Subscribe:

25 November 2010

Nak tumbuh gigi ke??

Salam sume...seminggu dua nih kasih mesti rengek2 before nak tido..pastu dia suke sangat kemam2 jari...sib baik ada beli soother untuk dia..beria dia dok gigit..pastu meleleh2 air liur....puas saya fikir napela kasih asek merengek je before nak tido..pas mak saya bagitau maybe nak tumbuh gigi baru saya teringat..patutla beria dia nak gigit sume benda..beore ni pun sume benda dia nampak nak masuk mulut...nak tumbuh gigi rupanya..tapi puas saya belek tak nampak lak gigi yg nak tumbuh tu..huhu..saya dah bagi kasih 'rasa' makanan..bukan makan apa pun just biskut milna rusk je...disebabkan dia masih fobia makan ubat dan sume yg kita sukan kat mulut dia ingatkan ubat tu yg susah sikit tu..tapi alhamdulillah kasih suka sangat dengan biskut tu..beria dia nyonyot...saya ada rakam video kasih tengah makan tapi disebabkan line internet bengong2 je tak dapat nak upload...nanti saya upload ye...

Sekarang dah start cuti seklah dan saya sangat suka sebab cuti lama...wihooo..dapat balik kampung lama sikit dan yang penting dapat berjimba dengan kasih 24 jam..huhu...susu teta saya perah cam biasa..takut nanti dah start sekolah tak nak kuar lak susu..alhamdulillah,susu saya still macam biasa dan sangat happy sebab makin bertambah..berkat makan kurma hari-hari dan supplemen yg memang saya dah lama makan sejak zaman sekolah lagi...mesti korang pelik ye,sejak zaman sekolah sampai skang setia dengan suplemen tu...alhamdulillah pengeluaran susu pun bertambah...lagi 8 hari genap 6 bulan saya EBF kasih..tak sangka dah 6 bulan kasih minum susu mama je...

kasih sekarang ni dah makin teror mengesot dan berguling..merangkak dah sikit2..tak lama lagi dah kena pasang penghadang nak ke dapur sebab kejap je letak dah sampai bawah meja la, tepi kerusi la,dekat pasu bunga la...esok startla saya berjalan2 bersama family...dah jarang kat rumahla nampaknya...2 minggu di kampung then pastu nak ke perak lak...jalan2 je la kasih nampaknya...

p/s: jomla singgah ke blog Kasih Baby Wardrobe..ada item yang sangat hot sekarang ni..harga memang takkan dapat di mana2..sangat2 affordable..laku macam goreng pisang panas..huhu..bolehla contact saya jika berminat ye....

24 November 2010

Fobia makan ubat


Kasih sangat fobia bila nak bagi makan ubat...beria dia menangis sambil tepis2 syringe yang nak disuakan kat mulut dia..tapi saya tabahkankan juga diri bagi dia makan ubat selsema tu..kalau tak bila nak sembuh..alhamdulillah sebab selsema kasih tak banyak tapi kesian tengok dia sroh sreh je..sekarang ni kalau nak sua pape kat mulut dia mesti dia reject epat sambil kulum bibir tanak...sudah pandai kamu ye kasih..saya dah terpikir camnela nanti kalau nak bagi dia makan next month..ya, 2 disember 2010 genap 6 bulan umur kasih dan saya sudah ready untuk bagi kasih makan...sangat eruja ok..sekarang ni dah persiapkan pelbagai menu bubur untuk kasih..feeding set dia pun dah ada..banyak dapat hadiah aritu..dan saya sangat tak sangka kerana ramai yang support saya bagi kasih makan pada umur dia 6 bulan..semenjak lahir hingga sekarang, kasih hanya ebf..diulang sekali lagi hanya ebf..syukur ke hadrat ilahi kerana susu saya mencukupi untuk kasih..tiap bulan berat kasih akan naik..last cek up berat kasih 7.2 kg..bulan depan berapa la tu...berkat susu mama untuk kasih..saya terpaksa melupakan hajat untuk untuk mendapat berat badan macam supermodel dek kerana nak bagi kasih kenyang sekenyang-kenyangnya time menyusu..

Doakan semoga hajat saya untuk mendapatkan SPECTRA 3 tercapai ye..asek tertunda jek..sepanjang 5 bulan lebih ni, saya hanya menggunakan Avent Isis yang manual...dan alhamdulillah pengeluaran susu saya sangat memuaskan hati..stok susu untuk kasih sentiasa ada walaupun time period agak menyusut sedikit....huhu..cabaran untk bf saya harungi dengan penuh kesabaran..petuanya always think positive dan insyallah pengeluaran akan sentiasa memuaskan hati..amin...demi kasih saya sangat berharap akan dapat menyusukan kasih sehingga genap umur dia 2 tahun...semoga niat suci murni saya akan tercapai...lagi 9 hari genap 6 bulan saya ebf kan kasih...hanya yang terbaik untuk kasih...

