Subscribe:

29 May 2009

School Holiday Bakal Menjelma



Wihoo....esok bermulala school holiday...selamat bercuti kepada semua guru2 dan bebudak sekolah..tapi aku seperti biasa kena blaja kat maktab...yang sedihnya ada yang mengatakan cuti sekolah kali ni tak exam lagi just ada class cam biasa...adush,jadi lambat plak aku abes..dah plan baik scholl holiday akan dtg nak g travel tapi nampaknya tak kesampaian..takpela..lagipun seminggu je kan...sabarlah wahai nani..tak lama lagi...esok ada karnival ICT and maybe nak g jom heboh jap sebab nak jumpa kak roha...kalau malas takyah pergi...ahad plak g autoshow plak....so,agak penuh weekend kali ni...to abah jgn sedih2 sebab kete kena masuk workshop...yang penting abah selamat...sorry sebab tak dapat balik bentong sebab anakanda ada kelas...tapi don't worry akan balik jugak bila2 masa suke..tapi weekendla...apa plak aku merepek ni...okla, enjoy u'r holiday

27 May 2009

Busy Melanda...

2-3 arini kebizian telah melanda aku sampai nak update blog pun tertunda..ni belum ada anak lagi nih..hehe..tapi mummy Yaeesh sempat update blog even dah ada Yaeesh kan..kena berguru nih...last week aku balik kampung pastu nak amik feel balik dr kg lama plak..badan cam penat giler..padahal time g PL aritu boleh plak update..confuse2..hehe..untuk minggu ni je macam2 yang berlaku...pagar umah tumbangla,gas abesla dan apa lagi ek?...cam 2 perkara je...takla banyak mana nani...nak dijadikan citer...aritu kontraktor dah datang survey umah utk repair apa yang rosak and bocor...survey punya survey macam2 nak kena repair..tapi takpe sbb owner umah yang bayar kat kontraktor bukan aku...aku kena bayar sewa cam biasa je...dah inform yang pagar umah aku tu tunggu masa nak tumbang..tup2 pas kontraktor balik je esoknya arwah dah pagar aku....cepat2 aku contact company yang handle umah aku tu soh repair pagar...gelabah gak diorang...maka dengan cepatnya kontraktor datang repair...credit to Miss Azura (kalau dia bacala blog aku ni),owner umah aku yang berada kat KL, kontraktor yang akan merepair umah aku dan kepada yang terlibat dalam agenda ini..huhu...

Tentang gas plak boleh dia abes tengah aku masak sup..tapi dah nak masak..sib baik sempat masak2 menu utama, kalau tak makan nasi je la ek sayang...kat umah aku tu beli stok dapur sampai berbulan2 tahan..almaklumla dok 2 orang je...masak pun cam main2 je sebab sikit..alhamdulillah pas kawen ni macam2 resepi aku cuba..yang jadi testernya sapa lagi kalau bukan my hubby..macam2 gak komen yang aku dengar daripada dia..tapi dia makan gak..memula dulu aku pun tak sangka yang aku boleh masak..kalau kat umah tu,adik aku yang slalu masak2 ni...bab2 mengemas umah memang boleh serah kat aku je...memang sume barang aku kemas...kalau masuk pertandingan umah paling cantik dan kemas mesti umah aku yang menang...tak caya tanya hubby aku...kalau dia tersepahkan barang je siap-sediala untuk mendengar dj radio ni bersuara..huk..huk..huk..so,skang ni dah pandai da dia kemas barang2..aik,cam panjang plak story aku..

Weekend ni ada banyak program gak...sabtu ni ada Karnival ICT..sekolah aku telah dilantik untuk menjaga network...tak susah pun just wat 2 pc boleh main game yang sama dalam 1 masa...simple je kan..sib baik tak soh aku wat yang lagi update...kena study semula ni...aku yang dilantik sebagai assistant guru ict kenala bertungkus-lumus dalam karnival ict sabtu ni...pastu ari ahad ada autoshow kat senai plak..kat angsana pun ada gak tapi kitorang tak join sebab bahagi2 la...so,kalau ada masa jomla kita berjumpa di senai..tempatnya aku terlupa plak...kepada bakal pengantin (Ciare,Bae) yang akan melangsungkan perkahwinan Selamat Pengantin Baru...selamat menempuh alam perkahwinan..semoga kekal hingga ke akhir hayat...

