Subscribe:

29 November 2011

Hobi baru

Macam budak-budak lain yg sebaya dengan kasih memang sangat suka main air kan.lebih-lebih lagi bila mandi kolam.tak kirala kolam besar atau pun kolam tiup tu.kasih tak ketinggalan juga.saya beli kolam ni da lama.pas gi bday party mica anak dara cira tros gi tesco cari.murah jek.nak beli yg besar tak cukup space kt umah tu.asalkan anak suka mama dgn ayah pun suka jugak..pantang ada masa terluang mesti kasih minta nak main dalam kolam tu.sangat fleksibel kolam ni sebab senang nak bw ke mana-mana.nak masukkan angin kena guna pam yg sama utk pam bola..bila da ready je kolamnya apalagi terjunla di dalamnya.sib baik xbesar sangat kalau tak,sure mama join sekali.best woo..kesimpulannya kasih sangat suka bermain dgn air,so senangla mama nak ajar kasih swimming.nanti kita blh swiming sama-sama..;}

21 November 2011

Cuti panjang,masa untuk merehatkan minda

Alhamdulilah arini saya sudah mula bercuti panjang hingga 3 januari 2012. motif bagitau kat sini.bukan nak show off tp sekadar luahan. dah kata blogger haruslah nak bagitau tak gitu. Ok,saya runsing juga sebenarnya sebab risau tak nak fm langsung after dah naik keje.saya bercadang nak hantar kasih kat tadika atau nursery next year. risau dia nak ebm saje dan stok tak byk. harap dapat buat stok sepanjang cuti ni. Dahla nak gi bercuti bagai. Ish, moga dipermudahkan sume. Ari rabu ni akan bertolak ke kampung @ bentong dan akan bertolak ke kedah pada ari jumaat. Pastu saya akan stay di bentong sampai tak tau bila. Ingat nak berjumpa kawan2 kat kl. So, geng2 UB jom jmpa nak? Pape saya roger.

16 November 2011

14 November 2011

Guru oh guru

Pertamanya saya ingin bersyukur ke hadrat Illahi dengan apa yang diberi..mungkin ada hikmahnya kenapa saya resign kerja lama dan bertekad untuk menjadi seorang pendidik..pada mulanya saya memang agak keliru samada tindakan saya tepat meninggalkan kerja di bidang IT dan menjadi seorang pendidik...sampai ada yang cakap gila ke apa ko resign keje semata-mata nak jadi cikgu..sedangkan gaji yang ko dapat lagi banyak wei...saya memula pun ragu-ragu dengan keputusan saya tapi alhamdulillah dengan petunjuk yang DIA berikan saya nekad jadi seorang guru..maka isu gaji cikgu banyak tu bukan sebab utama saya resign ye....antara faktor utama kenapa saya nak jadi cikgu adalah :

1) Masa dengan keluarga lagi banyak...
tak saya nafikan selepas saya dapat jadi cikgu je saya mempunyai quality time yang betul2 berkualiti..

2)Kurang stress
Ni adalah sebab utama saya nak jadi cikgu..tapi sekarang kerjaya sebagai guru bukan senang wei..kalau dulu2 ye..tugas guru hanya mengajar je tp sekarang macam2 nak kena wat..tapi alhamdulillah, saya mendapat kawan2 guru yang sama2 menolong saya dari saya tak tau apa2 sampai sekarang..keje ;ama sangat stress okeh..even gaji lagi banyak tapi asek stress tak boleh jadi gak..

lagi apa ye? yang lain2 tu saya rasa tak perlu saya nyatakan kat sini...sesiapa yang dalam gomen faham maksud saya...sesungguhnya janganla cakap keje cikgu ni mudah ye..sebabnya tugas nak mendidik anak bangsa bukan senang wo..bayangkan kalau dapat budak yang tak kenal huruf dan cikgula yang kena ajar sampai pandai..kalau tak jenuhla nak menjawab bagai dengan pentadbir sekolah, pejabat pelajaran, jabatan pelajaran dan semestinya kementerian..sesungguhnya saya bersyukur menjadi pendidik....

saya sertakan sekali berita mengenai kenaikan gaji guru yang membuatkan ada yang bengang dan macam2 lagila..jangan hanya pandai mengomen dan marah2 tapi tengok dulu sebabnya...guru2 dapat naik gaji rasanya sebab ada UNION yang mempertahankan hak sebagai pendidik dan bekerjasama dan sepakat dengan apa yang dibincangkan..so, kepada guru2 sekalian jom join NUTP untuk kebaikan bersama...kepada kakitangan kerajaan yang lain sila join union yang melibatkan hak2 memperjuangkan kebaikan2 yang akan menguntungkan semua pihak..


sorry ye sebab entry ni agak emosi kerana saya agak bengang dengan tuduhan kenapa gaji guru lagi tinggi daripada gaji doktor atau jurutera kat malaysia ni..itulah gunanya kesatuan yang ada..sila jangan ambil hati atau seumpama dengannya...

kat bawah ni adalah berita yang dah lama tapi saja untuk berkongsi dengan rakan-rakan pendidik sekalian..