22 November 2010

Bila Kasih dah mula merangkak..

Alhamdulillah, saya berasa sangat teruja kerana kasih menunjukkan progres yang sangat mengagumkan mama dan ayah...pas dia dapat meniarap je bulan lepas terus gigihkan diri dia nak merangkak...sekarang ni mama dah tak boleh lepa sikit, alih2 kasih dah berguling bawah kerusi la,dekat pasula...sambil guling2 dan mengesot sambil mulut membebel...saya tak sempat nak upload gambar kasih tengah merangkak sebab usb camera mana lak letaknya..nanti mama bag mainan kat kasih lagi ye sayang...


Kasih dan Husna berjimba di City Square JB time ni..Kasih wearing burberry dress present from ayah sebab dah stat merangkak..gegege..

21 November 2010

~ Kasih Baby Wardrobe ~

*Ini entry sticky mode sehingga 31/11/2010....please scroll down for new entry





Saya dengan ini ingin menjemput rakan-rakan untuk menjenguk online butik saya yang baru dibina khas untuk menjual barangan baby..Oleh kerana saya sangat minat shopping online, maka wujudlah Kasih Baby Wardrobe..Kasih Baby Wardrobe fokus kepada branded burberry dress..Hanya yang terbaik untuk si comel anda..Harga sangat-sangat berpatutan dan memang tak rugi mendapatkannya untuk si comel anda..Sempena launching Kasih Baby Wardrobe, kami menawarkan special promotion dan penghantaran percuma ke atas SEMUA barangan..so, dapatkan segera untuk si comel anda....

19 November 2010

Sejambak Kasih Seuntai Senyuman



Pergh, tengok pada tajuk memang best jek..itu adalah majlis perpisahan buat Ustaz Ilias dimana beliau dapat transfer ke negeri asal beliau iaitu KELANTAN...tahniah diucapkan kepada ustaz dan wife (kak midah) kerana dapat transfer ke kampung setelah 15 tahun berkhidmat di Johor...kawan2 rasa sangat sedih sebab ustaz ni selalu memeriahkan suasana...dia seorang yang memberi sepenuh komitmen dalam melakukan sebarang kerja...masa saya posting kat sekolah ni, dia memegang jawatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid..sekarang ni dia Guru Penolong Kanan KOKO...walaupun beliau seorang ustaz tetapi sangat open..sama join jek dengan cikgu2 lain termasukla saya nih..memang susah nak jumpa ustaz camni..so cool..huhu..dah sedih dah ni...


Ucapan untuk Ustaz : terima kasih di atas segala jasa yang telah dicurahkan kepada sekolah...simpan kenangan yang telah kita sama-sama ciptakan bersama..selamat berkhidmat di sekolah baru...ingati kami yang jauh di mata...




Inilah ustaz yang diraikan a.k.a yang akan berpindah next year..

18 November 2010

Dah besar baru nak tebas rambut Kasih

Alkisahnya,dah lama saya dan en suami hendak membotakkan kepala kasih tapi asyik tertunda jek..memula sebab nak dekat rayala...pastu nak g kenduri kawen la...yela,risau jek nak botakkan kepala dia time raya sebab mesti orang ingat kasih boboy..huhu...masa lahir, rambut kasih lebat jek...nak cukur 7 hari pas lahir kasih dok kat hospital lama sampai 13 hari..then tertunda2 jek..finally, genap kasih 5 bulan kami nekad nak membotakkan rambut kasih..alhamdulillah,pas seminggu rambut kasih tumbuh dengan cepat..kejap jek dah tumbuh..kesimpulannya,botak ke ada rambut ke kasih tetap cinta hati mama dan ayah..




Progress kasih sangat membanggakan sekarang ni..dia makin aktif berguling 1 rumah...baru letak kat atas tilam,tinggalkan kejap jek dia dah jauh ke depan..penat mengesot dia berguling2..tido memang dah lasak...kalau toys dia tu dah lunyai dia main...apalagi kalau tak ke mulut sumenya...mama yang makin exited shopping mainan kasih..sangat suka bila tengok kasih ralit main dengan toys2 dia...nanti mama belikan lagi ye..box mainan kasih dah ada dah...bila tengok sume toys kasih baru sedar dah banyak..baru 5 bulan dah penuh box,macam manala akan datang ni....satu lagi,saya noticed yang kasih sangat teruja kalau keluar berjalan2,dia akan jadi sangat happy...mana taknya,time saya pregnant sangat suka berjalan2...dah menurun ke kasih..