25 May 2009

Jawab tag Fashya


8) People To Tag :

i. kak nani

tag dari Cik Fashya....


1st of all nak ucapkan tq sebab aku telah dipilih oleh Cik Fashya sebagai 1st ranking untuk menjawab tag daripada beliau...huhu...love u..

....

..........

........................


1. Do you think you are hot?
-memang hot sebab skang ni musim panas..hehe..


2. Upload your favourite picture of you.

aku rasa ni la antara pic yang aku ske...time aku bersanding..



4) When was the last time you ate pizza?

alamak,dah tak ingatla..rasanya 4 bulan yang lepas sebab start diet terus tak makan pizza sampai skang..

5) The last song you listened to?

Halo by Beyonce...best..credit to ciare yang upload lagu ni dalam songlist dia..

6) What are you doing right now besides this?

minum cikong sejuk di tengah cuaca panas terik..

7) What name would you prefer besides yours?

erm....aku rasa nama aku skang je yang memang sesuai..

8) People To Tag :

i. wiwit

ii. sue

iii.ciare

iv. atie

v. mummYaeesh


9) Who is number one?

my sista

10) Number three is having a relationship with?

her fiance la....bride to be nih....

11) Say something about number five?

mummy yang rajin update blog and ada baby yang cute

12) How about number four?

kawan sekolah time sekolah rendah and ada baby gurl yang comel

13) Who is number two?

geng yang slalu ada time g autoshow dan berkonvoi...

23 May 2009

Balik Kampung...


happy sebab dapat balik kampung..
Hari ni adalah hari yang aku tunggu2 sebab dapat balik hometown...dah lama tak balik umah manis umah (home sweet home)...pas hubby abes keje je kitorang terus gerak balik...doakan kami selamat pergi dan selamat kembali...amin...huhu..semangat keterujaan membuak2 sebab nak balik kg...korang ingat time raya je ke berkobar2 nak balik...time tak raya pun berkobar2 gak tau...sebab aku dok jauh dari family...jauh di JB.aku ni dahla jenis yg time blaja dulu suke homesick...nape tah..ditakdirkan berkahwin dengan orang yang jauh dari umah aku plak..memula cam sedih tapi lama-kelamaan dah imune kot..kalau tak dulu time 1st sem kat UPM je tiap2 minggu mesti balik umah..mentang2 dekat asek balik je..tinggalla rumetku a.k.a Fashya,Ana,Wan bertiga-tigaan...tapi sekarang ni dah ada hubby aku ok sket..ditambah dengan layanan mak mertuaku yang best takla rasa sedih sangat..kalau tak mau pening hubby nak melayan aku...tahun ni raya turn aku plak...so,bentong here i come...aik,apsal dah melalut citer sampai turn raya plak ni..ini menunjukkan tanda2 Pn Nur Hanani dah mengantok...so,hingga ketemu di lain siaran....selamat beramal..hehe

22 May 2009

~^Syurga Cinta^~


Melihatkan tajuk macam best je...selalunya setiap kames aku dan hubby mesti jadi pengunjung setia GSC kat Pelangi Leisure Mall..apalagi kalau tak layan movie...kitorang ni memang fanatik dengan movie2 ni...arini rasa2nya cam nak layan citer SYURGA CINTA sebab citer lain cam tak best untuk ditonton..sume movie baru yang best dah tengok..tinggal ni je yang belum...aku suka tengok Heliza..mata dia memang cantik....so,aku takleh nak bagi rating lagi untuk citer ni..dah tengok nanti baru boleh bagi rating....asal tak memeningkan kepala dah cukup...sekian untuk entry pada hari ini..agak pendek,ringkas,padat dan tepat...cam wat rumusan time sekolahla plak..hehe...

21 May 2009

Perfume oh perfume.


