Subscribe:

29 June 2014

Mencari side income atau pasif income dengan mudah untuk jangkamasa panjang

Di Malaysia, ada hampir 30 juta rakyat. Tahukah anda, sebahagian besar daripada 30 juta rakyat Malaysia memilih untuk hidup biasa-biasa.
Mereka bergantung sepenuhnya kepada gaji yang mereka peroleh daripada kerja mereka.
Sebelum saya pergi lebih jauh, suka saya kongsikan dengan semua jenis-jenis ‘income’ yang boleh kita peroleh.

1. Main Income – Ini adalah sumber pendapatan utama dalam hidup kita.

2. Side Income – Ini adalah sumber pendapatan sampingan yang kita peroleh hasil daripada bisnes yang kita jalankan secara sampingan.

3. Pasif Income – Ini adalah sumber pendapatan yang kita peroleh hasil pelaburan yang kita jalankan.
Masalahnya, di Malaysia majoriti rakyat Malaysia hanya mempunyai satu sumber pendapatan sahaja iaitu daripada ‘Main Income’ sahaja.

Sebenarnya, bukan mereka tidak mahu mencari ‘Side Income’ atau ‘Pasif Income’. Tetapi majoriti rakyat Malaysia merasakan yang mereka ‘OK’ untuk hidup biasa-biasa.
Mereka Ok? ‘Oklah sangat……………….’

Jom, saya kongsikan dengan semua  mengapa kita semua perlu mencari ‘Side Income’ sebagai tambahan kepada ‘Main Income’ kita.

1) Sedarkah kita? Setiap tahun kadar inflasi di negara kita semakin meningkat. Nilai wang RM50 lima tahun yang lepas tidak sama dengan RM50 hari ini.
Dan nilai ini akan semakin menurun pada 5 tahun akan datang. Kita boleh bawa RM50 untuk pergi ke pasar malam 5 tahun lepas. Tapi, sekarang kita perlu membawa RM100 untuk membeli barangan yang sama.
Nilai wang semakin rendah.
Kadar peningkatan gaji kita mungkin tidak mampu menyaingi kepantasan kenaikan kadar inflasi.
Jika kita tidak bertindak, saya khuatir suatu hari nanti kita akan menyesal kerana kita tidak bermula hari ini.

2) Sekarang ini, keadaan ekonomi di Malaysia semakin meruncing. Nilai wang semakin mengecil.
Pada tahun 2015 nanti, akan bermula perlaksaan GST oleh kerajaan. Perlaksanaan GST ini pasti akan menaikkan harga KOS SEMUA BARANGAN di Malaysia.
Soalan saya, apakah persediaan kita untuk menghadapi GST ini?
Jika kita tidak bertindak sekarang, saya khuatir apabila sampai masanya nanti, kita akan mula tersepit akibat kekangan kewangan yang meruncing.
Mengapa tidak kita sediakan payung sebelum hujan.

3) Kos sara hidup sekarang semakin meningkat. Kadar tol naik, harga petrol naik, harga diesel naik, harga gas naik, tariff elekrtik naik, tariff air naik. Semuanya naik.
Yang tak naik mungkin satu saja. Iaitu pendapatan kita.
Jika u all perasan, semakin hari semakin ramai yang tersepit dengan hidup mereka hari ini.
Mengapa mereka tersepit? Kerana mereka tidak bertindak satu atau dua tahun yang lepas. Mereka memilih hidup biasa-biasa.
They just go with the flow.
Dan mereka mula merasai kesannya pada hari ini.
Sebab itulah saya ingin membuka minda u all untuk berubah ke arah hidup yang lebih luar biasa sekarang ini.

4) Kita perlu B.A.N.G.K.I.T sekarang ini. Kita mesti berani untuk berniaga. Kita mesti mula bertindak.
Sekiranya kita merasakan inilah masanya untuk kita berubah, kita mesti mula membuat keputusan.
Saya mencadangkan, jika kita langsung tak pernah berniaga, kita boleh mula belajar berniaga secara kecil-kecilan dahulu, dengan modal yang sangat minimum.
Dan kita perlu bermula sekarang.
Nak berniaga hari ini, tak sama macam nak berniaga dahulu. Sekarang kita lebih banyak peluang untuk berniaga.
Nasihat saya, buatlah apa sahaja perniagaan. Yang penting, kita belajar UNTUK MENGUBAH HIDUP.