Setakat ni kasih still minum susu ibu sahaja..insyallah lagi 16 hari saya akan menyuap makanan ke mulut kasih...setakat ni, kasih suka nyonyot buah kurma yang saya suapkan ke mulut dia...dah kena prepare menu bubur untuk kasih..huhu..sebagai persediaan,saya telah membeli buku 'Mama, saya lapar' written by Wardina..memang banyak ilmu yang saya dapat hasil bacaan daripada buku tu...

17 November 2010

Salam Aidiladha


Salam Aidiladha diucapkan kepada semua daripada saya, en suami dan Kasih..

16 November 2010

Susu ibu pengikat kasih sayang ibu dan anak..

Sentiasa bersedia memberikan yang terbaik untuk Kasih..


Susu ibu adalah pengikat kasih sayang antara ibu dan anak. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan anak. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami oleh anak itu semasa proses penyusuan membuatkan anak itu terlena. Malah, anak berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Indahnya anugerah Allah. Ibu seharusnya bangga dapat menyusukan anak-anak mereka kerana inilah darjat ketinggian seorang ibu yang dianugerahkan Allah yang tidak dikurniakan kepada golongan bapa. Apa tidaknya, kerana susu yang diminum oleh anak mereka bukan saja sebagai tali pengikat kasih sayang yang luhur murni malah menjadi komponen asas proses pembesaran anak.
Disebabkan itulah dalam Islam mewajibkan seorang anak itu sentiasa menghormati dan menjaga ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan terhutang budi membesarkan mereka. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 17-23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya sampai lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya ‘ah’ dan janganlah kamu membantah, menengking dan menyergah mereka dan ucapkanlah perkataan yang mulia.” Alangkah murninya suruhan Allah kepada kita semua dan betapa mulianya darjat kedua-dua ibu bapa kita di sisi Allah. Namun demikian kita amat sedih kerana budaya penyusuan badan di kalangan ibu di Malaysia kini berada pada tahap sangat rendah, iaitu hanya 14.5 peratus daripada mereka yang mengamalkan kaedah itu kepada bayi sehingga berumur enam bulan. Masalah itu berpunca daripada kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan anggota keluarga dan kaki tangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. Menurut laporan itu lagi, faktor lain ialah kesan atau pengaruh iklan komersial makanan bayi yang menggambarkan seolah-olah ia sama manfaatnya dengan susu ibu. Sedarilah ibu bahawa penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan dan tidak langsung mendatangkan kesan sampingan kepada diri ibu dan bayi malah menjadi sumber pemakanan terbaik. Gunakanlah anugerah Allah itu sebaik mungkin kerana susu ibu sesuai sepanjang zaman. Binalah keberkatan membesarkan anak-anak dengan memberi susu sendiri. Menepati kehendak agama dan berkhasiat menurut kajian saintifik.

Kasih yang tengah khusyuk menikmati susu mama....

15 November 2010

'BABY AND TOYS CONTEST'


Salam..ini adalah first time saya join contest untuk Kasih..before ni ada gak minat nak join tapi asek delay kan je sampai tutup contest tu..kali ni saje2 je nak join BABY AND TOYS CONTEST anjuran mama Qistina..manala tau rezeki Kasih kan..so,sesapa yang nak join contest ni boleh klik DI SINI... due date contest ini adalah pada 30/11/2010..

penyertaan baby saya
-
-
-
-
-
-
-



NAMA : NUR KASIH NAZREEN BT MUHAMMAD AZREEN
UMUR : 5 bulan 12 hari
tag
jom joinnn jom..