Perfume adalah salah satu interest aku.Taktaula nape aku suka sangat dengan perfume..maybe abah aku suka pakai perfume..aku pun berjangkit kot...kecik2 dah didedahkan dengan wangi2 ni..sebab tu aku suke bagi orang present perfume..bila pakai je rasa confidence lebih tinggi..Nabi Muhammad pun menggalakkan kita berwangi-wangian..tapi bagi perempuan yang dah kawen, bukan tak boleh pakai perfume time g jalan2 tapi cukuplah dengan ala kadar sahaja..nanti lelaki2 di luar sana menganggap anda masih belum berpunya...hehe..nak dijadikan citer..aku telah mengorder perfume RALPH LAURENCE ALWAYS YOURS dari Cik Fashya...wangi..sekarang ni Fashya dah jadi agen jual perfume..original tau...rugi tak beli.."Fashya, akak dah tolong promote dalam blog...ada komisen tak? hehe..."..so, skang ni kalau perfume dah abes je boleh order dari Fashya je...tak payah pening2...kat bawah ni aku nak share sikit jenis2 perfume..semoga korang dapat serba-sedikit knowledge tentang perfume..tak bolehla salesgirl kat Parkson nak kelentong korang lagi...

Mungkin kita keliru dengan istilah-istilah yang digunakan di dalam industri perfume ini. Jika dilihat di dalam pasaran terdapat pelbagai jenama dan jenis yang dikeluarkan. Contoh jenis-jenis perfume yang biasa kita dengar ialah seperti Eau De Perfume. Eau De Toilette (bukan toilet ya) perfume, parfum, cologne dan pelbagai istilah lagi. Untuk memudahkan anda memilih jenis perfume yang sesuai, hari ini saya ingin jelaskan jenis-jenis perfume yang ada supaya anda tidak keliru lagi.

Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap (kategori) perfume iaitu:


1.Perfume (parfum)

2. EDP - Eau de Perfume (Eau de Parfum)

3. EDT - Eau de Toilette (disebut ‘o-do-twa-lay’)

4. Cologne


1. PERFUME (PARFUM)Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya boleh tahan mahal.Tapi memang puas hati.

2. EAU DE PARFUM (EDP)Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.

3. EAU DE TOILETTE (EDT)Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Ramai orang menganggap Eau de Toilette sama seperti perfume atau eau de parfum. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda.Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Sedang-sedang orang kata.

4. COLOGNECologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

Diharap dengan penjelasan ini, anda sudah boleh memahami jenis-jenis pewangi. Tunggu tips yang seterusnya..

20 May 2009

Keretaku Sakit...


Tajuk entry kali ni cam funny je kan...mana taknya arini pagi2 lagi AVY RS aku wat hal...nak start je tak boleh..cuak kejap..nak dijadikan citer time kete aku takleh start adala sorang insan ni baik hati nak menolong....aku plak takut je manala tau dia nak memain ke? tapi tetiba je dia bersuara " akak jangan risau sebab saya bukan budak jahat "...bila aku cakap ok je tros dia tengok2kan kete aku..nasib baik dia pandai bab2 kete..rupa2nya mamat tu mechanic...senang citer..agaknya muka aku nampak cuak kot..takla aku sesorang je menunggu hubby sampai..agaknya orang tu dihantar memang nak tolong aku..huhu..kalau tak mesti lambat aku g sekolah...memang kebetulan betul...kalau dibuatnya kete aku berenti tengah jalan naya gak...dah la jalan ke gelang patah tu mencabar...mau aku kejung sorang2 tengah jalan tu...mechanic tu dah nak abes godek kete aku je hubby aku sampai..godek punya godek dah siap..memang budak baik..kalau tak dia mesti buat kete aku jadi ntah pape plak kan...so, aku boleh pergi ke sekolah dengan selamatnya...hubby aku cakap mechanic tu tanak duit..dia kata sket je...tolong-menolong amalan mulia..moral of the story kalau kita ada ilmu jangan kedekut..

19 May 2009

Back to Normal

Kat jeti Tg. Leman



Beg2 yang melambak sebelum ditransfer dalam bot




Bebudak yang tunggu bot nak naik..dah tak sabar2 dah tu

Nelayan2 yang sedang memunggah barang



Dalam perjalanan ke Pulau Sibu..penat seh..

Pemandangan dari atas bot

Tepi jeti..jernih gak air tu..

