Subscribe:

30 September 2012

Tudung Chiffon 3 layer ~ Dengan Harga Yang Murah ~


Salam 1 Malaysia semua...arini dengan besar hatinya aku nak upload entry tentang tudung chiffon 3 layer idaman ramai..hehe..ayat kemain lagi..sebelum ni aku memang ada jual tudung chiffon tapi 2 layer dan alhamdulillah semua dah sold out..sekarang ni aku jual tudung chiffon 3 layer pulak...aku jual dengan harga yang sangat berpatutan...sesiapa yang berminat boleh tengok design kat sini ye...kalau beli banyak dapat lagi murah..meh jamu mata meh...kalau nak bali untuk mak, adik, gf, kakak lagi dialu-alukan... klik sini untuk tengok macam-macam kaler...untuk...oh ye, disebabkan aku sayang korang aku bagi free postage sahaja..so, apa tunggu lagi....mehla beli..hehe


Now, ada promotion price untuk sesiapa yang berminat sebab harga adalah RM36/pc. Memang harga termurah di pasaran. 

29 September 2012

Bertambah lagi ahli keluarga baru


Alhamdulillah, BIL aku yang bongsu dah selamat melangsungkan perkahwinan pada 22 september yang lepas. Gambar dari official photographer tak dapat lagi just aku letak gambar-gambar yang sedara-mara amik yang ada dalam facebook saje..dan yang sedihnya takde lak gambar aku dengan pengantin..huhu..mak buyung nak jugak interframe..so, meh layan gambar diorang..





Selamat pengantin baru buat adik ipar aku..now dah ada biras baru...cantikkan biras aku..ni majlis kat teluk intan..kat JB buat bulan 12.  tak taula aku dapat join ke tak sebab tengah berpantang dan aku pantang kat bentong..



Tengok gambar pengantin rasa macam nak bersanding lagi je..

Ni la biras baru aku..cantikkan..huhu




28 September 2012

34 weeks

Alhamdulillah, aku sekarang dah 34 weeks..Macam kejap saje..dan aku rasa macam dah sarat sangat je ni..ni pun berjalan dah macam penguin je. Saje-saje update walaupun tak tau nak citer apa dah. huhu..arini suami kata nak cuci playpen..dah terasa macam dekat je..dan aku rasa macama tak sabar lak nak jumpa baby...doakan ye kawan-kawan

25 September 2012

Kasih di kala 2 tahun 3 bulan


Alhamdulillah, pagi tadi pergi check up baby kat KK semuanya ok..berat bertambah 500g saje. Kedudukan baby menurut kata nurse kepala dah ke bawah. Mintak-mintak betul apa yang dikata. Ok, sekarang ni nak citer pasal anak dara aku sorang tu. Siapa lagi kalau bukan Kasih Nazreen.

Lately, dia beria nak pakai tudung. Aku beli sehelai je. Kalau nak keluar je dia mesti cari tudung dulu..tak kirala pakai skirt ke nak gak pakai tudung..aku kalau dia pakai skirt tak bagi dia pakai..dah macam kelakar je..kalau pakai seluar baru aku bagi..macam gambar kat atas ni, pergi rumah atok cepat-cepat capai tudung...tu sebab pakai baju tidur, kalau tak takde maknanya...sekarang ni wording kasih dah makin clear dan aku makin banyak vocab yang dia tau..tapi kadang-kadang tu aku tak faham juga dia cakap apa...

Sekarang ni kasih makin suka melaram. Kalau pakai baju cantik sikit je, nak pakai lipstik siap eyeshadow ok. Nak cantik punya pasal..so, aku kena letak alat-alat mekap tinggi-tinggi supaya dia tak dapat ambik. Dan yang palin utama Kasih makin melasak. Kadang-kadang tak larat aku nak layan perangai dia..dah sampai 'phase of two'. Memang menguji jiwa dan raga. dengan keadaan aku yang tak larat sangat ni boleh buat hilang sabar. Tapi rasa sangat geram bila dah makin pandai sayang orang lebih-lebih lagi dengan baby. kemain lagi dia cium kalau nampak baby

Rasanya itu saje buat setakat ini..nanti aku update lagi..ni pun untuk peringatan aku di masa akan datang..pape pun mama sayang kasih sangat-sangat tau..

