Subscribe:

31 August 2012

Baby Merdeka


Alhamdulillah, arini aku dah jadi mama long dan kasih dah dapat sepupu..aiseh, tanak kalah tu..bukan tanak panggil mak long tapi macam hehe...takpela sama je kan..Adik ipar aku dah dapat baby boy pagi ni..wife dia bersalin kol 3.30 pagi tadi secaa normal dengan berat 3.2kg..patutla mengahnya biras aku nak membawa perut dia...dia pun tak sangka baby nak kuar tarikh merdeka rupanya..senang nak celebrate birthday sebab confirm cuti both mummy and daddy kan...nama tak tau lagi tapi baby sihat alhamdulillah dan proses kelahiran sama cam kasih guna vacuum juga..yang penting mak dan baby sihat...aku tak sempat jumpa lagi sebab pagi-pagi pas subuh aku dah gerak balik bentong..hah! balik bentong lagi???? ye, sebab suami ada barang nak amik..so, aku layankan aje...so, dah balik jb nanti kita jumpa ye baby..tak sabar nak gomol baby..pasni turn aku lak...peknen kali ni kaki aku cepat bengkak..time kasih dulu dah cukup bulan baru bengkak sikit-sikit...nasib baik hidung tak kembang sekali..tak taula akan datang..


sebelum terlupa SELAMAT HARI MERDEKA semua..

29 August 2012

Happy Anniversary Mak & Abah dan Happy Birthday Abah

Kek yang disponsor oleh Kasih untuk tok wan...Blueberry cream kek..sangat sedap wei..nak lagi..



Tanggal 24 ogos yang lepas adalah anniversary mak dan abah aku yang ke 32 tahun...Happy anniversary mak dan abah...esoknya pula 25 ogos birthday abah aku yang ke 56 tahun...Happy birthday abah..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa..sayang abah selamanya..Takde party besar-besaran pun...hanya belanja makan dan potong kek saje...Kasih adalah orang paling eksited nak potong kek..siap nyanyi happy birthday to u dengan beria sekali...

27 August 2012

Wajah baru dan 3rd trimester

Arini mood adalah ke laut untuk bekerja. Mana taknya dah lama bercuti..dan yang gembiranya minggu keje sampai hari khamis je..yeayyy...Alhamdulillah minggu akan genap aku pregnant 30 minggu..wah, rasa macam kejap je tapi yang menanggungnya saja yang tau betapa kena bertabah..semua orang cakap perut aku kecik saje tapi yang mengendongnya ini tau betapa hebatnya dugaan..ceh, cerita macam ko sorang je yang pregnant Nani..Lagi 10 minggu baby akan genap 40 minggu..kali ni tak taula bila adik nak kua..time Kasih dulu awal sehari je..aku redha je asalkan baby full term...


Sekarang ni cepat mengah dan cepat penat...dengan nak melayan anak dara sorang tu makin aku jadi tarzan..nasib baik raya aritu adik-adik aku dan tok wan kasih sudi melayan..kalau tak mesti mama dah jadi apa dah..Tadi aku timbang berat adalah statik sama berat sebelum raya..esok ada cek up...start minggu ni dah start cek up 2 minggu sekali..nanti seminggu sekali..layankan je la..semoga semuanya berjalan lancar...



23 August 2012

Masih mood beraya..

Alhamdulillah, harini dah raya yang ke 5 dan aku masih berada di kampung halaman ye..insyaAllah hari sabtu baru balik JB..beraya sakan ko..kan aku dah cakap kalau beraya aku memang takde kat rumah, so, kepada yang nak datang rumah next week aku dah ada ye..wahwah, cakap macam ramai nau nak datang beraya rumah ko kan..hehe..takpela, dah dijemput datangla ye..aku dah terbayang kuih raya yang banyak sape nak makan..tula, time membeli tak ingat..takpe..boleh jadi kuih raya haji sekali..huehuehue..arini baru berkesempatan nak update blog..beraya sakan ye..dan yang tak bestnya pagi raya tu tak sempat nak bergambar 1 family..nantila amik gambar...time memboyot ni takde feel nak berposing...


Raya tahun ni tak dapat nak makan banyak-banyak cam sebelum ni sebab mengah wei bila makan lebih sikit. dapat makan sikit-sikit je tapi kerap sebab baby dah semakin membesar..yela, dah nak 29week dah dia..dan aku rasa macam dah sarat sangat je dengan perut ni..tapi semua orang cakap perut kecik je..nampak kecik tapi mengah wei...dah tu sekarang baby sangat melasak..talarat aku..


okla, itu saje aku nak update tentang syawal tahun ni. Raya kalini memang tak sempat nak bergambar ..mood untuk bergambar adlah ke laut..insyaAllah nanti aku amik gambar sefamily jugak...sekian, melaporkan dari kampung...

