Subscribe:

18 April 2012

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...

Salam semua. Dah lama aku tak update blog kan? Sebabnya kerana alahan aku dah semakin menjadi-jadi. aku ingatkan pregnant kali ni takde alahan macam expecting kasih dulu tapi hanya sangkaan sahaja tapi alhamdulillah kali ni alahan aku tak teruk sangat sebab aku masih boleh makan dan tak pening sangat macam anak pertama. Aku perasan start 9 minggu alahan baru nak bermula. Antara alahan yang aku alami :

1. Start pukul 6 nak ke malam tu lepas makan je tekak dah rasa semacam je. Kembang semangkuk je dan kalau tak tahan sangat apa yang aku makan akan keluar semula.

2. Mengantuk yang teramat sangat. Nasib baik Kasih pun tidur awal sekarang. Paling lambat aku tidur pukul 10.30 malam.

3. Tak boleh bau minyak dan tumis-tumis ni tapi kalau pagi-pagi boleh pulak. Tu yang aku masak awal-awal sebelum tekak kembang.

4. Suka makan yang manis-manis je. Asam makan jugak tapi dah lama rasa nak muntah je.

5. Buah yang paling suka adalah mangga manis. yummy

6. Aku suka makan ketam. tak kirala masak apa.

7. Hari-hari makan nasi paprik pun takape. yang penting sedap. Aku boleh makan time malam tapi yang beli kat kedaila. Kalau aku masak semua rasa tak sedap.

8. Suka marah-marah tapi part nak marah kat kasih kena control gak kalau tak sian tengok muka dia.

9. Cepat sangat penat dan yang penting perut yang kedua ni cepat naik dari yang pertama. Tak sempat nak amik gambar lagi. Nanti korang terkejutla tengok

10. Muka ada naik jerawat dan kulit tak sekata. Rambut gugur kemain lagi yang kali ni. Kalai time kasih dulu tak payah beria nak berjaga sangat cantik je kulit muka dan rambut pun tetiba je cantik bersinar..haha.. dah macam iklan pulak.

Ni la antara alahan yang aku rasa sepanjang 10 minggu pregnant yang kedua ni. Dan kasih sangat suka melekat dengan aku sampai aku naik rimas kadang-kadang. yela, dahla, kepala ting tong pastu anak asekla nak meragam je. penat wei tapi aku gagahkan diri juga. Lupa pulak, kali ni aku boleh lagi nak mengemas rumah tapi bila dah serabut sangat baru aku hegeh-hegeh nak kemas kalau tak aku biar jugak. disebabkan aku time pagi sangat cergas tu yang time weekend je, bangun pagi-pagi kemas segala mak nenek yang menyakitkan pemandangan mata sebelum tak larat nak buat semua. Ni pun kepala ting tong mengadap lappy lama-lama. jadi pening-pening lalat. semoga aku tabah hadapi semua ni. Baru 10 minggu ni. its a long journey to go. doakan aku ye kawan-kawan.

05 April 2012

10.11.12

Kenapa tarikh tu yang aku tulis sebagai tajuk??? cer teka cer teka..mengada-ngada la plak ayatnya.. oklah, itu adalah due date untuk adik Kasih. Kalau betulla keluar tarikh tu sangat cantik tarikh lahir adik baby. Tentang jantina pula, bohongla kalau cakap tanak boy lak kan. Tapi tak kisahla asal sihat dan sempurna semuanya..yang penting time bersalin nanti semuanya dipermudahkan. Amin. Alhamdulillah pregnancy kali ini alahan tidak seperti time expecting kasih dulu. Dan aku selalu buat kerja-kerja lasak.. dengan kasih yang nak berkepit je dengan aku walaupun ada ayah. Nape ntah, sampai kadang-kadang aku jadi geram sangat. Tapi takpela, anggap je dia die hard fan kita. Ingat artis je ke ada die hard fan.aku pun ada tau...hehe..sikit-sikit mama...time tengah mara dengar anak sebut mama terus jadi cair..itulah aku, mara camne pun bila anak datang peluk dan cium pipi terus tak jadi nak mara..Sekarang ni kasih tak minum susu sangat. Susu aku dah drop. dah tak dapat nak buat stok time pergi sekolah. So, sepanjang aku kerja, Kasih hanya bergantung pada makanan lain dan air masak. Dan dia sangat suka minum susu kultur macam vitagen, solivite dan nutrigen tapi tidak pada fm.aku pun dah tak tau nak buat apa.sedih memang sedih dia tanak minum fm tapi bila tengok selera makan dia ok aku tak kisah sangat. asalkan sihat sudahla. ada gak mak dengan mak mertua aku bising suh bagi kasih fm. aku dah bagi tapi dia memang totally reject.
aku tak try letak jadam lagi kat cik B. Aku ingat nak letak asam jawa dulu takla masam sangat. Tapi skang ni time siang kasih kurang minum susu just makan je. semoga impian nak tengok kasih nak minum fm akan tercapai. Tinggal lagi sebulan lebih je untuk stop terus bf ke kasih. so far, alhamdulillah dapat bf kasih lagi. Semoga dapat capai impian tu sebelum genap kasih 2 tahun.

04 April 2012

Mood baru :)

Arini mood sangat happy sebab baru dapat update blog guna lappy. tq en suami sebab merealisasikan impian nak lappy baru. Alhamdulillah murah rezeki. Rezeki anak-anak. Bilala dah dapat update guna lappy tak tau lak nak tulis panjang-panjang maka akan masuk dratf je la.. Alhamdulillah pregnant kali kedua ni tak banyak soneh sangat macam yang pertama. Semoga akan sentiasa begini sehingga cukup bulan cuma tang tekak je kalau malam kadang-kadang kembang sangat2. Macam dah takde idea je..nanti-nanti update lagila..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...