5) Pesan Imam Hassan Al Banna. “Berniagalah Sekalipun Kamu Telah Kaya.”
Carilah pendapatan sampingan. Buatlah sebarang bentuk perniagaan.
Malaysia negara kita. Tempat tanah tumpah darah kita.
“Kita Tidak Berhak Menjadi Miskin. Kita Mesti Menjadi Kaya. Hidup Di Malaysia Tetapi Tidak Kaya Adalah Amat Malang.”
“Untuk Kaya, Kita Boleh Buat Dua Perkara. Pertama, Kita Mesti Bekerja Keras Agar Dapat Naik Pangkat Secepat Mungkin, Supaya Memperoleh Gaji Yang Lebih Besar."
"Jika Kita Tidak Mampu Melakukan Pilihan Yang Pertama, Kita Hanya Ada Pilihan Yang Kedua, Iaitu Berniaga.”
Ulang kaji kembali tips-tips yang telah saya berikan.

Semoga, segala tips yang saya berikan ini dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada semua.
Saya doakan, ‘semua Kaya dan Berjaya’.
“Alang Alang Hidup, Biar Jadi Kaya”
“Alang Alang Kaya, Biar Jadi Jutawan Bertakwa"

Hubungi saya jika berminat mencari sama ada side income atau pasif income secara part time atau sepenuh masa..hanya bermodalkan rm65 untuk seumur hidup...

Hanani
SMS/WHATSAPP - 012 3485657
Email: hanani217@gmail.com

Salam Ramadan

Salam Ramadan buat semua..

Saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan terlanjur bicara di dalam kita bersahabat..semoga ramadan kali ini lebih bermakna dan dipermudahkan segalanya..Ameen

21 June 2014

Atasi masalah tinggi kolesterol secara semulajadi

Adakah anda salah seorang dari 6 juta warga Malaysia yang menghadapi masalah tinggi kolesterol? 😱😱

Jika anda mempunyai tinggi kolesterol:

💢risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%

💢risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%

💢risiko yang lebih ti ggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi sensual.

Bertindak hari ini..Atasi masalah kolesterol anda secara SEMULAJADI dengan FITOSTEROL..dari mana nak dapatkannya secara semulajadi?

Dapatkan PHYTOCOL-ST ekslusif hanya dari Shaklee..macam mana nak dapatkan? Hubungi saya untuk lebih lanjut dan consultation akan diberikan sepenuhnya...

Hanani
012 3485657
SID id : 930632

10 June 2014

Kepentingan Vitamin C dalam kehidupan seharian

Selain untuk cantik dan antioksida terbaik, ini juga kelebihan Sustained Relesed Vita c Shaklee :

🌾Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
🌾Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
🌾Menguatkan struktur gigi dan gusi
🌾Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
🌾Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
🌾Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
🌾Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
🌾Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. 🌾Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
🌾Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
🌾Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
🌾Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
🌾Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
🌾Membantu dalam proses pemulihan kudis
🌾Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
🌾Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.

Nampakkan? Bukan 2 atau 5 kelebihan Vita C Shaklee malah lebih daripada itu...sebotol boleh tahan 6 bulan pula tu 😉...memang sangat berbaloi..

Hubungi saya,
Hanani Hamid
012 3485657
Pengedar sah Shaklee anda 👸

05 June 2014

Kolestrol tinggi walaupun badan kurus?

Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah adalah penyumbang besar kepada sakit jantung dan strok. Dan tahap yang tinggi itu boleh disebabkan diet, keturunan atau kedua-duanya sekali, di samping gaya hidup yang tidak aktif.

Jika diet adalah antara punca utama kepada masalah ini, maka sebaiknya kita mengambil langkah-langkah awal menjaga pemakanan. Antara yang boleh dilakukan ialah:

1. Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.

2. Anda juga boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Sekiranya anda memilih diet sebegini, kemungkinan pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan diluar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola. Lebih baik, ialah menyediakan makanan sendiri, dan gunakan minyak yang berlabel monounsaturated atau polyunsaturated.

3. Makan lebih kanji dan fiber. Makanan sebegini lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.

4. Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan-makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Untuk pengetahuan, makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ini baik untuk jantung anda.

5. Diet yang sihat sahaja tidak memadai, anda juga perlu bersenam. Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stres.

6. Jika terasa berat badan berlebihan, berusahalah untuk mengurangkannya. Perhatikan juga tubuh anda, jika bahagian perut dan tengah badan disaluti banyak lemak, itu adalah petanda meningkatnya risiko penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain.