15 August 2012

Salam Aidilfitri



Memandangkan arini adalah hari last bekerja sebelum hari raya, maka di kesempatan ini nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua dari aku dan keluarga. Jaga diri semasa di hari raya ye. Jemput datang rumah ye.

14 August 2012

Lagu raya kegemaran

Mentang-mentang nak raya lagi beberapa hari ni asyikla dok update tentang raya..Aritu aku dah up entry kuih raya sekarang nak up entry lagu raya yang paling best didengar lak. Aku lagi suka lagu-lagu lama dari lagu-lagu sekarang ni. Nape ntah lagu dulu lagi sedap didengar kat cuping telinga aku ni. Memang meremang bulu roma kalau dengar. Lebih-lebih lagi kalau duk jauh di perantauan macam aku ni..hehe..macam jauh sangat...Yela, parents duk jauh di pahang. Aku dok JB.


Ni adalah lagu raya kegemaran aku.

1. M.Nasir- 1 hari di hari raya

2.P.Ramlee-Dendang Perantau

3.Hail Amir & Uji Rashid-Seloka Hari Raya

4.Ahmad Jais-Selamat Hari Raya

5.Saloma-Selamat Aidilfitri

6.Sudirman-Dari jauh ku puhon Maaf

7.Siti Nurhaliza-Sesuci Lebaran

8.Anuar & Elina-Suasana Di Hari Raya


Tu semua antara lagu yang aku suka...Kalau dapat dengar rasa sebak je. Korang punya lagu raya kegemaran apa? Meh share sama-sama..

13 August 2012

Kasih dan Yaya


Anak dara saya sekarang ni sangat suka bergambar. Pantang nampak orang pegang telefon dan kamera, terus cakap 'mik gambar'...Ni semua gara-gara mama yang suka amik gambar sendiri kot. Sekarang baru nampak yang dia suka amik gambar. Last 2 weeks aku balik kampung so, berjalan ke uptown danau kota la kita. Kat sana kan ada belon-belon kartun tu. Kasih nampak terus cakap nak..Belikan je la..Pastu sibuk suruh amik gambar dengan yaya..atok layankan je la cucu yang sorang ni. Bawah ni gambar yang sempat atok amik guna fon...


...



...




....





....




....



siap lentok-lentok kepala lagi. Tapi tanak senyum..


time ni style tegak lak. Bibir maintain sepsi..huhu


bergambar dengan wan lak kat buai Kasih. Time ni lagi lentok habis. Dengan tangan lagi. Buai ni tok dengan wan beli khas untuk kasih ok..cucu sorang bolehla layan lagi..kalau dah ramai jenuh nak melayan sume request cucu.


11 August 2012

Perkembangan di kala 27 minggu


Alhamdulillah arini gennap adik baby 27 minggu. Ini ikut perkiraan last periodla..Kalau ikut scan lebih kurang jugak..Antara perubahan diri adalah :

1. Cepat rasa kenyang. Makan sikit dah cukup tapi berulangkali
2. Pergerakan semakin aktif. Setiap kali bergerak rasa nak terbuang air kecik je.
3. Cepat mengah berbabnding dari Kasih dulu.
4. Pinggang dah start rasa sakit.
5.Kadang-kadang kat pangkal paha rasa sengal time nak berjalan
6. Perut dah makin ke depan.
7. Adik dah pandai mengeraskan diri.

Itu antara perubahan diri rasanya..Ada lagi kot tapi macam lupa-lupa pulak. Alhamdulillah masih dapat berpuasa walaupun kadang-kadang rasa macam nak berbuka je..Nak-nak time panas terik tu. Adik baby lak kemain kadang-kadang buat keras tu. Sakit wei. Pastu dapat lak Kasih dok atas perut ni..Lagila senak dibuatnya..huhu..Bila mengiring belah kanan je baby sure gerak-gerak lebih. Bila baring belah kiri je ok la plak. Behave je. Adik sangat aktif sekarang ni..tak kira pagi, petang, malam...melayan je dia bergerak. Kadang geli kat bawah tu..Tu yang nak terkucil je.

