Subscribe:

22 February 2012

Mari mewarna dengan Nur Kasih Nazreen

Hai kawan-kawan mama. Harini mama bagi can pada saya untuk berbloging. Thank you mama sebab beri peluang pada Kasih. Asyik mama je yg update. Update tapi pinjam gambar kasih. Harini saya nak share dengan kawan-kawan mama tentang hobi baru saya. Sekarang saya sangat menuli, mewarna atau kata lain menconteng. Saya kalau boleh nak warna setiap masa tapi mama tak bagi sangat sebab saya suka nak makan colour pencil tu. Saya cuma nak rasa je. Sedap ke tak. Rasa dia bolehla. Sedap lagi fries yang mama selalu bagi. Semalam bagi saya try crayon. Yang ni lagi best tau tapi habis tangan saya comot. Saya selalu colour buku power puff girl. Saya tak tau sangat apa tu tapi gambar-gambar dia comel sangat. Saya harap mama saya bagi saya try colour water pulak. Oh,yang tu mesti lagi best sebab ada water. Tapi saya rasa mama bagi bila saya dah big big girl nanti. Apa-apa pun saya suka mewarna dan menconteng. Oklah, saya dah sleepy so sekarang saya nak sleep. Babai sume.

20 February 2012

Its Monday blues

Harini rasa sangat-sangat penat. Da lama tak berseminar dr pg sampai ptg straight okeh. Penat tak terkata. Dalam penat-penat tu sempat gak masakkan untuk Kasih. Tak taula nape,mesti nak masak untuk dia. En suami aku lak agaknya nampak aku penat je tros dia ckp tak payah masak. Terus rasa lega. Da nama pun dah kahwin, terpaksala gagahkan diri je. Kalau tak ingat nak mandi terus tido. Tapi sejak da ada anak ni,kenala layan dia dulu. Tp harini mmg surrenderla. Mak penat okeh. Ish, entry apala cenggini. Tak berkualiti sungguh. Entry ni lebih kurang macam sesi luahan perasaan lak. Mata sudah layu da ni. Apalagi, jom kita beradu..

19 February 2012

Minggu yang tak ke mana-mana.

Buat pertama kalinya minggu ni aku tak ke mana-mana time weekend. Hanya duduk kat rumah je. Ni kira qada' minggu lepas ada sekolah ganti. Dapat relax puas-puas kat rumah. Tapi biasala kalau da namanya isteri dan mama mana boleh dok goyang kaki kat rumah. Ada je nak dibuatnya. Rumah memang bersihla aku kerjakan. Da penat kemas masak pulak. Terasa macam Supermak lak. Penat memang penat tapi bila tengok da siap semua terasa puas sangat. Tido pun puas. Da lama aku tak tido petang. Sekali dapat tido rasa puas sangat. Bila da tido aku pun jemaah sekali. En suami online je dengan tenang tanpa gangguan anak dara sorang. Tapi tu la,bila dah biasa berjalan time weekend bila tak berjalan rasa semacam je. Nasib baik Kasih tak ngamuk. Kesimpulannya aku memang tak boleh dok rumah je kalau cuti. Next week kena outing juga.

17 February 2012

16 February 2012

Bagaimana nak atasi penyakit 'M'?

Salam semua. Sudah 2 minggu lebih tak update blog. Taktaula nape penyakit M ni datang balik. Aku rasa sebab update melalui fon kot. Tak dapat nak letak gambar banyak-banyak. Amboi,kemain lagi alasan kau bagi ye. Tapi demi BE aku gagahkan juga. Kata nak jadi mcm ceera. *perasan retis leteww* apasalahnya kan. Lately anak dara saya makin melasak. Memanjat sana sini da macam boboi je Kasih. Mama kadang-kadang jadi tarzan gak. Tapi Kasih memang tak takut sangat dengan aku. Cer dengan ayah, sekali ayah tenung terus menciput lari. Kalau mama tenung bukannya takut. Suami aku memang tegas sikit dengan anak. Kalau Kasih kena marah dengan ayah terus lari peluk mama. Yang tak tahan kalau dengar lagu Wondergirls kemain lg menggedik menari. Tapi bila kenangkan kemanjaan dia terus aku jadi cair dan terfikir dah bersediakah aku nak bg Kasih adik? Nanti aku takut tak dapat bagi kasih sayang sama rata. Tapi kalau rezeki, aku dan suami terima dengan hati terbuka.

06 February 2012

International Kissing Day

International Kissing Day! what the day?

"Enjoy the simple pleasure of kissing today!"

Untuk umat ISLAM yang bukan muhrim adalah HARAM ok...bukan semua yang ada di barat boleh dibuat kat Malaysia ni..so, berpada2 kalau nak ikut pun..

05 February 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...