk mendapatkan sendawa yang baik. Menelan banyak udara Sekiranya bayi anda menelan banyak udara, pastikan mereka mengunci mulut dengan betul pada payudara anda ketika menyusu.

Cubalah sendawakan mereka beberapa kali semasa menyusu. Bukan semua bayi perlu sendawa, tetapi kebanyakan daripada mereka perlu. Oleh itu, cubalah sendawakan mereka walaupun mereka berusia lebih dari tiga bulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...