21 September 2012

Chocolate

Coklat yang dibeli dari Langkawi..sume ni aku yang punya..hehe..abesla gula tinggi..


Siapa suka makan coklat? Meh angkat tangan..sebabnya aku adalah penggemar tegar dengan coklat cuma time pregnant ni aku kena control makan benda-benda manis ni sebabnya takut dapat diabetes lak time peknen..huhu...2 coklat kat atas ni wajib beli kalau gi langkawi atau kirim kat sape-sape yang pergi...ada lagi yang aku suka tapi takde dalam gambar...so far, forrero rocher ni bahagian atas dah abes ok..bukan aku makan sorang tapi bagi sikit kat MIL ye...ni kalau aku sorang pun boleh abes..Kasih sekarang pun dah sangat suka..kalau dia nampak ni harus dia ngadap sorang-sorang...terpaksa aku sorok..tapi macam mana pun dia dpaat gak..punyala terror dia selongkar peti ais tu...Saje je update tentang coklat hari jumaat ni sebab aku adalah sangat suka dengan coklat..huhu..motif??? layankan je la ye..

Oh ye, esok adik ipar aku akan melangsungkan perkahwinan di Teluk Intan.minggu ni aku dah 33 minggu dan baby semakin besar dan aktif..tak larat mama nak layan dah...semoga baby behave dan aku tak sakit pinggang sebab nak travel jauhkan...semoga semuanya dipermudahkan...amin...doakan ye kawan-kawan..

12 September 2012

Cheeky Kasih Nazreen

beria mak ngah soh sengih cenggitu..Kasih pun melayan saje..

muka happy dapat makan lolipop..

11 September 2012

60 days to go..


Alhamdulillah, baby dah 31w 3d arini..berat baby adalh 2.1kg.bam bam kamu ye baby...macam takde harapan je nak baby kuar kurang 3kg..doc cakap kepala baby tak engage lagi. Doc cakap kalau tak engage jugak kena refer pakar..hopefully baby nak turun ke bawah.doakan ye kawan-kawan..yg penting baby sihat...lagi 60 hari je baby nak kuar..kalau ikut due datela..tak taula kalau nak kuar cepat lagi ke..semoga dipermudahkan semua..

10 September 2012

Review Legoland

Salam sume..ecewah..arini baru nak review tentang Legoland..aku pergi pun dapat pass masuk percuma bawah Kementerian Pendidikan..kiranya untuk cikgu-cikgu dan staff pendidikan. Kalau tak, tiket masuk je rm190 untuk dewasa (kalau tak silapla ke lagi mahal..aku dah lupa)..untuk kanak-kanak rm140...harga dah mahal macam check in kat hotel 4 bintang dah tu..hehe..kalau yang sangat mampu tak kisah kot tapi pada aku memang mahal harga tiket dia....from my point of view yang dah masuk dah tengok permainan yang ada Legoland adalah best jugakla..sebabnya dapat tengok karikatur yang dibuat menggunakan lego..aku adalah teruja jugakla tengoknya...so, aku rajinkan diri nak review tentang Legoland ni...maka, banyakla gambar untuk entry kali ini ye...meh kita jamu mata dengan gambar-gambar yang dah diambil..tak banyak sangatla sebab aku adalah tak larat ok..tak sedar diri mak buyung tapi nak pergi berjalan jugak..aku taktaula yang tempatnya adalah sangat besar..peringatan kepada yang nak pergi sila jangan pakai heel ok..pakai selipar atau sport shoes saje..kalau tanak kaki korang sakitla..aku pas balik tu kaki adalah bengkak..huhu..tobat dah tanak pergi dah...



kat bawah ni adalah adalah gambar-gambarnya dan yang bestnya sume dibuat menggunakan lego..


..



..