Lagi beberapa minit nak sampai destinasi

Ada kaki yang terletak cantik tepi bot..tengah tido tu..dah nak sampai...air dah warna biru

Setelah sekian lama tak update enrtry dalam blog, arini aku merajinkan diri mengupdate blog aku ni..dah rindu nak update tapi satu badan lenguh..otak plak blur nk karang ayat...balik umah je qada' tido yang dah lama tertunggak sejak berada kat PULAU SIBU..almaklumla baru balik dari misi explorace..hehe..just kidding...aku pergi PULAU SIBU dengan rakan2 maktabku sempena PROGRAM PENDIDIKAN LUAR..memang banyak aktiviti yang kitorang wat..tak sangka aku boleh wat sume aktiviti tu...ada abseiling (betul ke aku eja ni! huk..huk), snorkelling, night tracking dan macam2 lagi...time night tracking ni aku ada goyah sket sebab aku ni agak penakut sket...ni kan plak dok dalam utan malam2 buta...cuak seh..sib baik ada sorang kawan aku ni kira cam ustaz la...aku apa lagi menyendeng kat dia je..konon2 kuat sket..hehe..padahal sama je....kitorang takde solo camping tapi group camping..nyamuk jangan cakapla...asek menyanyi kat tepi telinga aku...sib baik dah pakai losyen penebat nyamuk...kalau tak mesti kenyang gile nyamuk2 tu makan darah aku...kalau solo camping sure aku tanak join...tak penah sepanjang idup aku dok utan malam2 buta..pastu kena masak plak...memang buang tabiat..dah macam survivor betul..tapi aktiviti ni memang buat kita berdikari dan kuat semangat..sepanjang idup aku malam tu la 1st time aku tau yang ranting2 kayu ni glow in the dark...memang membuat aku jadi kagum..memula aku ingat kunang2 tapi kawan aku yang macam ustaz tu cakap ranting kayu..aku pun kumpulkan ranting2 kayu yang bercahaya tu...jadila cantik..tapi aku tak amik gambarla...kang snap2 gambar lain plak yang muncul...aku paling suka snorkelling...dapat aku melihat keindahan pantai..memang aku gunakan kesempatan yang ada dengan sebaik mungkin...jauh aku berenang melihat keindahan pantai..pasni aku nak ajak hubby g PULAU REDANG plak..org cakap kat sana memang superb pemandangan dalam laut.. tu yang abes sunburn muka aku...masa snorkelling tak ingat..seminggu aku tanak tengok muka aku depan cermin...bukan takut tapi takde masa...punyala banyak aktiviti...pada kawan2 aku yang memang takut dengan aktiviti2 lasak ni tahniah sebab dapat buat semua aktiviti2 ni...walaupun ada yang nanges tapi dapat gak laksanakan..bila lagi nak wat kan...tapi aku memang suke dengan aktiviti2 camni..tak lasak sangat..tapi kalau soh aku wat bungy jumping ( cam salah je eja..hehe..) confirm aku tanak..

aku tak amik gambar sangat just gambar2 pemandangan je...nanti aku upload k..tapi pantai kat pulau sibu memang cantik...jernih je air dia..sebelum ni aku tengok gambar je..tak sangka plak dapat jejakkan kaki kat situ..TQ for JABATAN PJ IPGM Kampus Temenggong Ibrahim...pengalaman yang memang aku takkan lupakan sepanjang berada kat sana...diorang treat kitorang jadi lebih matang, berdikari, kuat semangat dan macam2 lagila...muka aku jangan cakapla...sunburn teruk..sib baik sun block BANANA BOAT SPORT control sket muka aku..kalau tak mesti dah sama kaler dengan anak murid aku..hehe..tq for team KPLI KDC SKM yang sama2 mengharungi susah-senang bersama....

08 May 2009

Heading to Pulau Sibu....





Ni adalah stick entry sampai aku balik dari Pulau Sibu..Melihatkan tajuk pun dah tau kan...next week aku kena gi Pulau Sibu sempena Pendidikan Luar anjuran IPTI..merangkap tempat aku belajar ilmu perguruan..kena gi dari 12 may sampai 15 may...lamanya...macam2 aktiviti kena wat...contohnya macam flying fox, wall climbing, kayak and macam2 lagila sukan air...readykan stamina je....insyallah boleh watnya...as usual, i like sukan berair...tapi kenala menghadap matahari yang terik memancar...dan akan menyebabkan kulit aku terbakar...OMG, sunburn yang teruk akan melanda aku...mesti rentung terbakarnya kulit aku...redha je la...rentung pun rentungla...pas pendidikan luar ni exam plak...tak sabrnya nak abes exam...doakan aku berjaya ye..sian hubby kena tinggal..nak wat camne kalau sayang suami tinggal2kan..aik, cam salah je peribahasa je..huk..huk..