13 November 2010

Bila si kecik selsema

Assalamualaikum w.b.t..Kasih dilanda selsema...before selsema tu nengok kasih cam ada bunyi2 kat hidung dia..dalam ati ni da terdetik nak selsema kot kasih ni...dia penah selsema time lepas pantang..tapi hingus takde..just cam tersumbat jek...selepas 5 bulan ni selsema lak...selsema dia tak teruk la....dia rengek2 jek sebab tak selesa agaknya...pas letak kunyit dengan kapur kat dahi, tepi batang hidung dgn tapak kaki selsema dia makin ok...erm,mesti korang pelik sebab saya still ikut cara tradisional nak pulihkan selsema kasih tapi it's work..huhu..semalam g klinik untuk cek samada kasih ada simptom2 lain tak..alhamdulillah takde..doc cakap kasih ok sebab selsema sikit je...pas bagi ubat selsema pada kasih, dia terus cam mamai..kesan minum ubat tido kot...yang lawaknya dalam mamai2 tu sempat lagi nak tengok iklan walaupun mata berat je nak bukak..asih ni kalau tengok iklan memang tau..tengah minum pun boleh toleh sampai abes iklan..kalau nanges tu boleh brenti jap semata2 nak tengok iklan, pastu dah abes sambung smula nanges..kasih oh kasih...ni dia tengah tido tanak bangun...sempatla mama buat entry..

Progres kasih sangat menerujakan...dia skang dah boleh mengesot dan angkat bontot dan badan nak merangkak...tapi kasih ni, suka wat keje sorang2..kalau ada org lain selain mama dan ayah dia mmgla dia maintain ayu jek..haha...kalau g umah org behve jek..suara pun ssh nak dengar..tapi kalau dah balik umah je suara dia jek paling kuat..nak lawan dengan suara tv jek..hehe..kalau bab mainan lak dia memang suka masuk sume dalam mulut..tu yg kena selsema agaknya...kasih punya mainan dah mkin banyak..last week pak su dia dari pahang datang jb bawa mainan lagi..kemain suka lagi dia.pastu, mama lak skang ni suka sangat nak beli mainan kasih..dia dah pandai main ni sume nak dibelikan kat dia..

Semoga Kasih cepat sembuh ye sayang...mama dan ayah sayang kasih sangat-sangat..........


hai semua..kasih dah botak....


kasih kemain suka time g jalan-jalan..gelak jek dia.

my lovely family..

03 November 2010

: : 3 tahun yang membahagiakan : :


Alhamdulillah, tengok pada ticker yang saya attached kat atas tu dah tau kenapa tajuk 3 tahun yang membahagiakan...tanggal 3 nov 2007 saya telah sah menjadi isteri kepada En Muhammad Azreen Azman...dan hari ni genap 3 tahun saya menjadi isteri kepada en suami..selama 3 tahun itu juga la saya dan suami menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran bersama-sama...syukur alhamdulillah kerana ALLAH sentiasa meneguhkan iman saya dan suami..semoga dengan kehadiran our angel Kasih akan bertambah kasih dan sayang antara kami...terima kasih ALLAH atas apa yang Engkau berikan...amin..

02 November 2010

5 bulan yang menerujakan..

Entri khas dari mama untuk my Angel Kasih................








Harini genap umur my angel Kasih 5 bulan..5 bulan lepas tepat jam 11.15 pagi lahirlah anak yang kami nanti-nantikan selama 9 bulan.sangat tersentuh bila telah menjadi mama..apabila melihat tubuh kerdil yang keluar dari rahim sendiri...sedar tak sedar dah 5 bulan kasih hadir dalam hidup saya..sepanjang 5 bulan ini kasih sangat2 behave..tak pernah meragam yang sangat teruk, cuma rengek2 minta didukung setelah lama baring agaknya..kasih oh kasih, mama sangat teruja sebab dapat menyempurnakan hasrat untuk ekslusif breastfeed kepada kamu..alhamdulillah kerana sampai sekarang susu mama sentiasa ada untuk kasih cuma time cik P datang pengeluaran susu tidak semeriah biasa..kasih sangat aktif walaupun sangat bam bam...kasih dah boleh meniarap pada umur dia 4 bulan 21 hari..dapat meniarap terus nak mengesot dengan merangkak sekali..huhu..berat kasih dah 7.1 kg..waa, pttla penat mama dengan ayah dukung kasih..sekarang ni dah try2 nak merangkak plak...alhamdulillah melihat progress kasih...sekarang kasih sangat suka na bermain dengan soft toy yang mama belikan..khusyuk je..kalau kena kacau mulala dia bersuara..sangat comel...tak dapat nak digambarkan perasaan seorang mama bila dapat melihat anak sendiri happy walaupun tak dapat tidur awal macam dulu sebab kasih skang ni suka sangat tido lambat..mana taknya sebab dari pas magrib sampai kol 10 ke 11 mlm dia terjaga..pastu kol 2 pagi baru nak tido semula..tu pun bila dah puas main2 dengan mama dan ayah...anything for u dear..haih,kalau citer pasal anak mmg tak abes...huhu..sesungguhnya semenjak kehadiran kasih,hidup kami sekeluarga sangat menerujakan...


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...