KUCHING 16 Mei – Warga pendidik kini boleh menikmati lonjakan gred dalam perkhidmatan melalui kaedah kenaikan pangkat yang diberi nafas baru melibatkan pengenalan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru bermula 1 Januari 2012. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi kaedah itu guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Menurutnya, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru, laluan kerjaya guru yang terlibat dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PDP) akan diperluaskan sehingga ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

“Kewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi rakaman video yang ditayangkan pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 yang dilancarkan oleh Timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. Sambutan bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta 4,000 warga pendidik dan tetamu jemputan.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa mana-mana guru yang menunjukkan kecemerlangan seperti ditetapkan oleh lembaga tersebut boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Katanya, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

“Untuk itu, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus menjadi 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya.

Beliau turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Katanya, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 pula dinaikkan ke Gred DG48, melibatkan 6,585 jawatan.

“Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan,” katanya.

11 November 2011

Batman car

Saya update dari fon.so,gambar ada tidak center.kat blog xdpt nk upload gambar lak.geram je rasa.tp tetap nak upload gak.so,fon la yg jd mangsa.memandangkan kasih sgt teruja nak driving so saya belikan batman car ni.eh,silap lak.bkn beli tp bg kasih naik jap je.nak beli kete ni nak letak celah mana plak kt umah ni.gaya xboleh bla je kan anak dara saya ni.nanti mama belikan car menan ye.

11.11.11

Satu lagi tarikh cantik di hari yang sangat cantik iaiatu jumaat penghulu segala hari..ramai pilih tarikh nak kawen dan deliver baby...apa ye nak bebel kat sini..just nak inform yang sangat bizi hingga takde masa untuk update..huhu..sedih sebenarnya..banyak nak di share tapi tak sempat..ada je halangan..sorry sangat2..laptop sekarang ni pulak buat hal..lagila sedih..hopefully next week ok..so, selamat bercuti semua

04 November 2011

Contest Anakku Berfotogenik

Saya telah di tag oleh ibu husna @ fashya untuk join contest ni..jom kita join beramai-ramai ye kawan-kawan...dah lama tak join contest dan yang penting tak pernah menang kalau join..bilala nak jadi pemenang ni...huhu...tapi takpela, saje nak memeriahkan majlis...klik gambar di bawah untuk syarat2 penyertaan...




gambar yang saya pertaruhkan adalah di bawah ini..fotogenik la sangat...





Nama Anak: Nur Kasih Nazreen bt Muhammad Azreen
Nama Ibu: Nur Hanani Abdul Hamid
Nama Ayah: Muhammad Azreen bin Azman
Umur: 1 Tahun 5 bulan

Nama di bawah adalah orang bertuah untuk membuat tugasan ini ye:

1) Ummi mya - Yantie

2) Mama amira - Sue

selamat membuat tugasan ye...

03 November 2011

♥♥ Happy 4th Anniversary ♥♥

Alhamdulillah arini genap usia perkahwinan kami 4 tahun..hah! dah 4 tahun ko kawen nani??? cam tak caya je tapi itulah realitinya...sesungguhnya pelbagai rintangan dan dugaan yang kami harungi bersama...berkat kesabaran dan kepercayaan antara satu sama lain segala dugaan dapat kami tepis walaupun ada hati yang terasa tapi itu semua adat resam dalam perkahwinan..saya masih ingat lagi..seawal perkahwinan kami berumur 2 bulan tak silap, saya ada membaca sebuah buku bertajuk RAHSIA RUMAHTANGGA BAHAGIA (penulis tak silapnya dr hamka)...alhamdulillah, dengan buku itulah saya berpegang dengan ayat apa guna berkahwin kalau untuk bercerai...pelbagai tips dan panduan yang ada dalam buku tu..selain daripada buku tu, saya selalu merujuk pada sifu tak lain tak bukan adalah mak saya..mak saya adalah my best dr love..kalau sedih sikit bagitau kat mak..bukan apa, saya dah tak tau nak luah kat sape..tapi setiap kali luah kat mak mesti cakap jangan bagitau sape2...rahsia besar..mak akan bagi semangat dengan kata2 yang betul2 wat saya berfikir berkali-kali kalau nak buat keputusan..biasala kalau baru2 kawen macam2 nak kena hadap..betul tak?? saya memang salute pada pasangan yang takde masalah langsung masa awal kahwin..tapi rasanya mustahil takdekan..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri...