...





....




.....







ni adalah pelabuahan tanjung pelepas yang ada kat Gelang Patah.

eyes on malaysia..

tembok besar cina

taj mahal uolss

bandar melaka

ni tempat permainan..tapi aku tak mainla


hah, tu dia mak buyung 31week tak sedar diri berjalan..balik kaki bengkak..time ni kaki aku dah bengkak dah pun

dan lagi..tengah panas time ni ok..dengan jubah hitamnya berlengas sungguh rasa..

perut dah sama besar je dengan guard 2 org tu..guard tu diperbuat dari lego ye..cantikkan???

dan lagi, tuan tanah harus interframe..

castle apa ntah..

ni dragon park..dalam ni pun ada game..

ni adalah robot yang diguanakan dalam permainan yang di set dengan komputer..

hah, ni kat lego academy..sume cikgu akan dibawa ke sini dulu. diorang briefing tentang permainan yang digunakan sambil belajar..yang merah-merah tu adalah laluan untuk robot tadi..sume dah di set dengan komputer..

hah, minah ni adalah instructor kat bahagian ni..aku rasa dia orang filipina sebab masa dia bagi briefing tu slang dia dah macam filipina je..

ini adalah orang melayu ye..jangan salah sangka..dia tengah briefing camne penggunaan mesin boleh diaplikasi dengan menggunakan lego..so amazing...

minah ni pun tengah beria briefing camne tenaga solar boleh gerakkan benda alah 4 biji tu...boleh race lagi..dan aku punya yang paling laju bergerak wei..eksaited kemain kalah budak-budak..


aku suka tengok atok ni..cantikkan..pun dibuat menggunakan lego..aku try nak cabut tapi tak boleh..dah dilekat baik punya..haha

jat sini aku tak masuk sebab time ni nak pergi lego academy dulu..sudahnya sampai balik tak pergi..sini pun ada macam2 game..



tempat wajib bergambar bila dah sampai sini..sebagai bahan bukti...hehe

gambar pass masuk pun nak amik jugak..hehe



so, itu je aku dapat snap..ada lagi gambar tapi kat fon kawan-kawan yang lain..yang aku pergi ni tak bawa family..harini ada dapat lagi 4 tiket free dan aku soh suami aku pergi bawa Kasih..aku dah tobat nak masuk..penat wei..time peknenla..kalau tak peknen harus pergi lagi tu...so, ini je review aku dapat buat ye kawan-kawan..

05 September 2012

WW : Legoland


Aku dah sampai sini...bila mak yong dah beria berjalan, balik rumah bengkakla kaki..nanti aku review ye..arini tak sempat nak cite panjang-panjang...pape pun LEGOLAND best...

03 September 2012

Merancang Jantina Bayi

Tengok pada tajuk memang gempak tapi aku cuma nak bagi info apa yang aku baca dari web pakar sakit puan Dr Hamid Arshat...Pada sesiapa yang dah cuba cara ni mehla berkongsi bersama dan pada yang masih mencuba selamat mencuba ye. Sama-samala kita berdoa semoga diperkenankan doa kita. Amin..so, jom baca artikel kat bawah ni ye.


Merancang anak lelaki

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X danY. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX(anak perempuan).


Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Untuk mencubaanak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1.Makanan yang asidseperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan’.

3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4.Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;

1.Digalakkan memakan makanan yang berasid sepertilimau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain.Pantang memakan makanan laut.

2.Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’

3.Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.


Bila boleh tahu ?


Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur kandungan antara 5-6 bulan.


*artikel diambil dari web http://www.hamidarshat.com/

01 September 2012

Happy Birthday Sayang


Arini adalah birthday en suami..Happy birthday sayang...tak tau lagi nak bagi hadiah apa..dia bukan nak hadiah-hadiah ni..nantila fikir-fikirkan dulu..kita potong kek dulu je la ye..semoga panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki, jadi ayah yang paling best untuk anak-anak kita dan dirahmati oleh-Nya...Kasih dan mama sayang ayah sangat-sangat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...