Oh ye, sepanjang dah buat scan 2 kali guna 3d/4d doktor mengesahkan bahawa adik baby adalah BOY. Ye, aku rasa terkejut gak bila doc bagitau. Memula aku ingat tanak tau gender tapi doc cepat-cepat je bagitau..dia yang excited time bagitau..Kalau betulla boy yang kuar nanti dapatla sepasang. Kepada kawan-kawan yang bertanya sekarang sudah terjawab persoalannya :). Sebenarnya aku dah tau gender baby time 18 minggu lagi. Then time 24 minggu nak double confirm. Alhamdulillah still sama. Tapi tak taula kan..Persiapan aku buat ala kadar je tapi setiap kali gi shopping ada gakla beli untuk adik baby..geram wei beli kat baby department tu..mesti nak beli gak. InsyaAllah aku akan bersalin kat kampung kali ni dan berpantang kat sana. Kebetulan aku bersalin time cuti sekolah. Semoga dipermudahkan. Amin


*ehsan google..


10 August 2012

Tahniah PANDELELA RINONG....


Tahniah pada PANDELELA RINONG kerana berjaya dapatkan pingat gangsa untuk Malaysia. Dan yang paling best dia adalah wanita pertama yang bawa pingat kepada Malaysia. Umur pun baru 19 tahun. Mesti bangga mak ayah dia. Apa-apa pun MALAYSIA BOLEH.


08 August 2012

Biskut Raya Kegemaran


Sempena hari raya yang bakal menjelang ni, harini aku nak up entry biskut raya kegemaran aku sejak dari kecik. Biskut-biskut ni wajib ada kat rumah aku setiap kali raya. Dan yang paling tak tahan semua aku buat sendiri je. Satu je yang aku tak buat adalah kuih batang buruk. Susah wei nak buat dia. Aku tau makan je. Bahan mak yang beli then aku dengan makcik dan adik la yang membuatnya..sedap tak sedap belakang kira. Tapi selalunya habis gak kuih-kuih kitorang buat tu. Tapi since kahwin ni aku tak pernah buat kuih lagi..percaya atau tak itulah realitinya. Bukan malas tapi nape ntah asek kuih tunjuk je sejak kahwin. Biskut-biskut yang aku suka tu bukan susah mana pun nak buat tapi masa kot. Kemain lagi ko bagi reason kan Nani. Orang lain boleh je buat even kerja..So, meh aku senaraikan kuih wajib itu ye....


...




...




....





....




.....




Kuih kegemaran sepanjang masa....

1) Chocolate chip crunchy...ni kalau tak raya pun aku suka makan. Nak-nak lagi beli kat Famaous Amous tu..sedapnyaaaaaaaaa.




2) Kuih Batang Buruk. Ni antara kuih tradisional yang aku sangat suka..kalau makan habuk dia terabur kat mulut tu yang heaven.




3) Tat Nenas. Tapi aku lagi suka yang tak bergulung camni sebab lagi sedap. Aku suka yang initi dia sejemput kat tengah-tengah..



4) Biskut Arab. Ni la biskut paling senang yang nak dibuat dalam dunia. Tapi sedapppppppppp. Aku suka yang plain camni. Yang kaler-kaler dah tak ori...hehe..nampak tak sedap tapi yang penting kalau makan rasa heaven sangat...






5) Biskut Mazola. Aku tak tau nape aku suka tapi kalau sekali hadap sorang kejap je habis. Nak-nak yang crunchy..




Itulah biskut yang aku akan terbayang setiap kali raya. Tahun ni biskut-biskut ni semua dah ditempah awal-awal. Untuk biskut arab dan mazola aku memang wajib soh makcik aku buat..bayarla kat dia...So, korang pulak apa kuih yang wajib ada setiap kali raya..Jomla share bersama....


07 August 2012

Suprise !!!!!



Perasaan hari ini adalah sangat gembira...Kenapa??? Sebabnya adalah kerana aku dapat suprise present dari suami. Tetiba je ada bungkusan besar cantik je atas katil pas mandi..Perasaan adalah sangat tak sangka sebab suami aku ni bukan jenis romantik nak bagi hadiah-hadiah ni...Tanya dia ni bagi hadiah sempena apa..Dia cakap sempena birthday dan saje-saje..boleh pulak gitu...Aku pun tak cakap banyak senyum sampai telingala...Yela, birthday aku dah belated kan..dah tak mengharap..Macam yang aku cakap dalam entry lepas, suami tersayang aku ni memang tak suka bagi hadiah time hari-hari penting..ikut suka dia je nak bagi bila...Memula dulu sentap gak tapi dah nak 5 tahun usia perkahwinan kitorang dah jadi lali..Tapi wishlist yang satu itu masih belum dapat lagi..takpe, tunggu je la..haha..mengharap jugak tu..