Saya akui masa awal perkahwinan saya banyak mengalah dan banyak toleransi dengan suami..yang penting komunikasi berkesan antara suami isteri..saya bukan nak cakap saya ni jarang bertikam lidah dengan suami tapi alhamdulillah, lepas berbincang elok2 dan dapat kata sepakat terus wat keputusan dan tak tukar-tukar dah...yang penting jangan pendam..kalau tak lagi kita stress...

4 tahun bersama membuatkan saya dan suami seperti pasangan yang tak dapat dipisahkan..ingat lagi time awal2 peknen, time cuti sekolah saya balik kampung dan suami tinggal kat JB rasa macam rindu gila la...patutla orang cakap, kadangkala harus ada ruang untuk kita bersendirian biar ada rasa rindu membara pada pasangan..selepas pada tu je, setiap kali cuti sekolah panjang je mesti saya akan balik kampung..lebih2 lagi dah ada anak ni..pergi holiday juga adalah antara pengikat kasih sayang suami isteri..lepas bersalin je suami saya nekad untuk bekerja sendiri dan jaga anak time saya pergi sekolah.jadi mr mama okeh.bukan senang tau kalau suami kita offer diri nak jaga anak sendirian time gi keje..alhamdulillah sume dipermudahkan oleh ALLAH..macam pelik je kan bila cakap suami yang jaga anak time saya gi keje..tapi semuanya ok..bidang tugas suami saya flesksibelselepas kelahiran anak kami perniagaan suami saya dimurahkan oleh ALLAH..ada je job masuk...yela, bila bekerja sendiri lagi ada masa..so, kasih hanya kami berdua yang jaga...nasib baik saya abes mengajar seawal jam 1.30..kalau tak jenuh gak...memula cam tak konfiden je nak bagi suami jaga anak kecik2 ni..dengan fully BF lagi..tapi dia yakinkan saya yang dia boleh buat...alhamdulilah, dah 17 bulan suami jaga kasih..dan genap 2 tahun nanti baru nak hantar kasih ke nursery kot..even kasih kami berdua yang jaga tapi social skill dia sangat ok sebabnya dia tak takut dengan orang dan suka berkawan..pantang nampak budak baya2 dia terus nak berkawan...ish, kalau nak citer sume kisah suka duka sepanjang 4 tahun bersama memang panjang berjela la karangan tapi sesungguhnya saya bertuah kerana berkahwin dengan Muhammad Azreen Azman..dia memahami saya dan sentiasa ada di waktu sedih dan gembira..kawan baik dan juga pendengar yang setia..dia seorang ayah yang sangat penyayang..semoga perkahwinan kita diberkati hingga hujung nyawa...i love u so much....doakan kebahagiaan kami ye kawan-kawan...sayang korang sume...



ticker ni wajib letak ye..



kami berdua..


family kecil saya


cinta hati kami...



*kitorang tak decide lagi nak celebrate katne lagi..aci tak??

02 November 2011

17 bulan @ 1 tahun 5 bulan


Arini genap sudah 17 bulan umur kasih nazreen..cam kejap je dah setahun 5 bulan...ramai yang dah cakap suruh bagi kasih adik..insyallah kalau ada rezeki adala nanti..sabar ye..camnela kasih kalau dah ada adik..sekarang kasih semakin manja dan saya rasa dah tiba masa untuk dia ada kawan dengan kata nama lain ada adik..biar lagi independence..takla dia jadi manja sangat2 nanti...baru sekejap dapat berita yang best buddy aka adik sayadah pregnant 8 weeks..alhamdulillah..pasni en mokhtar sila segera pindah ye..sian fashya sorang2 nanti..semoga dipermudahkan semuanya..berbalik kepada cerita kasih, sesungguhnya mama sangat bertuah kerana kasih mendengar kata dan sentiasa menenagkan hati mama dan ayah..happy 17 month years old sayang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...