Subscribe:

26 October 2012

Salam Aidil Adha


Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam




24 October 2012

Last day arini

Yahoo, arini last day bekerja dan ready untuk bersalin saja sekarang ni. Semoga baby bagi chance mama nak beraya dulu. Doakan ye kawan-kawan...

21 October 2012

Berdebar

Alhamdulillah, harini dah 37 minggu 2 hari pregnant. Lagi 19 hari saje lagi ikut due date. Kalau sejarah kelahiran Kasih dulu aku cepat sehari je. Tak taula kali ni bila. Kali ni aku nak bersalin kat Bentong memandangkan dah nak cuti sekolahkan. Barang-barang dah angkut balik bentong. Tinggal baju aku dgn baju baby. tu pun sikit-sikit je. Aku kerja lagi 3 hari je then terus cuti sampai bersalin. Tak sabar nak cuti dah sebab dah tak larat bawa perut. Kali ni macam berat semacam je. Bapela berat baby keluar nanti..huhu..semoga dipermudahkan semuanya..amin..






17 October 2012

16 October 2012

Travel Changing Diaper/ Lapik Stroller


Salam semua. Kalau dah masuk blog mummy tengah pregnant sure macam-macam nak beli untuk new baby kan. Termaaukala aku sendiri. Macam tak pernah cukup je padahal anak kedua kot. Tapi orang kata tak baik bezakan anak pertama atau anak kedua. Kalau nampak yang comel-comel terus nak beli. Tapi tengok kemampuan juga la ye...Ni pun aku beli mana yang takde je..mana yang boleh pakai aku pakaikan gak untuk new baby..tak baik membazir. Aku memang dah lama nak beli changing diaper bag ni tapi asek delay je sampaila nampak kat FB Nurul Aziyana yang dia ada buat sendiri dan harga memang berpatutan terus aku order. yela, nak buat sendiri tak pandai..huhu..aku ada gak survey kat tempat lain tapi harga agak mahal dan takde bantal karipap ni. Tengok yana ada b uat terus order cepat-cepat. Dan yang bestnya kita boleh pilih design sendiri. Yana ada buat quilt juga tapi hanya baby quilt jela...tilam dan sarung bantal pun dia ada buat. Kalau berminat korang boleh tanya terus kat FB dia ye. Pape pm kalau berminat ye. Kat bawah ni antara gambar-gambar yang di snap oleh Yana. Barang dah dipos, tunggu sampai kat tangan je ni.


-


-


-


-

-


-



Ni la travel changing diaper tu...Design boleh pilih sendiri

Bila dibuka camnila rupanya

Boleh dilipat dan senang dibawa kemana-mana







13 October 2012

Menghitung hari


Menghitung hari...27 days to go...fuhh...dah tak lama lagi..mama redha bila awak mau keluar..yang penting semuanya selamat...amin

12 October 2012

Tanda-tanda hendak bersalin

Aku saja nak share tanda-tanda nak bersalin memandangkan aku pun dah tak lama lagi nak bersalinkan..just for the info saja.


1. Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

2. Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

3.Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

4. Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

5. Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

11 October 2012

Kasih dan Adam


Salam sume. Arini baru dapat nak update secara ringkas blog daku ini. 3 hari lepas aku berkursus sampai malam ok. Penat jangan cakapla sebab mak yong kan..Lagi-lagi dah sarat ni bila duduk lama je aku rasa macam nak patah je pinggang ni. Pastu bila bangun je rasa macam nak jatuh je baby kat dalam ni..cuak ok. yela, bukannya aku pregnant tiap-tiap tahun..macam dah lupa sakit nak dekat bersalin. Tapi tanda-tanda nak bersalin dah ada je ni. Hope baby keluar lepas aku dah sampai kampung. Sabar ye baby.

Sebenarnya nak citer tentang anak dara aku yang sangat teruja dapat sepupu. Sebelum ni dia je cucu kesayangan bagi aku dan suami. Ni bila dah ada sepupu dia kemain suka lagi. Sebelum ni kalau nampak baby takdela beria camtu sekali tapi bila nampak Adam je kemain lagi sayang dia. Cium, peluk beria kemain..dah terserlah dah sifat kakak dalam diri Kasih. Kalau Adam nangis je cepat-cepat dia cari botol susu. Risau kemain lagi. Pastu siap nak dukung lagi. Alhamdulillah, Kasih dah semakin pandai sayang dengan baby. Aku takdela risau sangat tapi mesti kena pantau jugakla nanti. Takut kena cucuk mata je baby nanti.





Kasih request ambil gambar dengan adam. Dah macam citer Nur Kasih je.



08 October 2012

36 minggu

Alhamdulillah, minggu ni sudah 36 minggu dan baby sangat aktif. Tak tahan wei, penat menahan nafas..pregnant kali ni baby sangat aktif berbeza dengan Kasih dulu. Baru 36 minggu tapi macam dah 40 minggu je rasa...Alhamdulillah, baby full term. Semoga dipermudahkan semuanya..amin

02 October 2012

Dia nak minum susu dah..

Alhamdulillah, arini genap umur Kasih 28 bulan @ 2 tahun 4 bulan..perkembangan terkini adalah anak dara aku tu dah nak minum susu selain susu mama. Mesti ada yang pelik napela aku beria nak bagi dia FM sedangkan susu ibu adalah terbaik...bukan apa umur Kasih pun dah 2 tahun lebih..suppose dah kena wean-off...tapi jangan risau since aku pregnant yang second ni susu memang merudum dan makin sikit hari demi hari tapi Kasih tetap setia dengan susu mama....itu hanya emosi dia je..bukan apa..selama 2 tahun bergantung dengan susu mama tiba-tiba nak bertukar memang ambil masa yang lama untuk tukar susu.. Sebelum ni kan ada kau bagitau yang aku risau yang Kasih reject sume FM dan alhamdulillah, sekarang dengan sendiri dia rela hati nak minum...tu pun yang fresh dalam kotakla..yang susu tepung belum try lagi..takpe, slow-slow bak kata orang.







Cubaan pertama aku bagi susu kotak ni memang direject tapi tetiba je kelmarin borong susu kat tesco then bagi Kasih dan dia sangat suka..sekali hadap je yang kid tu..so, arini aku decide nak gi beli yang susu tepung punya. Nasib baik dutch lady..huhu..takpela, dah 2 tahun kasih fully BF, now turn bagi FM pula..kepada ibu-ibu yang fully BF teruskan perjuangan korang ye..aku doakan semoga berjaya fully BF sampai 2 tahun. InsyaAllah untuk anak yang kedua ni aku akan pertingkatkan lagi pengeluaran untuk tampung perut dia. Doakan ye..Alhamdulillah, Kasih dulu berjaya aku fully BF. Harap yang kedua ni dapat juga fully BF sampai 2 tahun...                                                                                                                                                          


Idaman hati kasih sekarang adalah perisa strawberi dan coklat..yang original tanak..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...