Tak sempat nak snap gambar kotak cantik pagi tadi....tapi yang penting isi dalamnya...Nak tau apa suami aku bagi...jeng...jeng..jeng...aku terima dengan sangat gembira...Apa-apa pun TERIMA KASIH ye sayang...huhu..sangat-sangat terharu..



ni la hadiah yang aku dapat..sekali dapat dua terus..pakej agaknya...


....


....



.....



....




......




......




Perfume DKNY Be Delicious...aku memang dok cakap nak beli perfume ni tapi asek tertangguh je..tak sangka lak suami ingat...



dan satu lagi adalah ini...

...



...



....



...




....


sandal fitflop bunga-bunga kaler hitam..yang ni memang dalam wishlist juga..dan akhirnya jadi hak milik juga...dan sekali lagi dia alert dengan wishlist aku... :)


Sesungguhnya aku sangat suka dengan hadiah yang diberi..Terima kasih ye En Suami...Nanti bagi lagi ye...




03 August 2012

99 days to go


Tengok pada ticker yang ada kat blog ni macam tak percaya je lagi 99 hari je countdown to pop adik baby..Kalau ikut sejarah lepas aku deliver cepat sehari..tapi tak taula kali ni...yang penting semua selamat dan aku dan adik dapat discharge cepat..tak macam time deliver kasih dulu sampai nak dekat 2 minggu kasih warded...doakan saya ye kawan...sempena bulan yang mulia akan dapat lebih keberkatan..amin..esok genap 26 minggu adik dalam rahim mama..semoga dipermudahkan segalanya...Gender adik baby akan diinform kelak...ceh, budget artis lak nak umum-umum bagai..hehe...kalau benar seperti yang dilihat kat screen time scan aku sangat bersyukur..yang penting sihat dan sempurna...

Wajah di kala 25 minggu


Ni adalah wajah terkini di kala 25 minggu 4 hari... Pakai tudung obama saje yg berharga RM4 saje...sekarang ni aku sangat suka pakai tudung ni..kalau pergi kerja pakai jubah dengan tudung ni je...senang pun senang....murah pun murah..so, kerjanya mengumpul tudung ni je..

02 August 2012

Hadiah dari Kawan Blogger - Princess Momoy


Semalam aku rasa terharu sangat..Kenapa??? Sebabnya dapat hadiah dari kawan blogger - Princess Momoy. Terima kasih sangat-sangat ye darling. Baru je kenal dengan dia. Dia memang selalu komen pada setiap entry. Dan yang paling tak sangka dia bagi hadiah sempena birthday aku. Even dah belated tapi aku rasa terharu dan happy sangat. Ingatkan apala parcel yang sampai untuk aku sebab takde plak beli barang online lagi. Rupa-rupanya adalah hadiah misteri. Kepada Momoy, terima kasih banyak-banyak ye. Mood adalah happy sebab dapat beg baru.. Senyum sampai telinga.



Jeng......jeng....jeng....ni la hadiahnya.....beg ni sangat best material dia...simple dan cantik.

..



...




....





.....




....





.........








01 August 2012

Angry Bird


Aku baru pasan, dua tiga harini aku asek citer pasal Kasih je. Takpela, sape lagi nak citer kalau bukan mama kan... Nanti bila adik baby dha kuar asek citer pasal adik lak. Harap aku akan adil kelak.. Kasih adalah die hard fan Angry Bird ok. Sebabnya dia dah terjebak main game angry bird kat tepon aku sampai aku susah nak pegang fon aku sendiri ok. Sikit-sikit nak bird je. Tu adalah salah satu sebab aku jarang dapat bertwiter ok. Panntang nampak, dah macam dia punya fon je. Mama pun layankan je la. Aku memang tanak bagi dia terdedah dengan gadjet ni tapi ntah camne dia boleh terjebak gak.


Sekarang ni sikit-sikit nak angry bird. Aku pun kalau jumpa pape yang berunsur angry bird terus teringat kat anak dara sorang tu. Aritu ada orang jula buku datang kat sekolah terus aku cari ada tak colouring book angry bird dan upin ipin. Ada buku angry bird saje, so aku belila..Sampai rumah aku yang tak sabar nak bagi Kasih kaler. Dia sangat teruja. Abes dia kaler setiap page..tak sia-siala mama beli..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...