Info Ringkas:

* Terdapat dua jenis kolesterol: Low-density lipoprotein (LDL) dan High-density lipoprotein (HDL). Tahap LDL yang tinggi tidak baik untuk tubuh, sebaliknya, tahap HDL yang tinggi pula baik untuk badan. Tahap kedua-dua kolesterol ini perlulah seimbang mengikut keperluan tubuh.

* Jika tahap kolesterol keseluruhan tinggi disebabkan kandungan LDL yang berlebihan, anda berhadapan lebih risiko penyakit jantung atau strok.

* Tahap kolesterol keseluruhan:
Kurang 200 - tahap terbaik. 
200 to 239 - tahap sempadan tinggi 
240 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

* Tahap kolesterol LDL:
Bawah 100 - ideal bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.
100 to 129 - menghampiri optimal. 
130 to 159 - sempadan tinggi. 
160 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

* Tahap kolesterol HDL:
Kurang daripada 40 - bermakna anda lebih berisiko menghidapi penyakit jantung. 
60 atau lebih - amat kurang berisiko menghidapi penyakit jantung. 

Kredit to sajionline.com

04 June 2014

Demi kesihatan dan kehidupan Si Manja Mama

Kombinasi Omega,Mealshake dan Chewable Vita C untuk jantung hati saya Kasih dan Ammar..

Alhamdulillah imuniti badan mereka lebih kuat, sel-sel otak berkembang dengan pesatnya, aktif bermain dan membuli mama, tiada lagi cerewet makan, alergik semakin berkurang dan kulit semakin gebu gebas...bukan kulit mak je yang nak gebu tapi anak-anak lagi penting..

Syukur atas rezekiMu Ya Allah..tiada yang lebih bahagia daripada melihat mereka membesar dengan sihat, cergas dan cerdas pintar...anything for u my babies..

Berikan si jantung hati anda kombinasi yang hebat ini...mencegah lebih baik dari mengubati...

Mama yang risau bila anak-anak tak aktif,
Hanani
012 3485657

03 June 2014

Vitamin E dan kesuburan lelaki..

Info sihat tentang kesuburan yang perlu diketahui oleh semua lelaki ganteng 👨👨

Vitamin E biasanya disyorkan untuk lelaki bagi membantu masalah yang melibatkan kesuburan. Tahap Vitamin E yang rendah biasanya ditemui pada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.

Jadi, dengan menggunakan supplemen Vitamin E, lelaki boleh meningkatkan kesuburan mereka.

Vitamin E boleh membantu meningkatkan pergerakan sperma dan kualiti sperma. Apabila sperma bergerak lebih bebas dan mudah serta kualiti tinggi, menjadikannya lebih mudah bagi seorang wanita untuk hamil.

Vitamin E juga telah terbukti untuk mengurangkan kecacatan sperma dalam lelaki, yang boleh membawa kepada kurang risiko kecacatan kelahiran atau keguguran.

Lelaki yang mengambil supplemen Vitamin E walaupun hanya untuk beberapa bulan boleh melihat peningkatan sehingga sebanyak 10% dalam masalah kesuburan mereka.

Renung-renungkan...anda mampu mengubahnya....🙏🙏

Info sihat ini hanya dari saya,

Hanani
012 3485657
Email: hanani217@gmail.com
Pengedar sah Shaklee anda..

02 June 2014

Selamat Hari Lahir Nur Kasih Nazreen

Pada 2.6.2010 tepat jam 11.15 pagi lahirlah permata hati pertama mama dan ayah ke dunia..jika diingat sejarah kelahiran Kasih memang buat mama rasa sebak sangat..automatik airmata akan mengalir laju..sesungguhnya Kasih kuat semangat dan sehingga hari ini menjadi buah hati pengarang jantung mama dan ayah..petah berbicara buat semua orang terhibur dengan keletah Kasih...Selamat hari lahir yang keempat sayang..

Semoga Kasih menjadi anak mama dan ayah yang solehah, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa menenangkan hati semua orang, sentiasa disayangi, cerdas pintar, aktif dan hormat semua orang..

Mama bangga dengan Kasih, kalau mama minta tolong cepat je buat..tanpa banyak soal terus buat..Syukur Alhamdulillah Kasih dapat fully breastfeed sampai 2 tahun setengah...itu yang terbaik dari mama untuk Kasih...mama halalkan segalanya sayang...semoga hidupmu sentiasa diredhai dan dirahmati oleh Allah swt...

Mama sayang Kasih sangat-sangat...be a good daughter to mama dan ayah...

Lots of love 💞💞💞💞,
Mama....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...