06 May 2009

Tips Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir

..
.............................
........................................................................




Arini aku nak share sikit tentang tips mengenal diri kita sendiri melalui tarikh lahir...cara ni bukan aku cipta sendiri tapi diilhamkan oleh DR FADZILAH KAMSAH..motivater yang glamour dan mantap kat Malaysia ni..aku dah dah try tips ni..kebetulan kena dengan aku plak...so,anda semua boleh mencubanya...jangan terlampau obses tau...


1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour


Contoh: 20.05. 1981


2 + 0 = 2 Maka kotak pertama adalah 2..


Kemudian campurkan kesemua nombor.. 2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26


Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti : 2 + 6 = 8


Maka kotak kedua adalah 8..


Selepas itu kotak pertama akan dicampur dengan kotak kedua 2 + 8 = 10


Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi 1 + 0 = 1


Maka kotak ketiga ialah 1..


hasilnya ---> 2 : Lembut 8: Bisnes 1: Pemimpin


Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..
Selamat mencuba...

05 May 2009

Menjawab TAG....

1.Bekas kekasih saya adalah :
My kittens ( GARFIELD, PUSSY, KITTY CHUMMY )..yang dah takde….huhu

2.Saya sedang mendengar:
bercinta from Faizal Tahir…layan je sebab radio dalam bilik guru ni kuar lagu ni..

3.Mungkin saya patut :
belajar wat cupcake dari sekarang…

4.Saya suka :
amik gambar sendiri, window shopping, swimming dan tengok wayang dengan hubby

5.Sahabat-sahabat baik saya :
hanya saya yang tau siapa yang ada di hati saya..u all knows who u are..

6.Saya tak paham :
kenapa kittens saya mati sedangkan saya dah jaga dengan baik sangat...

7.Saya kehilangan :
kesabaran bila ada orang yang suka cakap depan kita lain, belakang kita lain..kira TALAM DUA MUKA la..

8.Ramai yang berkata :
tak tau ar..apa ek?

9.Makna nama saya :
NUR HANANI .:Cahaya Kasih Sayang.: sebab tu saya cepat sayang kat orang dan orang pun cepat sayang saya..uiks..

10.Cinta itu adalah:
SUBJEKTIF…sayangilah orang yang menyayangi kita dan hargai mereka selagi mereka ada di sisi kita…

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
asyik memandang saya..hehe

12.Saya akan cuba :
jadi yang terbaik..dan wat yang terbaik dalam apa yang saya lakukan..

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
kekal hingga ke akhir hayat….

14.Telefon bimbit saya :
NOKIA 3120 CLASSIC…classic senantiasa best cam OPTI CLASSIC…

15.Bila saya terjaga dari tidur :
saya mesti sapu muka saya sambil selawat 3 kali..petua ni ustazah sek. men. saya yg bgtau.dia kata kalau selalu amalkan muka kita akan berseri2…cubalah..

16.Saya paling meluat apabila :
ada orang yang hipokrit…

17.Pesta/Parti adalah :
happening and cool

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
MIKO….sebab bulu dia tebal cam karpet yg tebal tu..

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
saat ini kerana saya dah graduate dari belajar, dapat kerja yang membanggakan, berkahwin dengan orang yang saya sayang dan sayang saya....nk tunggu dapat baby je ni…

20.Hari ini :
saya nak relax2 dengan hubby..

21.Malam ini saya akan :
layan dvd yang baru beli tapi tak tengok lagi…tajuk apa ntah..tak ingat lak..

22.Esok pula saya akan :
kerja mcm biasa dan malam plak layan futsal hubby and geng 77..

23.Saya betul2 inginkan :
kebahagiaan sentiasa bersama saya dan dikelilingi dengan orang yang sayang saya…

24.Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
saya berasa sangat bersyukur kerana ALLAH mengurniakan wajah yang sempurna..

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan? :
JUSCO BKT INDAH & GENTING HIGHLANDS..

26.Makanan Barat atau Jepun? :
saya suka fish & chip…sushi pun saya suka sangat..camne tu?

27.Bilik yang terang atau gelap? :
gelap sebab baru best nak tido…

28.Makanan segera adalah :
sangat tidak bagus sebab buat saya jadi gemuk….sekarang ni saya memang pantang dari fast food ni..

29.Ayat terakhir yang sy katakan pada seseorang?
take care….

30.Siapa yang sy nak Tag?
- my sister (wiwit)
-fashya
-dan sesiapa yang tegah membaca blog ni…wajib tau…

Kittens 2nd edition

Entry kali ni agak menyedihkan sebab kittens aku dah memejamkan mata buat selama-lamanya atau kata nama lainnya 'meninggal dunia'..huhu...aku pun tak tau virus apa yang melanda kittens aku tu sebab diorang dah semakin membesar dan gemuk...dah takde jodoh dengan aku kot..bulu2 pun dah cantik..sikit punya baik aku jaga...aku siap shopping barang2 untuk kittens aku lagi...sedihnya..hubby aku plak kata nak bela kucing lain plak...tak putus asa btol..hehe...aku yg tanak..aku nak bela arnab..dari mula kawen lagi aku nak bela arnab tapi hubby yang tak bagi..last2 malam tadi dia bagi aku restu nak bela arnab....so, sue ko kena ajar aku camne nak jadi penjaga arnab yang bagus..hehe...sementara tunggu nak dapat baby bela la apa yang patut sebab kitorang husband and wife sangat cintakan haiwan..huhu...

04 May 2009

Autoshow kat Pasir Gudang

Semalam aku dah siap wat entry panjang lebar..pastu aku nak publish je internet boleh wat hal plak...adus, tensionnya...tros malas nak taip dah sebab menyiapkan diri nak g autoshow kat Pasir Gudang...lenkali la tulis semula...huhu..semalam AVY RS aku join autoshow..saje2 je join..salam perkenalan..before ni OPTI CLASSIC my hubby je yg pernah join autoshow..tu pun sekali je..dapat nom 3...semalam AVY dapat saguhati je..takpela...lenkali cuba lagi...tapi support dari geng KERETA GANAZZZ memang best..sume yg dtg mesti tolong2 apa yg patut..yela,kan satu team mestila tolong menolong amalan mulia..btol tak?....tapi ganaz tetap ganaz..ALONG menang kategori perodua standard modified..itu je kategori yg ada untuk perodua..congratulations ALONG...
Pas abes autoshow kitorang makan2 kat tempat biasa..mana lagi kalau bukan MY FRIEND TOMYAM kat kempas..masing2 makan dengan gembira..huk..huk..huk..kat sini aku upload pic2 yang diambil time autoshow..







03 May 2009

Relaxing...

Hari ni hari yang merelaxkan aku....tapi takla berapa nak relax sangat sebab pagi dah bangun uruskan hubby sebab dia kena keje...sian dia...tapi takpe demi mencari rezeki yang halal...pastu aku siapkan kittens aku plak.....bagi dia makan,minum susu and bersihkan sangkar diorang...4 u all information, KITTY mengalami kekejangan otot...aku pun tak tau camne blh jadi camtu sebab tetiba je badan dia jadi keras je...aku pun tak tau nape sume kucing yg my hubby amik sakit plak....PUSSY dah sihat KITTY plak yang sakit..macam2la...skang ni diorang dah makan nasi..aku bagi makan dengan ikan rebus atau ikan bilis goreng yang ditumbuk...sedap tak menu diarang..pasni kalau sakit lagi diorang memang tak serasi tinggal kat umah aku..huhuhu..
Pastu tengahari nak g autoshow kat PASIR GUDANG..maybe AVY RS aku masuk autoshow..tengokla camne..saje test market and nak kenalkan my AVY RS..credit to my hubby sebab dia banyak membantu aku menyiapkan kete viva standard menjadi AVY RS idaman kalbu..sporty dh skang ni...jangan tak tau, cikgu2 kat sekolah aku berebut nak bawa AVY RS aku tu sebab diorang cakap pelik dan cantik....nampak sporty...diorang dah inform yg kete aku je boleh cakap jepun bila undur...hehe..sampaikan ada sorang cikgu sekolah aku yang baru beli kancil minta tolong dengan hubby aku soh watkan kete dia jadi world..dia nak pakai L512..next year start la projek kete dia tu and my hubby yang akan watkan...so, dah boleh join kelab aku nanti..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...